SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 31, 2016

Contest? Nak ke?

***Sticky Post***

Kalau Kak Mot nak buat contest korang nak join tak?

Hadiah?



Sebatang lipstick bernilai RM30

Bukan hadiah orang di atas ye. Lipstick yang dipegang tu je. Hehehe...

Kalau setuju pliz komen. Kalau banyak sambutan Kak Mot buat. Kalau kedinginan umpama suasana antartika yang sejuk beku tu Kak Mot tak buat la.

Huhu...

Insya Allah, kalau ada rezeki lebih Kak Mot buat contest tetiap bulan.

:)

Promosi Produk Nurraysa Sempena Hari Wanita Sehingga 5 Mei 2016

Sekarang Nurraysa tengah ada promosi sempena hari wanita tau. Penjimatan berganda.










Roger-roger kak mot di sini. Hehehe...
Produk ni kak mot pakai.. Terjatuh chenta.. Terus jual...
Kot ada sesiapa nak tambah income meh jadi dropshipper kak mot...
Tak rugi ok sebab produk ni memang bagus n laris di pasaran...

Wassap je 0195448669
 

Monday, March 14, 2016

Boboiboy The Movie.. Layan...

Semalam bawak bebudak tengok movie. Gigih sangat la aku sesorang kan bawak budak 2 orang tu. Nasib la masing-masing dah pandai jalan sendiri. Kalau stok nak berdukung memang dok la kau di rumah tengok tv je dah.

Amir dengan Hana nak tengok Boboiboy. Dah janji nak tengok last week. Tapi full house je. Tak larat la nak tengok yang petang. Dah la aku sorang je hangkut bebudak tu. Amik show pukul 6 pukul berapa pulak nak abes. Tertido dalam panggung tu macam mana gaya aku nak heret pulak karang.

So, semalam keluar tengok kat Sunshine Bertam aje. Dekat sikit dengan rumah. Nak tengok pukul 3 full jugak. Tak nak aku amek seat depan terdongak-dongak. Tengok 4.35 pun selling fast. Tapi tak penuh sangat. Ok, kita tengok 3.45 punya show.

Sementara nak tunggu 3.45 rabak la jugak poket melayan bebudak ni main game kat arked depan panggung tu. Pandai pulak korang ni susun tempat ye. Dah la si debab tu cukup suka main game yang masuk token tarik anak patung tu.

Dah 3.15 moh kita beli pop corn. Beli air milo abes diminum belum sempat masuk cinema tu lagi. Pop corn chicken pun hade. Tu dak debab punya. Dia makan sorang.

Dalam tu dak debab sekejap je boleh behave ye. Amir memang syok tengok sebab kartun feveret dia. Dah nak dekat hujung kesudahan Hana dok atas aku sebab dia kata sejuk. Tau-tau dah lelap. Adehhhh... Memang tak payah bawak dah lepas ni. Amir la yang syok tengok gelak sakan.

Overall cerita Boboiboy adelah best. Aku rasa macam nak tengok lagi tapi macam over la pulak mak budak ni kan. Maybe tunggu DVD keluar la. Layan sampai lebam.

Tu je la cerita weekend aku semalam. Lain-lain macam hari biasa la. Mendobi, sidai kain, lipat kain, gosok kain. Masak-masak ade la sikit.

Khamis Jumaat ni nak cuti lepak kat rumah je. Bebudak cuti sekolah. Mak budak pun nak cuti. Penat dah aku ni.