SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 28, 2014

Mengcookies, Meroti, Memizza

Assalamualaikum

Nak update apa la ni. Selongkar gambar sat. 


Cookies ni adelah oil cookies. Projek mengcookies dengan anak-anak. Bintang kalerful tu pasal Amir la nak bubuh. Ikut pi Tesco nampak bintang nak jugak-jugak. Kesudahan letak kat cookies.

Cookies ni buat guna minyak. Oil cookies. Jadi teksturnya keras sikit. Kalau yang letak butter tu kan lembut rapuh kan. Tapi keras pun sedap je aku tibai. Rapuh sangat sat lagi berselerak habuk cookies tu. Dah habis pun biskut tu aku makan. Hahaha! Resepi aku amik kat blog ni.





Yang ni pulak roti sarang lebah. Tergoda ahkak tengok member-member dok update buat roti ni dalam fb. Tengok bahan senang nak cari. Terus menggigih buat jugak. First time buat ni. Nak kata jadi sangat tu boleh la kot. Pun aku tukang perabih. Amir makan dia cakap sedap. Hana makan secoet je. Laki aku memang sedih la aku nak pujuk bagi rasa.

Sos butterscotch tu aku rasa macam ada pahit-pahit sikit. Gula aku terhangus kot masa masak sos tu. Ngahahaha! Resepi dari blog ini. Roti dalam blog tu memang cantik. Roti aku ni aku bentuk asal boleh aje. So, rupa pun asal boleh je la. Kahkahkah!


 Yang ni pizza gebu gebas. Amir suka makan western. Pizza ni dia request. Eh, aku pernah update ke pasal ni. Lantak, aku nak cerita jugak. Hahaha! Lepas ni kalau nak buat pizza aku kena tukar topping. Amir ada problem mata merah n berair. Dia dari kecik ada eczema. Baru-baru ni teruk sangat mata dia aku bawak pi jumpa doktor. Doktor suruh pantang segala mak nenek fast food ni n seafood. Lepas ni ummi guna ayam n daging je la ye Amir.

Roti-roti tu semua aku guna tepung gandum aje. Masa 1st time buat pizza dulu je aku guna tepung roti. Lepas tu tepung roti abes aku guna je tepung gandum. Senang nak dapat. Nak cari tepung roti kena pi kedai bakeri dan aku memang selalu tak sempat nak menyinggah.

Ok, tu je update hari ni. Aku nak buat keja. Sesape ada nak beli chocoletto boleh roger-roger ahkak.

Bye!




Thursday, May 22, 2014

Side Income Baru - Chocoletto

Hari ni gomen dah gaji. Gaji aku pun dah langsai bayar segala hutang piutang. Yang tinggal ada la sikit nak tukar tayar kereta abah aku n lain-lain buat belanja. Kena jimat cermat la ahkak. Dah nak start puasa n raya pulak. Kuih raya pun dah tempah. Amboihhhh... Puasa pun belum kuih raya dah tempah 2-3 balang kan.

Bonus raya macam tak ada je tahun ni. Ye la, macam-macam dah jadi kan. So, beban hutang negara tu aku rasa mencanak naik jugak la. So, buat la saving sikit-sikit untuk duit raya anak buah, adik beradik, sepupu sepapat nanti.

Aku jual coklat sekarang. Bukan la coklat seketui tu. Tapi bertih beras salut coklat dalam jar. Boleh la nak tambah income sikit-sikit. Nama coklat tu chocoletto.




Aku sendiri dah lebih 5 botol ngap. Hahahaha! Sekali makan tak boleh stop ok. Boleh terus kunyah n kunyah tetiba eh... Dah abes sebotol. Kat belah bawah jar tu ada biskut coklat. Memang nak nangis ahkak makan tau.

Kalau sesiapa rasa nak beli boleh la roger-roger ye. RM10/jar. Setakat ni aku buat COD pada sesapa yang dekat-dekat kawasan aku lalu balik keja n dekat-dekat rumah. Nak pos boleh diusahakan tapi maybe lambat sikit sebab aku boleh pi pos ofis hari Jumaat saje. Pos opis jauh dari opis ahkak. Aku ni pulak staf yang sentiasa di hati bos. Selalu dicari. Kahkahkahkah! Poyonye la tuan blog ni.

HQ Chocoletto pun still cari stokis, ejen n dropship ejen. Kalau berminat nak tambah income korang boleh search FB Official page: Chocoletto Official.

Panjang lebar pulak aku membebel hari ni. Hehehe... Padahal hari ni macam tak ada mood. Tu je la aku nak taip. Sekian dari aku yang dah pening-pening lalat lepas minum kopi goji guarana.

 Hana pon sukeeee.... Peace... 



Thursday, May 15, 2014

Berjaya Drive Jauh Sorang-sorang

Lama menyepi. Aku pi kursus. Dan dengan bangga kembang kempis lobang hidung aku berjaya bawak kereta sesorang pi balik Penang - Sungkai. Hahahaha! Kepoyoan apekah ini? Tak sangka ok dengan pencapaian diri sendiri.

Sebenarnya aku tak pernah bawak kereta sesorang jauh-jauh. Selalu ada je laki aku temankan a.k.a laki aku yang drive. Aku membuta kat sebelah. Hikhikhik... Tapi kali ni tak boleh sebab pi pusat latihan. Bukan tido hotel. Kena pulak aku sorang je yang naik nama. Tak boleh mintak driver la.

Kursus tu dari 4hb - 8hb. Semalam pulak dapat berita sedih. Salah sorang peserta kursus meninggal. Muda lagi. 30an macam tu. And wife dia tengah pregnant anak ke 3. Kena heart attack. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Macam terngiang lagi suara dia cerita experience buat banci penduduk. :(

Aku tengah kelegaan ni. Bos postponed kursus. Yip yip yippieeee!!! Bulan 11. So, aku ada banyak sikit la masa nak prepare.

Ok la, aku nak kemas meja. Nak balik pukul 5, 4.30 dah kemas meja. Hahaha! Meja bersepah dengan borang ni. Esok lusa sambung lain.

Bye!