Aku tak follow Gegarvaganza. Rumah tak ada Astro. Ada Njoi je. Tapi ada Njoi pun kalau ada siaran ulangan memang tak terfollow. Sebabnya busy yang amat hoi. Aku follow pun cerita korea aje kat henfon. Baru-baru ni register Netflix tapi aku try yang free tu je. Harapan nak kensel tu memang besar sebab sampai hari ni aku tak tengok apa pun cerita kat Netflix tu. 😑
Walaupun tak follow Gegarvaganza group whatsapp geng hanat selalu update. Hahaha! Aku pulak sejenis tutup tenet henfon awal. Memang dah bangun subuh nak pi keja la baru aku baca. N pagi tadi terbaca pasal Elyana adalah cancer patient stage 4. Ok, terkesima kejap. Sebab dia nampak sangat kuat. U are 1 strong lady Elyana.
Dulu masa study UiTM n melepak kat Seksyen 2 selalu nampak Elyana ni. Masa tu Elyana sekolah lagi ye. Nampak tak betapa tuanya hakak. Hahaha! Elyana dengan rambut merah dia n berbaju sekolah dok melintas kat Seksyen 2. Tapi bagus dia ni. Tak sombong. Senyum je. Cantik manis kecik molek aje orangnya.
Akak doakan Elyana kuat dan diberikan kesembuhan. Berambu jugak air mata sebelum masuk ofis tadi bila baca pasal dia kat forum. Pasal macam mana dia takut tak terjaga dari tidur n tak dapat tengok anak dia lagi. Aku adalah sejenis yang murah ayor mata sekarang. Lepas misscarriage memang emosi serupa roller coaster. Awak tabah sangat dik.
Aku sendiri pun sekarang kena follow up lepas misscariage partial molar tahun lepas. Even aku baru je lepas misscarry bulan 9 hari tu follow up untuk molar masih berterusan ye. Check darah n then jumpa pakar. Sebab molar pregnancy ni berpeluang untuk jadi kanser. That's why la kena follow up until 2 tahun. N aku punya dah setahun setengah. Syukur Alhamdulillah, setakat aku follow up ni hormon Beta HCG aku memang tak pernah spike. Kalau tetiba naik meaning something wrong. Kalau ikutkan tak boleh pregnant dalam masa 2 tahun. Tu yang doktor bebel hari tu. Huhuhu...
Tapi hangin pulak aku DS Vida sempat pulak nak promote Pamoga dia masa interview Elyana. N soalan dia sangat la tak sensitif pada aku. Eventhough Elyana nampak macam tak kisah please la ada rasa sensitif sikit. Sampai time tu pun ko nak promote Pamoga ko dah kenapa??? Ada kajian saintifik tak Pamoga ko tu boleh heal kanser. Marah ok. 😡😡😡
Ok. Cukup la aku bebel hari ni. Aku sedih sebenarnya walaupun Elyana tu kenal aku pun tak. Ish... Ni kejap lagi banjir la bilik opis dengan ayaq mata ni. Ok Elyana, be strong. Ramai yang mendoakan kesembuhan awak. Semoga awak terus kuat. 💪💪💪💪
No comments:
Post a Comment