Assalamualaikum
Baru nak memulakan hari ni dengan tersengih gembira sentiasa. Poyonya la kan. Hahaha! Sebenarnya nak hari ni gembira dan tenang-tenang saje.
Tetiba lepas lunch tadi ada call masuk ke kaunter. Aku pulak tengah melepak kat situ bincang pasal bebudak sambilan ni. Yang jaga kaunter la jawab fon. Tetiba budak tu pas kat aku lepas dia macam confused dengan caller tu tanya macam-macam.
Caller tu cerita la ada orang ni datang kilang tempat dia keja n hantar 1 borang survey. Ada logo U, ada logo gitu gini segala la. N orang tu cakap dia dari ofis kitorang. N dihantar untuk buat survey tu.
Aku pelik la pulak. Kilang tu kat Kedah kot. Ofis kitorang tak cover Kedah. Ada penipuan sedang berlaku kah?
Caller tu bagi no fon si penghantar survey. Aku cakap nanti aku check sebab caller tu nak jawapan. Dia kata kalau bukan dari ofis kitorang dia nak ignore je. Pasal soalan survey tu sampai top management caller tu kena tanya.
Bila aku check no fon confirm budak ofis aku! Bawah projek aku! Huwaaaarrgggghhhh!!!!
Terus menggelegak je aku rasa. Dah la caller tadi dok tunggu jawapan aku. Apa aku nak jawab ni. Memang aku bagi pegawai keselamatan opis la suruh handle buat sementara. Salah guna kad kuasa, tipu orang, pi melencong tempat lain time keja. Berapa kesalahan tu?
Sabar je la aku di hari Isnin ni.
Sabar.....
SaYa SayaNg AnDa :)
Monday, January 27, 2014
Thursday, January 23, 2014
Selamat Sambung Meter Letrik n Air = Babai RM353.00
Assalamualaikum
Minggu ni pon bz.. Walaupun aku cuti Isnin Selasa tapi serupa tak cuti kekdahnya. Sana sini dapat emel. Sana sini orang call. Paling best orang HQ call tanya siapa yang nak pi taklimat. Padahal emel tu hantar kat pengarah je. Aku kat rumah ni pulak dia call. Dah 1 keja la aku mintak dia forward balik emel n aku forward kat pengarah mintak nama. Serupa tak bercuti pun.
Masuk meter letrik n air untuk rumah dah settle. Lega mak. Masuk meter air kena RM100. Masuk meter letrik kena RM253. Kopak iols tau. Zaman dulu RM90 je. Naik berapa kali ganda tu. Laki aku cakap pasal sekarang pakai meter digital. Kos lagi mahal la.
Oh, masuk meter tu untuk rumah baru yang tak baru. Hahahaha! Aku beli rumah subsale. Masa tengok tu rumah nampak ok. Maybe sebab ditutup dek perabot-perabot. Bila tuan rumah dah kosongkan n tengok balik. Isk... Isk.... Rasa nak nangis. Banyak nak kena betulkan ni. Pintu dapur dah berkarat gila-gila. Toilet sambung dengan bilik air tapi sambungan yang pelik. Tu nak kena pecah balik buat pintu. Jenuh siapa nak berak kena melintas orang tengah mandi. Bilik belakang dia simen terus tak ada tingkap. Yang ada lubang kat dinding pasal dia cabut amik aircond dia.
Rumah tu aku buat homestay je kot. Ada ke orang nak duduk. Muahahaha! Tapi kena la aku mekap bagi cantik dulu. Wiring pun pening aku tengok. Suis lampu ruang tengah ada dalam bilik depan. Confirm kena buat wiring baru.
Ok, aku ngantuk. Tapi nak kena siapkan proposal untuk seminar. Nangis la aku. Proposal seminar, nanti proposal kursus. Macam dah tak ada orang lain. Sob... Sob...

Wednesday, January 15, 2014
Cerita Campur-campur
Assalamualaikum
Macam lama je tak update blog kan. Huishhhh.... Kemalasan menjadi-jadi kekdahnya. Bukan apa, aku busy sangat tau. Semua benda nak kena buat ni.
Nak cerita pasal diri sendiri pun sama je la tiap-tiap hari pun. Tak ada anjakan paradigma langsung. Hoh! Kecuali berjaya mengecikkan sikit badan. Tapi tetapppp tak muat lagi jeans masa sebelum mengandung Amir. Sikiiiiiitttt je lagi.
Hahahaha! Poyo gila. Macam mana nak muat. Diet ikut dan aje katanya. Nasi mesti makan. Aku mengikut konsep sederhana je makan sekarang ni. Tak ada la balun selagi tak kenyang sumbat jugak. Amik nasi segenggam *kadang-kadang terbabas jugak*. Kalau pi rumah mak pak aku bukan segenggam, bergenggam-genggam. Abah aku kalau aku amik nasi sikit dia tegur,
'Apesal sikit sangat? Tambah lagi.'
T______T
Ok, sebagai anak yang baik maka saya menurut perintah. Hahahaha! Memang lambat la kau nak kurus senah!
Amir masih belum disekolahkan. Umur dia sekarang 5 tahun. Hmmmm... Amir ni ada pe'el pelik sikit. Dia tak suka naik kereta selain kereta ummi n abah dia. Jadi ianya agak bermasalah bila nak hantar ke sekolah. Kalau aku drive tapi kereta orang lain pun dia tak nak. Macam mana la?
T______T'
Aku nak try hantar dia next week. Mintak Tok Wan dia hantar n amik. Dia nak ke tak nak la tu. Huhuhuhu.... Pitam mak kalau dia nangis melalak. Aku dulu abah hantar ke sekolah lepas dia bayar yuran berdesup hilang. Memang aku sorang je la terkebil-kebil tengok orang lain mak pak tunggu. Nak nangis pun tak kuasa la pasal takde siapa nak pujuk pon.
Hana pulak manja alahai. Nak tido celah ketiak sesaje. Tapi bila tengok cerita ada baby dia cakap nak baby. Nanti la ye dik. Ummi trauma tak hilang lagi. Eh, aku tak pernah cerita story bersalinkan Hana kan? Hahaha! Trauma la katakan.
Tu je la pun nak story. This week time Thaipusam kitorang nak pi Putrajaya. Kenduri sepupu. Dapat la akhirnya aku bercuti setelah cuti tidak diluluskan dek bos. Tu pun patutnya 21hb ada orang dari hq nak datang buat lawatan. Staf ku, kamu layan la ye. Bos mu nak bercuti.
Sekian, story membosankan dari mama bosan.

Friday, January 3, 2014
Ntah La
Hari ni dah Jumaat rupanya. Tak perasan. Bz sangat kot. Sampai nak makan pun tak sempat.
Dah la banyak keja. Lepas tu hadap orang gila kuasa. Aku rasa nak tempeleng je. Takpe, suka hati la nak buat apa pun. Aku malas nak layan orang gila. Main cucuk-cucuk bos. Sentap menyentap macam pompuan. Piiiraaahhhh!!!
Marah sampai menggigil tangan aku nak menaip. Dah macam orang parkinson depan PC.
Nak siapkan tentatif taklimat untuk minggu depan. Asek buat taklimat. Keja aku banyak pending jadinya.
Penat.....

Subscribe to:
Posts (Atom)