SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, August 26, 2015

Blackout 1 Kawasan Jajahan Guar Perahu

Pagi tadi blackout masa aku tengah bersiram. Ingatkan lampu toilet tu terbakor. Gigih la bukak sikit pintu nak bagi cahaya masuk gitu. Tapi gelap gelita la pulak. Rupanya 1 rumah takde karan.

Teraba-raba la bersiram dalam gelap tu. Tengah nak cuci muka pulak tu. Lepas tu nampak cahaya samar-samar. Nasib la laki aku dah bangun. Bawak lampu ayan tu. Lampu ayan moden punya. Guna bateri. Haha! Kalau guna minyak tanah konfem berjelaga la lubang idung.

Amir pun terbangun awal. Panas la tu takde kipas. Terus dia mandi n bersiap ke sekolah. Ajaibnya budak debab Hana tak bangun pulak. Selalu kalau kipas off dia dapat detect. Maybe dah pagi n tak panas sangat la kot dia boleh selamba katak tido lagi tu.

Nasib la hari ni pakai baju tak iron. Amir punya baju pun renyuk. Selalu pagi nak pi keja baru aku iron. Tu bila datang malas aku la. Kalau rajin aku iron terus baju untuk seminggu. Hahaha! Sekarang tak rajin lagi dominan. Redho je la pakai baju n tudung tak bergosok ni.

Rupanya 1 taman takde karan. Keluar pi hantar dak debab rumah kampung area luar taman pun gelap. Ada la apa-apa yang rosak tu. Traffic light rosak dengan lampu jalan takde la paling mencabar sekali. Mata kena jadi macam mata helang. Tengok kiri kanan. Dah la mata aku ni tak berapa nak clear time gelap. Huhu... Alhamdulillah la dapat lintas dengan selamat.

Member opis yang dok dekat dengan rumah kata pukul 7 baru karan ada. Masa tu aku dah sampai Seberang Jaya dah. Jadi lepas ni kena standby la lampu suluh. Laki aku tu lilin dia tak beli-beli. Nasib la dia tu suka beli banyak lampu suluh. Aku pun tak tau nak suluh apa tah beli banyak-banyak. Ada jugak la kegunaannya. Hahaha!

Henpon yang ada lampu suluh pun berguna jugak. Macam henpon aku sekarang. Aku pakai henpon brand biasa aje. Huawei. Tapi bagus la kan time gelap-gelap dapat tolong aku pakai mekap semua. Ahahaha! Kalau tak memang aku nak angkut mekap pi opis je tadi. 

Ok la, tu je update. Sempena blackout di pagi hari. ;p

 

Tuesday, August 25, 2015

Spaghetti Cheesy Lava With Meatballs n Swedish Meatball Yang Memang Sedap Menjilat Pinggan :p~~

Dah berapa hari dari last week sampai this week keja aku makan swedish meatball n spagetti meatball je. Hahaha! Tekak western sangat ni.

Oh, beli tu delivery ye. Bukan kedai tapi home made. Kalau sesiapa dok area Pulau nak rasa boleh la search kat FB The Yummy Food House. Instagram pun guna nama yang sama.

Sebab memang sedap so aku war-warkan kat sini. Akak or adik (aku tak tau nak panggil akak ke adik sebenornya) ni ada jual kek yang dalam bekas kecik-kecik tu jugak.

Nak tau mana dia ada buat delivery pun sila la refer kat IG or FB.

Makan sehingga menjilat bekas uols. Hahaha!
 
Semalam aku beli meatball n spageti. Lepas tu bagi spageti tu kat akak aku. Hari ni dia order 4 bekas. 2 spageti n 2 meatball. Hahaha! Dasat tak?
 
So, kalau dok Penang n rasa nak makan spageti or meatball try la dengan akak ni.
 
 

Friday, August 14, 2015

Jamuan Raya Seksyen.. Congo Bar

Hari ni ada jamuan raya seksyen. Gabung dengan seksyen sebelah. Atenya memula macam tak nak buat dah. Tapi bila mengenangkan jamuan raya opis hari tu makan ala-ala bercatu maka tetiba timbul dalam kepala otak nak buat makan-makan seksyen. Kira macam jamuan raya jugak la gitu.

So, masing-masing bawak pot luck. Seksyen masing-masing ada la sumbangkan main course. Nasi ayam n nasi impit kalau tak silap aku. So, yang memasing tu tak reti-reti ke nak bawak pot luck. Hahahaha!

Aku punya blur tak tau nak masak apa ni. Sebab this week ahkak kepenatan uols. Sorang-sorang menjaga 2 orang tentera tu. Abah diorang out station kat Melaka. Jadi aku pikir apa benda yang senang n tak terlampau renyah. Main course dah ada, mari la kita bawak manis-manisan.

Setelah berhempas pulas memerah otak pikir nak bawak apa aku masak Congo Bar aje semalam. Muahahaha! Senang n bahan pun tak banyak. Balik semalam singgah kedai barang kek beli apa yang tak cukup kat rumah. Tidokan bebudak, set jam pukul 1 pagi. Pukul 1 tu la aku sibuk bancuh bahan.

Ingat nak buat fudgy brownies kedut tapi pikior nak kena melt kan coklat guna kekdah double boil terus kensel. Penat. Hahaha! Dasar femalas sangat ni.

Maka jadi la seperti di bawah....


Resepi? Ahkak gugel je nok. Aku kalau gugel resepi gugel yang paling mudah. Perkataan wajib adalah MUDAH. Bengong sangat kan. Memang semua keja nak mudah aje kekdahnya.

So, sekarang aku dah mengantuk. Hoho... Lepas masak main henpon pulak. Pukul 4 baru tido. Padahal siap keja pukul 3.

Ok tu je nak cerita.

 

Wednesday, August 12, 2015

Semak Borang Berlambak T_T

Ok, tukar layout. Saje sebab bosan tengok layout sendiri kaler suram sangat. Diri sendiri tak cerah jadi tak payah la menggelapkan jugak blog sendu ni. Mari buh kaler ceria sikit. Hahaha!

Dok up entry ni pasal penat hadap borang survey. Nak kena semak n betulkan. Bukak page 1st dah sakit mata pasal nampak salah. Haaaa.... Time orang buat taklimat apa la yang bebudak ni dengar. Mesti menerawang ingat benda lain. Kot tak main henpon. Macam aku la selalu buat time taklimat. Muahhaha!

Dah jenuh la nak kena betulkan ni. Bukan sikit. Ada la 100 lebih borang. Tu baru buat sikit. Staf aku lagi kesian, mau beratus-ratus jugak dia hadap. Aku baru hari ni dapat hadap pasal banyak buat keja lain.

Bila tahun nak abes semak. Sejam baru dapat berapaborang je. Huwaaaa...

Penat iols ni. Petang ni balik lambat sikit la nampaknya.

 

Monday, August 10, 2015

Bad Day

Hari yang kurang baik pada aku. Bermulanya hari dengan terlanggar kucing mak aku. Huwaaaaa!!!! Kenapa la kucing tu masuk bawah kereta... Selalu lari masuk rumah.

Terus la mood aku ke laut dah ni. Buat apa pun ternampak kucing.

Nak menaip ni pun tak sanggup.

Ok la, aku nak berkabung.

Sedih...

T________________T'

Wednesday, August 5, 2015

Jamuan Raya

Pagi ni gelap je. Hujan lebat yang amat. Lalu kat highway tadi pun boleh nampak air hujan tu kena tiup angin. Kalau naik motor mau terbang dah aku kot.

Esok ada jamuan kat opis. Jamuan raya. Maklum la raya sebulan kan. Lusa pun ada jamuan raya lagi. Tu building punya pulak. Makannnnn je la kejanya. Tahun-tahun sebelum ni jamuan raya opis buat kat hotel. Tahun ni diorang nak buat kat opis pulak.

Aku lebih rela buat kat hotel sebenarnya. Pasal tak payah pikior nak kemas, masak apa bagai. Ni tak memasal aje ahkak jadi chef kena masak rendang daging ni. Pasal langkah penjimatan. Petang sat lagi ke kedai la kita membeli bahan merendang ye anak-anak.

Kalau tak lemang pun aku kena cari. Nasib la ada orang dah carikan. So tak payah pikir pasal lemang dah. Fokus rendang je. Aku buat rendang tu pun tak banyak mana. Potong kecik-kecik daging tu ye. Daging kan mahal. Dah la bajet ciput je. Korang makan la sorang sesudu rendang tu nanti.

Masalahnya ada orang yang jenis tak fikir orang lain kat opis ni. Asalkan tembolokku penuh berisi kekdahnya. Kalau meeting selalu macam tu. Dia beratur jadi orang terawal. Orang hujung makan nasik dengan kuah je la. Or serpih-serpih lauk yang tinggal. Nasik bubuh menggunung dalam pinggan. Tak faham aku manusia macam ni. Amik la sikit dulu ngam untuk sekali makan. If dah abes orang amik ada lebih nak tambah silakan. Ni tak, aku pedulik hape orang belakang tak makan. Haaaaa... Gitu....

Eh, ok la. Banyak keja nak kena settle. Nanti kita update lain ye. Kak mot is bz. Babai!