SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 18, 2014

Another Sad News... Tahun Tragik Bagi Malaysia...

Assalamualaikum

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah kepada keluarga semua penumpang dan anak kapal MH17 yang terhempas malam tadi. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

Aku baru tau berita ni pagi tadi masa bersiap nak pi keja. Check wassap beratus-ratus dari group wassap aku. Terkejut. MH370 pun belum jumpa dah dapat pulak berita MH17 terhempas disyaki ditembak jatuh.

Tahun yang sangat tragis bagi MAS dan jugak negara kita Malaysia. Kita diduga lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.

Tak dapat dibayangkan kesedihan keluarga terutamanya lagi 9 hari kita nak menyambut Syawal.


Semoga keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian getir ni.
 
 
 

Thursday, July 17, 2014

Aktiviti Time Cuti Nuzul Quran - Projek memuding

Dah berapa hari puasa? 19 hari dah kan. Sepanjang puasa ni aku memang tak ada membeli sangat kat pasar Ramadhan. Memang masak aje kat rumah. Lauk 2-3 jenis aje. Tapi aku masak weekend aje n hari cuti. Yang lain mak mertua aku masak pasal aku balik keja je sampai rumah dah pukul 7.

Kelmarin cuti Nuzul Quran maka mari lah kita memasak. Amir dah bagi kiasan-kiasan,

'Dah lama ummi tak masak ayam masak hitam kan?'

Hahahaha! Ayam masak hitam adalah ayam masak kurma. Jadi marilah kita masak. Kelmarin terlebih rajin jugak buat puding jagung resepi paling sonang sekali. Puding tu pasal akak aku request. Mengidam pulak minah tu. Ok la, mari kita buat. Tekak sendiri teringin nasik ayam sampai sekarang tak buat. Huhuhu...

Mula-mula aku buat puding jagung. Puding ni tak guna agar-agar. Just tepung kastad, air, gula, susu cair, jagung jenis creamy. Resepi ni akak aku la bagi pasal dia teringin. Aku tak pernah buat pon puding jagung ni. Ikut aje la resepi. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Sat aku cari ada gambo screenshot blog tu tak.



So, itu la resepinya. Credit kepada tuan punya blog. Korang gugel la ye. Gula tu aku kurangkan sebab aku tak suka manis sangat padahal bukan aku yang nak makan. Hahaha! Aku yang buat so ikut tekak aku la.

Sesi membancuh

Beginilah rupanya di dalam kuali mak mertuaku,






Masuk bekas pulak... Hudus je rupa pasal main tepek je...


Amir excited sangat nak tolong bancuh. Lepas tu belum sejuk masuk peti ais dia dah sibuk tanya bila boleh makan. Siap cakap,

'Sejak bila ummi pandai masak macam-macam ni?'

Perlu sentap ke apa dengan soalan tu. Hahahaha!

Bila dah sejuk aku bagi kat dia pasal asek berzikir kat telinga jagung, jagung, jagung. Sekali dia boleh kata tak sedap. Rasa berlain. Oh... Down kejap ummi ko. Kihkihkih...

Amir kalau bukan feveret kat tekak dia memang tak sedap la. Hana pon kata tak sedap. Down ganda dua kejap. Huhu... Tak apa la, anak aku memang pesen tak reti makan pencuci mulut ni ujarku menyedapkan hati sendiri. Hihu..

Dah sejuk petang semalam pi la hantar rumah mama n kakak aku yang bertuah tu. Lepas berbuka akak aku kata ok je. Cuma hudus la sikit rupabentuknya. Wakakaka! Dah kuasa pulak aku nak hias cantik-cantik kan.

So, kelmarin lauk berbuka adelah seperti gambar di bawah..


Kurma ayam, asam pedas ikan kembung (asam pedas versi penang), kari ikan pari (lauk semalamnya perangat), sayur campur, nugget untuk anakanda..

Tu lah cerita cuti aku. Masak gitu je pun dah rasa penat macam nak pengsan. Hahaha!

p/s : siapa nak beli chocoletto n berrygen roger-roger sebelum kehabisan stok. Siapa beli chocoletto 3 botol aku bagi sampul duit raya free... Hehehe...
 

Monday, July 14, 2014

Entry Luahan Hati La Kot

Assalamualaikum

Sat lagi nak kena pi keja luar ni. Makin lama makin susah dapat kerjasama orang malaysia ni kalau nak dapatkan info. Paling payah kalau rumah tu jenis kondo la. Ada management bagai. Management selalunya ok tapi diorang pun hanya menurut perintah. Kalau persatuan penduduk situ tak bagi masuk tetap la tak boleh masuk.

Zaman sekarang dah tak hidup bermasyarakat dah. Semua lone ranger saje. Macam ada sorang yang keja management sebuah kondo ni cerita. Management buat meeting harooommm tak datang. If buat meeting n ada makan-makan diorang just akan datang untuk makan n blah balik rumah. Apa-apa urusan terserah kat management diorang tak nak amik tau. So management sendiri pun tak boleh nak tolong.

Kitorang ni la jenuh nak menjawab kat bos pulak kan. Nak jawab dengan HQ lagi. Aku rasa memang dah patut padan sangat la akta yang ada tu dikuatkuasa. Data tu bukannya jual kat orang pun. Just untuk analisis n dari situ la boleh nak buat dasar kerajaan n bagi bantuan segala.

Eh, tetiba serius pulak entry pagi-pagi buta. Haha! Stress sebenarnya sekarang ni. Pi company pun sama, pi rumah orang pun sama. Aku dengar macam-macam experience member-member. Ada yang borang melayang kena muka. Ada yang sengaja lepaskan anjing bila pi rumah.

Ada la member yang dah berenti pun. Buat bisnes sendiri. Walaupun orang kata keja gomen ni ada pencen la, dah tak keja duit tetap masyuk la. Kejadahnya la kalau stress manjang. Tak sempat merasa duit pencen ko dah gol dulu sebab hypertension. Lebih baik buat keja yang kita suka kan.

Aku pun simpan angan-angan macam tu la jugak. Amir tu harap sangat ummi dia ni dapat spend masa dengan dia. Hantar n amik dia pi skolah. Menitik la air mata kalau dengar dia tanya bila ummi boleh benti keja jaga Amir ni. T______T

Ummi tengah usaha ni Amir n Hana. Sabar ye.



 

Wednesday, July 2, 2014

Aku Nak Cuti!!!!

Merah punch card ahkak hari ni....... Stress ok. Dalam seminggu ni dah 2 kali merah. Nasib la dah bertukar bulan. Tak nampak sangat la berderet merah punch card aku.

Gara-gara eksiden ye. Dan bukanlah eksiden tu punca jem melampau. Tapi puncanya masyarakat prihatin slowkan kereta nak tengok.

Semput aku dibuatnya tau. Ni dah pening kepala sah darah dah naik ni. Isnin lepas laki aku saje test guna blood pressure monitor abang ipar dia. Masa tu aku balik keja. BP aku 198/108 ok. Aku gugel cari bacaan BP tudiaaaaa... Hypertension stage 3 dah. Severe.

Hari ni pulak ada taklimat. Memang tambah la stress aku ni dengan keja banyak nak siapkan urgent. Bos nak buat meeting esok pun aku tak buat slide lagi.

Aku nak cuti!!!!