Pagi tadi blackout masa aku tengah bersiram. Ingatkan lampu toilet tu terbakor. Gigih la bukak sikit pintu nak bagi cahaya masuk gitu. Tapi gelap gelita la pulak. Rupanya 1 rumah takde karan.
Teraba-raba la bersiram dalam gelap tu. Tengah nak cuci muka pulak tu. Lepas tu nampak cahaya samar-samar. Nasib la laki aku dah bangun. Bawak lampu ayan tu. Lampu ayan moden punya. Guna bateri. Haha! Kalau guna minyak tanah konfem berjelaga la lubang idung.
Amir pun terbangun awal. Panas la tu takde kipas. Terus dia mandi n bersiap ke sekolah. Ajaibnya budak debab Hana tak bangun pulak. Selalu kalau kipas off dia dapat detect. Maybe dah pagi n tak panas sangat la kot dia boleh selamba katak tido lagi tu.
Nasib la hari ni pakai baju tak iron. Amir punya baju pun renyuk. Selalu pagi nak pi keja baru aku iron. Tu bila datang malas aku la. Kalau rajin aku iron terus baju untuk seminggu. Hahaha! Sekarang tak rajin lagi dominan. Redho je la pakai baju n tudung tak bergosok ni.
Rupanya 1 taman takde karan. Keluar pi hantar dak debab rumah kampung area luar taman pun gelap. Ada la apa-apa yang rosak tu. Traffic light rosak dengan lampu jalan takde la paling mencabar sekali. Mata kena jadi macam mata helang. Tengok kiri kanan. Dah la mata aku ni tak berapa nak clear time gelap. Huhu... Alhamdulillah la dapat lintas dengan selamat.
Member opis yang dok dekat dengan rumah kata pukul 7 baru karan ada. Masa tu aku dah sampai Seberang Jaya dah. Jadi lepas ni kena standby la lampu suluh. Laki aku tu lilin dia tak beli-beli. Nasib la dia tu suka beli banyak lampu suluh. Aku pun tak tau nak suluh apa tah beli banyak-banyak. Ada jugak la kegunaannya. Hahaha!
Henpon yang ada lampu suluh pun berguna jugak. Macam henpon aku sekarang. Aku pakai henpon brand biasa aje. Huawei. Tapi bagus la kan time gelap-gelap dapat tolong aku pakai mekap semua. Ahahaha! Kalau tak memang aku nak angkut mekap pi opis je tadi.
Ok la, tu je update. Sempena blackout di pagi hari. ;p
No comments:
Post a Comment