SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, August 25, 2014

Happy 5th Birthday Amir Ridhwan n 3rd Birthday Amirah Raihanah :)

Bulan Ogos adalah bulan kelahiran hero dengan heroin aku yang lasak. Amir lahir 19 Ogos 2009 n Hana debab lahir 8 Ogos 2011.

Tak ada la celebrate besar-besaran pun. Bawak anak bertuah 2 orang tu keluar makan. Amir sehari sebelum birthday dia dah request nasi burung.

Nasi burung tu macam nasi ayam je. Tapi ayam tu ganti dengan burung wak-wak tu. Dah dia request mari la kita pi makan walaupun ummi pening kepala sikit. Banyak la jugak dia makan. Hana ofkos abes sepinggan.

Amir request kek jugak. Dia nak kek yang ada kapal terbang. Mana la aku nak cari yang dah siap. Aku cari tak ada bila cakap dengan Amir dia kata tak kisah pulak nak kek apa-apa pun.

Lusanya baru aku beli. Kek coklat ada kereta hijau. Hijau feveret kaler Amir ye. Mari la abang n adik potong kek.






Kereta abang Amir amik. Pokok adik amik. Hahaha! Tersengih bangga dapat kek. Lepas tu tak makan pun. Bawak pi rumah Toksu. Makan ramai-ramai kat sana.

N hari Sabtu bawak diorang jalan pi tepi laut lepas amik stok Chocoletto. Makan chicken chop sambil tangan menepis gigitan nyamuk. Hooiiii.. Banyak betul nyamuk.






 

Doa ummi semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

nota tapak tangan : ketahuilah aku menaip entry ni dengan jari telunjuk tangan kiri yang cedera dan berbalut plaster. Tergunting jari sendiri kekdahnya. Bayangkan macam mana kegigihan aku menaip.

 

1 comment:

@e_da said...

lamanya tak blogwalking.... dah besar amir dan hanah ni....semoga sihat membesar syg....