Aku masih bersawang dekat ofis. Esok pun aku ada. Orang lain semua cuti. Aku je terlebih rajin.
Hari ni nak siapkan minit bagi settle. Benda paling menyampah, tak suka, benci nak dibuat la. Huhuhu... Ada sesiapa geng tak? Malas nak dengar balik apa yang direkod. Kalau terlepas dengar kena repeat balik. Sampai la siap. Aku adalah sejenis tak suka menulis time orang bercakap sebab bila aku tulis je next biji butir tu aku dah lost in space. Dok la terhegeh tanya kawan kat sebelah. So, solution untuk orang lembap menulis macam aku ni n tak boleh fokus pada benda lain adalah dengan merakam.
Bos aku pulak siap buat survey dalam group wasap tanya siapa yang cuti hari Jumaat. Bos besar nak buat meeting katanya. Ateeeeee..... Memang 3/4 jawab cuti la. Anak nak orientasi sekolah apa bagai. Aku apply cuti 2-4hb. Nak ajar anak macam mana nak beli makan kat kantin n naik van segala bagai. Tapi aku rasa tak sampai 4hb kot aku cuti. Sebab si Debab ni lagi suka kalau aku tak tengok dia. 1st day hantar ke tadika pun menonong je masuk tak tengok Ummi dia dah. 😂😂😂
Oh, baju sekolah agama Debab tak beli lagi ni. Dah la tengah bulan 1 nak kena ke Putrajaya ada kenduri kawen sepupu. Tengah bulan time poket kering la pulek kan. Walaupun bonus akan masuk tapi masih la terasa kepiluan poket tu. Hahaha!
Baiklah, nak sambung buat keja. Ada lagi benda nak buat selain minit. Report survey boria hari tu tak siap lagi. Sampai sakit belakang la dok bertunggu tangga kat Pesta Pulau Pinang untuk buat survey boria tu.
Semoga tak ada la manusia yang sibuk nak mengacau aku buat keja hari ni. Aminnnn...
SaYa SayaNg AnDa :)
Thursday, December 28, 2017
Wednesday, December 27, 2017
APC? Tak Ada Rezeki.
Ada orang tanya aku tak frust ke tak dapat APC. Sebab dia kata tengok muka aku ni langsung tak ada ciri-ciri frust.
Huhuhu... Guane nak jawab tu. Aku cuma boleh kata tak ada rezeki pun aku nak dapat APC. Ada orang lain lagi layak. So, biar la. Buat apa la nak tunjuk muka frust tertonggeng. Bukan ada orang kisah pun. Hahaha! Life goes on kekdahnya.
Dah syarat nak dapat APC tu ketat nak mati. Hang rajin la macam mana pun tapi kalau hang masuk lewat lebih dari 5 kali dalam setahun maka babai aje la APC. Oh, aku tak tau la jabatan lain kriteria dia macam mana. Tapi Jabatan aku macam tu la.
Aku memang nak buat macam mana. Ofis jauh. Aku nak amik masuk 8.30 aku kena balik awal sebab nak amik anak. Laki keja shift so kalau dia keja malam boleh la dia amik. Kalau keja siang dia pun balik pukul 9 malam abes anak aku nak biar dengan tok depa sampai pukul berapa. So, aku amik masuk pukul 8.00 pagi. Yang jadi lewat sebab mostly ada accident or kereta rosak dekat jambatan o hiway. Balik pulak kena sharp pukul 5.00 petang. Kalau hang balik lambat sikit ada kemungkinan kaki hang kejung dalam kereta sebab jem yang amat.
Time cuti sekolah ni heaven la cantik je punch card. Ink hitam je. Sebab jalan lengang. Time tak cuti sekolah? Memang banyak kereta atas jalan tu. Tu gaya aku keluar rumah pukul 6.30 pagi pun boleh lewat jugak sampai kalau ada problem kat jalan. Pernah ada eksiden tu, pukul 10 baru aku sampai ofis.
Hmmm.. Redha aje la. Tengok markah pun menangis aje la nak capai pangkal 9 kat depan kan. Belakang pun tak ada no 9 tu. Padahal list keja aku sampai berapa puluh dalam LNPT tu. Dapat bos kedekut markah. Ko pulak sejenis tak suka mengipas. Terima je la seadanya Kak Mot oiiii...
Yang penting kalau tak ada aral aku nak pencen lagi 5 tahun. Ngam umur 40. Dah tua dah wehhhh!

Tuesday, December 26, 2017
Ramai Cuti Dah Ni
Ofis sunyi je hari ni. Masa sampai pagi tadi pun banyak sungguh parking kosong. Park dengan senang hati.
Orang ramai sambung cuti krismas terus ke new year. Awal tahun depan pun mesti ramai yang cuti. Aku ni je yang meramaikan ofis. Entah bila la nak cuti ni weh. Kerja banyak macam tak abes-abes. Terus kepala otak ni fikir nak pencen lagi 5 tahun.
Oh, kitorang dapat bos baru. N bos baru ni detail sungguh orangnya. Weng-weng kejap kepala otak memikior macam-macam. Yang bakal dia mintak. Hohohoho! Hari tu dah mintak dah. Ok la masih dalam kawalan. Lepas tu emel pulak. Kena la mintak tolong seksyen lain sebab tak tertakluk dalam keja hakak.
KP baru kitorang ni suka buat benda mengejut terkejut ni tau. Dia nak buat pertukaran ke hape sehari sebelum tu baru bagitau. Aje jenuh nak ligan oiiii... Berwawasan tinggi jugak.
Aku mengantuk sebenarnya ni tapi tak boleh tido. Dah la drive pagi tadi pun macam nak tutup mata dah. Ada masa ni boleh pulak menaip entry yang takde hala tuju ye. Huhuhu...
Baiklah, nak cuba tido sat dalam 20 minit.

Thursday, December 7, 2017
Melukis.. Menulis...
Dah lama aku tak melukis n menulis. Menulis meaning macam cerpen gitu. Menulis paling lama aku tinggal kot. Nak start balik pun macam pelik je rasa. Padahal dulu minat. Sekarang minat apa pun aku tak tau. Membaca pun tak minat dah. Eh, aku tau nak tido je sekarang. Kesian sungguh macam tak ada hala tuju je.
Melukis baru semalam aku asah balik skil melukis tiru lukisan kat tenet. Sempena ada sorang staf nak pindah jabatan. Yang aku ni pulak tak ada masa nak menyinggah membeli hadiah. Aku bagi je barang Nurraysa. Lepas tu nganga pikiaq nak letak kad apa kad pun takdak. Gigih tau potong kertas apa bagai.
Jadi la macam tu. Jangan la kena saman sebab tiru lukisan orang weh. Akak lukis suka-suka je.
So sekarang tetiba macam rasa gatal tangan je. Tapi aku banyak keja lain nak settle ni. Aish... sadis sangat bila dah suka ko tak ada masa nak buat.
Jom la sambung buat minit sambil berangan lukis kartun kiut miut. Sobssss....

Subscribe to:
Posts (Atom)