Ok, makin bersawang dah blog aku ni. Bukan setakat labah-labah, segala mak nenek binatang pun dah boleh duduk.
Ngaaaa... Mak busy sesangat ni. Tengok, cakap je pasal busy terus teringat ada lagi keja aku nak kena settlekan pasal kursus ni. Otak tak berenti memproses nampak gayanya. Memang keletihan.
Dok opis letih, dok rumah sama la letihnya. Hahahaha! Tambah ada tukang 'kemas' berjaya. Semalam apak diorang tak ada pasal keja. Diorang main suratkhabar lama keronyok-keronyok masuk plastik. Bersepah atas katil. Katanya bungkus nasi lemak. Iye la tu nak. Bila aku suruh kemas Hana jawab macam ni,
'Umi la kemash.. Adik enat ni.'
Hamboihhhhhhh la anak. Dia penat menyepah. Aku penat mengemas. Baru 2 tahun 8 bulan mulut tot tet macam mak nenek ye. Bila mintak tolong lagi,
'Shukati adik la...'
T______________T'
Nangis ummi dengar jawapan ko dik.
Kelmarin Amir request pizza. Dah seminggu tu dok berzikir pizza. Sebab tak nak mensia-siakan oven Noxxa n tak nak kena perli dengan laki aku buat jugak la. Kebetulan pulak birthday laki aku Sabtu lepas. Pakej permintaan anak n celebrate birthday apaknya.
Ni pizza buat kelmarin. Pizza terlebih yis nama dia. Aku berangan apa tah tak perasan yang aku sebenarnya dah bubuh 1 tsp yis tapi aku tambah lagi 1 tsp. Hasilnya pizza membuak-buak. Kahkahkahkah!
Ni gambo lama. Masa baru beli oven. Gigih jugak buat pizza sebab dah janji dengan Amir Ridhwan. Hehehe.. Masa ni aku taram guna cheese petak pasal aku guna apa barang yang ade saje.
Ummi Amir n Hana rajin pasal oven Noxxa ni adelah breadmaker jugak. Wakaka! Kalau tak memang makan pizza kedai je la ye anak-anak. Ummi tak koser nak menguli. Sebab mesin yang uli maka iols tak kisah anak dok meratib mintak pizza. Tak ape, ummi boleh buat. ;p
Ini jugak permintaan Amir Ridhwan. Dia dah tau ade oven. Keja nak ayam panggang je la. Ni pon gambo lama. Semalam Amir request lagi. Kalau rajin sat lagi pi pasar malam cari ayam le.
So, ok la. Aku nak sambung buat keja. Padahal tengok dah 4.15 nak bersiap balik dah. Bos semua tak ada kan minggu ni jadi merdeka sikit nak meregang-regangkan badan.
Aku dah dapat timbalan baru. Tapi lagi detail rupanya dari bos lama. Huwaaaaaa!!!! Mak penat!!!!
1 comment:
Warh dalam penat2 tue sempat lagi wat pizza yer..tapi nampak cam sedap tue..bolehlah share resepi nie :)
Post a Comment