SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, January 23, 2014

Selamat Sambung Meter Letrik n Air = Babai RM353.00

Assalamualaikum

Minggu ni pon bz.. Walaupun aku cuti Isnin Selasa tapi serupa tak cuti kekdahnya. Sana sini dapat emel. Sana sini orang call. Paling best orang HQ call tanya siapa yang nak pi taklimat. Padahal emel tu hantar kat pengarah je. Aku kat rumah ni pulak dia call. Dah 1 keja la aku mintak dia forward balik emel n aku forward kat pengarah mintak nama. Serupa tak bercuti pun.

Masuk meter letrik n air untuk rumah dah settle. Lega mak. Masuk meter air kena RM100. Masuk meter letrik kena RM253. Kopak iols tau. Zaman dulu RM90 je. Naik berapa kali ganda tu. Laki aku cakap pasal sekarang pakai meter digital. Kos lagi mahal la.

Oh, masuk meter tu untuk rumah baru yang tak baru. Hahahaha! Aku beli rumah subsale. Masa tengok tu rumah nampak ok. Maybe sebab ditutup dek perabot-perabot. Bila tuan rumah dah kosongkan n tengok balik. Isk... Isk.... Rasa nak nangis. Banyak nak kena betulkan ni. Pintu dapur dah berkarat gila-gila. Toilet sambung dengan bilik air tapi sambungan yang pelik. Tu nak kena pecah balik buat pintu. Jenuh siapa nak berak kena melintas orang tengah mandi. Bilik belakang dia simen terus tak ada tingkap. Yang ada lubang kat dinding pasal dia cabut amik aircond dia.

Rumah tu aku buat homestay je kot. Ada ke orang nak duduk. Muahahaha! Tapi kena la aku mekap bagi cantik dulu. Wiring pun pening aku tengok. Suis lampu ruang tengah ada dalam bilik depan. Confirm kena buat wiring baru.

Ok, aku ngantuk. Tapi nak kena siapkan proposal untuk seminar. Nangis la aku. Proposal seminar, nanti proposal kursus. Macam dah tak ada orang lain. Sob... Sob...

 

No comments: