SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 26, 2014

Bestnya Kalau Ada Bibik

Tiba-tiba hari ni rasa nak bersajak. Kuhkuhkuh. Tajuk sajak seperti di atas. Boleh gitu?

Bestnya kalau ada bibik..
Lepas makan dan minum tak payah aku basuh pinggan lagi...
Letak aje dalam sinki...
Bibik aje la basuhkan nanti...

Bestnya kalau ada bibik...
Lepas minum milo letak aje dalam sinki..
Bibik dah basuh tak ada la bau masam kat dapur pagi-pagi..
Sebab cawan milo dah bersih berseri-seri...

Bestnya kalau ada bibik...
Tak payah bongkok-bongkok sapu sampah hari-hari...
Bibik kan ado boleh la aku jaga tangan n kaki...
sapu krim bagi lembut melentik dan wangi-wangi...

Tapi sayang aku takde bibik...
Basuh la pinggan mangkuk tu sendiri...
Sapu la sampah sampai kematu tangan dan kaki...
Duit tak cukup nak bagi gaji...
Kecuali la ada orang nak jadi bibik free...


Ok, banyak lagi point nak letak. Nanti kalau rasa nak sambung aku sambung la. Banyak keja nak buat. Nak kata sesi luahan perasaan melalui sajak pun boleh. Kahkahkah! Kenapa la poyo sangat aku hari ni.
 

Monday, August 25, 2014

Happy 5th Birthday Amir Ridhwan n 3rd Birthday Amirah Raihanah :)

Bulan Ogos adalah bulan kelahiran hero dengan heroin aku yang lasak. Amir lahir 19 Ogos 2009 n Hana debab lahir 8 Ogos 2011.

Tak ada la celebrate besar-besaran pun. Bawak anak bertuah 2 orang tu keluar makan. Amir sehari sebelum birthday dia dah request nasi burung.

Nasi burung tu macam nasi ayam je. Tapi ayam tu ganti dengan burung wak-wak tu. Dah dia request mari la kita pi makan walaupun ummi pening kepala sikit. Banyak la jugak dia makan. Hana ofkos abes sepinggan.

Amir request kek jugak. Dia nak kek yang ada kapal terbang. Mana la aku nak cari yang dah siap. Aku cari tak ada bila cakap dengan Amir dia kata tak kisah pulak nak kek apa-apa pun.

Lusanya baru aku beli. Kek coklat ada kereta hijau. Hijau feveret kaler Amir ye. Mari la abang n adik potong kek.






Kereta abang Amir amik. Pokok adik amik. Hahaha! Tersengih bangga dapat kek. Lepas tu tak makan pun. Bawak pi rumah Toksu. Makan ramai-ramai kat sana.

N hari Sabtu bawak diorang jalan pi tepi laut lepas amik stok Chocoletto. Makan chicken chop sambil tangan menepis gigitan nyamuk. Hooiiii.. Banyak betul nyamuk.






 

Doa ummi semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

nota tapak tangan : ketahuilah aku menaip entry ni dengan jari telunjuk tangan kiri yang cedera dan berbalut plaster. Tergunting jari sendiri kekdahnya. Bayangkan macam mana kegigihan aku menaip.

 

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia, 22 Ogos 2014

Hari ni 22 Ogos 2014, Jumaat. Hari berkabung negara.

Aku baca segala berita pun dah sedih dan meleleh air mata. Apatah lagi keluarga mangsa.

Apa pun, selamat kembali penumpang dan anak kapal MH17. Bersemadilah dengan aman.

Al-fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Dan yang masih berada di sana kepulanganmu dinanti.

 

Thursday, August 21, 2014

Bila Lagi Nak Tambah?

Tambah apa? Berat badan? Hahaha!

Ofkos la soalan tersebut adalah bila lagi nak tambah bilangan anak. Adesss... Aku jawab je la trauma tak hilang lagi. Memang tu la pun jawapannya.

Lagi satu jawapan sebab memang doktor pun suruh gap 3 tahun. Sebab masa bersalin hari tu kes aku kritikal. Sebab tu la aku trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa gitu.

Kena tambah darah 1 beg. Kena dok kat labour room dari lepas bersalin pukul 9 malam sampai lunch hour esoknya. Kena tahan dalam wad lagi 1 malam. Luka beranak 2 bulan pun tak kering betul-betul. Nadi tinggi tak turun-turun. So, adekah salah kalau aku trauma.

Oh, yang nombor dua bersalin normal. Tapi lagi hazabedah daripada bersalin bedah time Amir. Memang kalau ada yang ketiga n doktor tak nak bagi epidural pasti aku akan amukan dalam wad ye.

Itulah jawapan saya. Harap anda berpuas hati.

Sekian, terima kasih.

 

Wednesday, August 20, 2014

Masak-masak Aje Kejanya

Tak ada idea nak cerita apa. Sebab busy sangat sekarang. Ni pulak ada projek baru masuk. Memang pening la kepala. Balik rumah memang nampak bantal n tilam saje.

So, mari la kita korek galeri gambar dalam henpon ni untuk tepek kat sini.

 Ni nama dia muffin vanilla tak jadi. Kihkihkih... Baru buat Ahad lepas.. Tak jadi akibat aku menderhaka resepi.. Resepi letak gula castor n butter aku ganti dengan gula perang n minyak.. Fadan muka kau...



 Ni pulak nama dia ketupat goreng. Nasi impit lebih masa jamuan raya kat department aku. Berlambak lebih bebudak ni pi bagi aku pulak. Balik rumah esok pagi aku goreng balik bawak pi opis. Terbelahak korang nak abeskan. Cara buat ketupat goreng sama aje macam nak buat nasi goreng. Cuma nasi tu berketul-ketul la. Ada resepi boleh je gugel.



Ni namanya roti keju berlapis daging. Resepi dari pakcik tenet jugak la kan. Aku buat masa jamuan raya department. Gigih sangat makcik ni masak pagi-pagi buta tau. Sold out roti ni. Miahaha! Sedap ke uols? Tuan roti sendiri pun tak sempat merasa. Ni pun aku ada derhaka resepi jugak. Aku goreng inti sukati aku nak letak apa.



 

Muffin guna tepung premix Nona. Sedap. Tapi ni aku buat lama dah. Sebelum buat muffin tak jadi nun di atas. Premix ni kan tinggal masuk air, minyak n telur. Jadi sonang sangat la. Kalau tak jadi jugak tangan memang tak berseni.

So, itu aje la gambar dalam henpon. Gambar makanan aje kekdahnya. Nanti la korek kalau ada gambar lain.

Tuan blog tengah dirasuk hantu membaking ni. Nak try buat muffin vanilla sampai gebu gebas. Tapi tunggu weekend baru merajin. Hari keja tak larat.

Tu je cerita. Aku nak pi cafe beli nasi bungkus. Bye!

 



Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin semua....

Dah hari raya ke 5 baru nak ucap. Ok la tu kan. Aku busy raya ni. Jadi chef sorang-sorang. Sapu rumah sorang-sorang. Nak mop pun dah tak larat. Sapu aje la.

So, raya pertama aku masak rendang daging ikut sukahati, masak lodeh dan jugak ayam masak merah. Ketupat palas beli. Nasi impit rebus yang segera aje. Malam lepas berbuka puasa last tu aku dah merendang. Daging pagi-pagi puasa tu aku dah potong siap-siap. Cramp tangan ahkak memotong daging yang sekilo aje pun. Hahaha!

Hana n Amir tukang tolong hulur sayur untuk aku potong buat masak lodeh sambil tengok cerita hantu. Rajin anak-anak aku ni. Siap bergaduh nak tolong umi. Jangan masa kecik aje tunjuk rajin tu.

Siap masak rendang, masak lodeh n rebus ketupat pukul 1 pagi. Tido kejap. Bangun pukul 4, iron baju bala tentera lepas tu masak ayam masak merah pulak. Aku masak ayam ni sebab mak mertua aku tak boleh makan daging banyak. Ada darah tinggi. Kesian pulaknya tak ada choice nak makan. Anak aku pon tak makan daging sangat so ayam wajib ada.

Lepas tu sapu 1 rumah. Lepas tu rasa nak pengsan pasal ngantuk n penat. Hahaha! Lepas je laki aku balik sembahyang raya terus pi ziarah kubur arwah pak mertua n beraya rumah pakcik makcik laki aku. Aku dalam kereta tido. Penat hoiiii...

Raya tahun ni tak ada gambar. Aku masak pun tak amik gambar. Gambar family pun tak ada. Yang ada gambar ni je.....





 

 Gambar kaki Hana.. Hahaha! Dia amik henfon aku pi tangkap gambar kaki. Kenangan kasut raya tumit tinggi dia kot. Pinky gitu.

Dan hari raya ke 3 aku demam sampai hari ni.

Sekian, cerita raya dari saya. Saya di opis mau buat keja dan makan kuih raya sambil kesat hingus.

;p