SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, March 6, 2015

Team Building... Seminar... Aku dah Tak Larat Ni....

Aku keletihan sepanjang 2 minggu ni. Sekarang pun sambil lalu je menaip untuk meredakan ketensionan. Kalau aku tension sangat sat lagi dahi aku jadi macam ikan lohan. Membonjol tetiba. Bukan aku yang cakap, member opis yang cakap. Sebelum aku dipanggil lohan sila la relax jap.

Last week after CNY aku kena pi ke INTURA, Sungai Petani, ada team building. Start dari awal bulan 2 aku dah bz gila dah. Dapat surat from INTURA offer tarikh kursus awal bulan Februari. Tarikh kursus 23-26hb Februari right after CNY. Berkejar-kejaran la aku buat proposal untuk hantar ke big bos kat HQ. Kena melalui pusat latihan kitorang dulu pulak tu.

Aku pos proposal hari ahad 8hb Februari ok sebab nak cepat. Sebab baru settle segala mak nenek 6hb. Sanggup la aku pi pos opis kat Lunas sebab Kedah kan keja hari Ahad. Dengan harapan Ahad aku pos, Isnin dah sampai. Idoknye laaaaa... Selasa petang baru sampai posto aku tu. Tu guna pos laju tu. Huhuhuhu....

Ding dong ding dong ok dah lulus. So, ke Sg Petani la kita. Team building yang best tapi penatnya mak hoiiiii... Aku urusetia ni lagi la, mana nak tangkap gambar, nak buat catatan sat lagi nak buat report. Hari ketiga kat INTURA lak diorang bawak pi masuk gua. Gelap sungguh dalam tu. Jalan meraba-raba. Pegang orang depan belakang takut tergolek.

Habis kursus hari Khamis. Badan sakit jangan cerita la. Tapi sebab amik ostematrix Shaklee tu kurang banyak sakit badan tu. Jumaat masuk opis macam biasa. Tengok emel terus rasa alahaiiiiii... Kena pi kursus kat Sungkai pulak.

Dan malam semalam aku baru balik dari Sungkai hari ni dah masuk opis balik pasal keja berlambak-lambak. Hujung bulan nak kena handle seminar n diorang ni boleh tunggu aku balik opis untuk hantar surat jemputan. Tepuk dahi betul aku. Gamaknya kalau aku punya kursus tu 2 minggu nak tunggu aku jugak ke?

Sekarang ni aku tengah weng-weng nak settlekan hantar surat jemputan kat jabatan n nak siapkan macam-macam report.

Terus rasa gastrik kejap tadi padahal dah makan. Aku syak pasal aku stress maka aku sakit ulu hati.

Ohhh... Sakitnya tu di sini di dalam perutku...

 

No comments: