SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, April 23, 2018

Nuffnang

Lama tak bukak blog. Tengok hari ni berkeliaran iklan nuffnang kat 3 tempat. Hehehehe... Ingatkan dah berkuburan dah iklan aku.

Kegigihan nak berblog tu ada. Tapi idea aku kering je sekarang. Mood tak ketahuan hala ni. Kejap ok, kejap sedih, keja gembira, kejap menangis.

Tq la nuffnang menceriakan hari akak hari ni. Suka aku tengok kelip sana kelip sini iklan kereta. Macam tau-tau pulak aku tengah survey kereta. Hakak nak beli kereta gear auto pulak. Tak larat dah weiiiiiii tekan clutch tukar gear. Lagi-lagi bila aku dah asek tak sihat je ni. Masa pregnant hari tu lagi la. Cramp segala kaki.

Tapi laki aku tu la sayang sangat nak jual kereta ikan dia tu. Sayang kata dia pasal dah banyak buat. Kalau aku beli kereta baru pulak nak letak mana kereta lama. Kat rumah je sekarang dah ada 3 bijik kereta termasuk kereta aku. Nak parking pun dah tak tau nak letak mana. Rumah bukan ala istana yang halaman terbentang nak bergolek ala hindustan kan.

Harapnya nuffnang terus bermurah hati nak buh iklan banyak-banyak. Akak nak kumpul duhet. Nak buat modal bisnes n bayar hutang piutang. Tak larat dah ulang alik jauh-jauh. Nak berenti keja (konon).

Kbai. Sambung keja. Ada audit EKSA hari ni. Tadi follow blog EKSA ofis guna akaun emel lain. Sat lagi guna akaun emel ni depa dapat detect akak menjemah berblog pulak. Bahahaha!

Friday, April 20, 2018

Tak sihat

Hola! Bersawang berdebu blog dah. Kesihatan tak baik n mood tu memang sentiasa ke angkasa. Berterabur je nak masuk black hole dah.

Google dah bagitau hari ni jem. Siap emot sedih. Halahai.... Penat la kaki nak tekan clutch je manjang sat lagi ni. Hari Jumaat memang hari yang dijangka jem kat Penang ni. Sebab ramai nak balik ke area seberang. Macam sireh pulang ke gagang kekdahnya. Ramai orang dari seberang menyewa kat pulau ni. Orang Kedah selalunya yang dok Sungai Petani or Alor Setar. Orang Perak rasanya dok Taiping and area Parit Buntar. So, bila weekend semua pakat balik kampung la. Makanya, aku yang ulang alik dari seberang ke pulau ni Isnin kena keluar awal nak pi keja. Pasalnya confirm jem melekat padat.

Kesihatan aku dalam tahun ni memang tak memberangsangkan. Bulan 2, 3 dengan 4 ni punch card memang lompong je la. Bulan 3 miscarriage. Kali ke 3 berturut-turut keguguran. Twin pregnancy. Kemurungan aku dibuatnya. Orang nampak kita gelak senyum bagai. Dalam hati siapa yang tau.

Minggu lepas hari Isnin pulak tiba-tiba turun darah tak berhenti. Macam air paip bocor tu. Dah la masa tu dekat ofis. Tak pasal-pasal naik ambulan lagi sekali. Ke zon kuning GH. Tak tau la pasal apa. Doktor lepaskan balik. Apa sebenarnya yang jadi pun tak tau la. Sebab gynea punya doktor pun tak turun tengok. Pi hantar surat reference ke hospital BM pun pakar tak jumpa. Nurse just bagitau datang balik ikut appointment sebelum ni. So, seminggu lagi aku cuti rehat sebab trauma bleeding berlambak kat ofis.

Minggu ni masuk ofis balik. Tapi badan jadi letih tak tau nak habaq. Balik keja lepas mandi memang tertido terus la. Kesian anak-anak umi langsung tak layan depa.

Ni pun tengah tunggu masa nak balik je la. Perasaan sekarang ni macam lagu Najwa Latif. Kosong... Kosong.... Dok ofis macam orang bodoh kejap. Ni pun nasib la next week ada audit EKSA. Kemas je la bilik apa yang patut.

Ok la. Get ready nak balik dah ni. Korang doakan aku sihat la ye.

Bye...