SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, September 29, 2014

Drive Sorang Ke KL.. Satu Kemajuan...

Ketahuilah mood aku memang tak ok langsung dari minggu lepas. Murung aje ni. Susah hati tak abes-abes. Down the drain...

Dah la hari birthday sendiri pun tak celebrate. Kena pi seminar sorang-sorang kat KL. Aku drive sorang-sorang ye pi KL hari Ahad minggu lepas. Laki aku dah la tak ada. Kena pi operasi. Aku mintak excuse pada bos pasal anak aku takde orang nak jaga malam. Punya la hati kering dia tak bagi. Sebab dia nak kipas KP aku la jadi mangsa.

Aku benci ok dengan manusia tak ada hati perut ni. Sebab ko nak puaskan hati orang lain nak dapat nama ko buat orang macam ni. Tak apa. Nanti Allah balas. Tak payah nak samakan condition ko dengan orang lain ye. Laki ko tak keja so ada la orang nak jaga anak. Aku yang laki bini keja ni mintak consideration sikit pun tak ada empathy langsung.

Terpaksa la tumpangkan anak-anak kat rumah Toksu diorang untuk 3 hari 2 malam. Nasib la diorang tak buat perangai lepas dipujuk-pujuk. Haih... Sedih... Patut la ada orang nekad berenti keja walaupun orang kata keja gomen ni terjamin ada pencen bagai. Mana ada keja gomen ni relax.

Drive sendiri n stay rumah adik aku kat Shah Alam. Seminar dekat INTAN KL. Masa drive ke KL tu aku dah plan nak stop RnR Tapah. Sekali nangis je la ko sampai Tapah. Tak ade parking! Penuh! Terketar lutut aku terus drive pi Shah Alam. Malas nak stop mana-mana dah. Nasib la tak mengantuk.

Tapi time balik memang aku stop kat Tapah. Sebab mata dah kuyu. Jenuh besorkan mata tau. Pulak tu dah sampai Penang baru la terbaca yang viral dalam fb pasal peras ugut kat RnR Tapah tu. Syukur Alhamdulillah Allah lindungi aku sepanjang pi dan balik. Hujan lebat kat kebanyakan tempat. Masa pi pun hujan, balik pun hujan. Tapi aku tengok bas memang drive laju nok mapuh. Aku pecut 110km/jam diorang lagi laju dari aku. Agak-agak berapa km/jam diorang bawak kalau boleh potong aku yang bawak maksimum kat hiway ni? Hahahaha! Tapi takde la all the way aku bawak 110. Masa nak memotong je.

Ok la. Nak sambung buat keja. Banyakkkkkk sangat keja ni. Dah la tetiba HQ nak buat meeting Jumaat ni. Macam biasa aku kena hayak jugak. Ni lagi satu. Dah tau weekend tu raya haji apa ke gila sangat nak buat meeting Jumaat. Stress aku tau. Tunggu emel tangguh meeting je ni. Ramai orang dah cuti kot time tu. Meeting kat Putrajaya pulak tu.

K, bye. I is stressed...

 

Friday, September 26, 2014

Sedih...

Aku susah hati.. Susah hati kalau kena tukar ke HQ....

T___________T

Jadi hati aku jadi tak best. Rasa berdebar-debar je. Nak nangis je.

Doakan aku tak ditukar ke HQ ye. Kesian sangat kat Amir n Hana. Teringat kat diorang aje aku dah boleh nangis ni. Tengok gambar lagi macam air terjun.

Sedih....

 

Monday, September 15, 2014

Kenapa Begitu Kejam?!!!

Pagi-pagi aku dah serabut perut. Serabut tengok email dari bos. Hantar aku pi seminar next week kat KL. Masalahnya ialah siapa nak jaga anak aku malam.

Dah mintak excuse tapi jawapan dari bos amatlah menghampakan. Nak nangis pun ada. Terus stress pikir macam mana nak buat. Kesian kat anak-anak pasal diorang tu sekarang pun on off demam. Tah pasal apa.

Laki aku tak ada pi operasi. Kalau kena pi jugak terpaksa la aku tinggalkan kat Toksu jugak.

Bila jadi macam ni lagi berkobar-kobar la semangat nak berenti keja. Tapi bila fikir hutang keliling pinggang lemau balik semangat yang berkobar tadi tu. Macam obor kena jirus air. Padam terus.

Dah la seminar yuran rm500. Ko ate gila hujung bulan kena bayar sampai 500 macam tu. Dengan tempat tinggal pun tak ada support. Aku dah pening lalat dah ni. Memang kering poket dah. Harapan kena korek saving la jawabnya.

Serius emosi aku terganggu sekarang ni. 

T__________T

Monday, September 8, 2014

Weekend Mama Bosan

Macam biasa. Cerita hari minggu ajelah yang aku selit dalam blog senduku ini. Hahahaha! Nak cerita pasal weekdays tak ada benda nak cerita sangat. Sebab rutin tu sama aje. Bangun pagi, pi keja, balik keja, kadang-kadang pi amik anak kat rumah pengasuh, balik, mandi, solat, tido. Memang samaaaaa je tetiap hari. So, nak cerita apekah?

Pagi tadi je aku terbangun lewat sikit. Pukul 6 baru tersedar. Terlompat terus dari tempat tido pi mandi. Selalu ada 2 jam henpon yang bunyi. Hari ni henpon aku je la bunyi. Abang Misai tak ada. Pi operasi. Ntah berapa hari pun tak tau la.

Hari Sabtu dan Ahad aku tak buat apa sangat la. Sabtu tu bangun pagi-pagi pi Tesco. Cari keju buat stok kalau tetiba rasa nak memizza. Ni ada rasa-rasa nak buat lasagna pulak. Kihkihkih... Berangan dulu. Angan-angan jadi kenyataan tu nanti kalau roh rajin aku datang.

Lepas tu balik rumah Amir demam pulak. Demam pasal kena marah dengan aku malam sebelum tu. Sebab dia mengaji main-main. Bila suruh menyanyi bukan main hafal lagu. Suruh mengaji ulang 20 kali pun tak ingat. Lepas tu 'Amir tak larat la. Amir penat la.' Mau tak naik angin aku ni. Hati tisu sangat anak teruna ni. Kena marah terus demam.

Demam-demam pun ikut jugak abah dia pi opis. Nak hantar barang sebelum dia pi operasi. Aku dok rumah masak bihun goreng. Ada kawan dari jauh datang. Ada kursus kat Flamingo Hotel so alang-alang mai la rumah. 

Malam tak buat apa pun. Tido awal pasal letih sangat kekdahnya. Ahad pulak pagi-pagi pi tengok kucing-kucing. Laki aku bela tapi sebab dia pi keja aku la keja jaga anak-anak bulus itu. Setiap hari lepas balik keja kena jenguk dah. Huhu...

Ahad keja basuh baju la. Lepas tu malam sikit cari kaler untuk Amir. Dia nak kaler buku Ultraman dia. 

Weekend yang mama bosan. Nak buat kuih tapi malas. So, itu aje la ceritera. Tak ada yang menarik pon. Melayan anak-anak bertuah di rumah je. 

Petang ni tukar rutin. Kena pi tengok anak-anak bulus dulu. Ntah apa jadi dah la tu.

 

Tuesday, September 2, 2014

Weekend Aje Masak.. Makan... Gemuk..

Selamat menyambut hari merdeka yang ke 57. Cuti 3 hari aku terperuk kat rumah je. Tak pi mana.

Sabtu aku buat apa pun aku tak ingat. Yang aku tau aku dilanda sakit kepala melampau. So, lepas basuh baju stok seminggu tak basuh aku baring n tido je la.

Ahad laki aku tak ada. Pi perbarisan hari merdeka. Aku nak ikut tapi dia kata susah nak cari parking. Jalan tutup. Mengenangkan nak bawak budak 2 orang yang lasak tu sorang-sorang aku pun mengalah la. Dok aje kat rumah. Terus bangun pagi-pagi bakar pizza.

 Sebelum pembakaran

 Ketika pembakaran. Cheese membuak. I loikeee.. 

Macam biasa la. Doh pizza mesin yang uli. Topping pun guna apa yang ada je. Ada sosej n daging burger. Cheese cheddar petak. Tak ada cheese sagat segala bagai. Senang guna cheese petak. Penuh terus nampak atas pizza tu. Hahahaha! Sos aku guna sos tomato aje. Nak pedas sikit tambah sos cili.

Amir cakap 'sedapnyeeee pizza ummi buat ni.'

Hahahaha! Amir cakap sedap tu ok la tu. Banyak la jugak dia makan. Tapi tak boleh buat kerak nipis garing. Nanti keras dia susah nak kunyah pasal tak ada gigi. Huhu... Kena bagi gebu n lembut. Yang tu dia suka. Hana apa abang dia makan dia pun sapu aje. Tapi tak banyak la.

Lauk hari ahad aku masak kurma ayam (ayam masak hitam kata amir), sayur cendawan campur carrot n ikan masak bening.

Isnin pulak breakfast bihun goreng (alamak, lupa beli bihun ganti mak mertua punya), tambah lauk daging goreng kunyit je pasal kurma ayam ada lebih. Lepas tu petang gigih sangat aku buat....

 Sesi uli menguli
 
 Output yang terhasil.. Onde-onde @ buah melaka

Senang aje buat onde-onde ni rupanya. Ni 1st time aku buat. Awal-awal asek bocor je onde-onde tu. Lepas tu dah paham konsep. Lepas gentel terus buh dalam periuk ayor panas tu. Sebab melekat-lekat kalau susun dalam pinggan dulu. Dah hujung-hujung baru cun aje bulat dia tu. Hahahaha! Saya budak baru belajar.

Gula melaka berlambak lagi tu. Boleh la nak buat lagi nanti. Amir pun suka makan. Banyak dia habiskan. Lega mak pasal ada jugak orang nak makan. Huahuahua! Hana dia gigit sikit lepas tu dia rasa tak best dia letak balik dalam pinggan. Sabor je la ummi dia ni.

Tu je la cerita hari minggu. Mak-mak sangat dah sekarang. Masak aje kejanya. Bila tah nak cuba buat cheese tart. Mixer takde. Sekarang pesen kuih aku semua tak pakai mixer. Mungkin lepas ni menajamkan skil buat muffin. Atau pun cari resepi brownies pulak.