Aku masih bersawang dekat ofis. Esok pun aku ada. Orang lain semua cuti. Aku je terlebih rajin.
Hari ni nak siapkan minit bagi settle. Benda paling menyampah, tak suka, benci nak dibuat la. Huhuhu... Ada sesiapa geng tak? Malas nak dengar balik apa yang direkod. Kalau terlepas dengar kena repeat balik. Sampai la siap. Aku adalah sejenis tak suka menulis time orang bercakap sebab bila aku tulis je next biji butir tu aku dah lost in space. Dok la terhegeh tanya kawan kat sebelah. So, solution untuk orang lembap menulis macam aku ni n tak boleh fokus pada benda lain adalah dengan merakam.
Bos aku pulak siap buat survey dalam group wasap tanya siapa yang cuti hari Jumaat. Bos besar nak buat meeting katanya. Ateeeeee..... Memang 3/4 jawab cuti la. Anak nak orientasi sekolah apa bagai. Aku apply cuti 2-4hb. Nak ajar anak macam mana nak beli makan kat kantin n naik van segala bagai. Tapi aku rasa tak sampai 4hb kot aku cuti. Sebab si Debab ni lagi suka kalau aku tak tengok dia. 1st day hantar ke tadika pun menonong je masuk tak tengok Ummi dia dah. 😂😂😂
Oh, baju sekolah agama Debab tak beli lagi ni. Dah la tengah bulan 1 nak kena ke Putrajaya ada kenduri kawen sepupu. Tengah bulan time poket kering la pulek kan. Walaupun bonus akan masuk tapi masih la terasa kepiluan poket tu. Hahaha!
Baiklah, nak sambung buat keja. Ada lagi benda nak buat selain minit. Report survey boria hari tu tak siap lagi. Sampai sakit belakang la dok bertunggu tangga kat Pesta Pulau Pinang untuk buat survey boria tu.
Semoga tak ada la manusia yang sibuk nak mengacau aku buat keja hari ni. Aminnnn...
1 comment:
Cuti wei... cuti....!
Post a Comment