Wahhhh banyak keja! Huhu...
Tak sempat aku nak jenguk blog. Tau-tau memberku Suliana bagitau blog aku dipenuhi entry pelik-pelik. Jenguk kejap padam entry pelik. Esok ada lagi.
Kebingungan sungguh kak mot tau. Setelah aku menggugel dengan beberapa keyword akhirnya terjumpa kat forum blogger. Suh disabled yang entry publish tru email tu. Baru la aku tak nampak entry-entry bongoks pasal ade outstanding hutang kejadah ituuuu... Haaaaa... Ye la, tukar password banyak kali pun jadi. Aku ingat nak tutup blog dah.
Eh, pembuka bicara dah membebel. Hahaha! Aku bz sangat ni. Survey nak jalan. Staf tak cukup. Responden makin susah nak bagi respon. Miserable sangat rasanya respon rate nanti ni.
Aku malas nak membebel panjang pasal respon rakyat malaysia ni. Setakat ni pi kampung-kampung respon ok. Yang tak ok kat bandar ni haaa.. Lagi-lagi dok kondo. Nak masuk area kondo pun dah susah ko hagak boleh ke nak naik sampai ke rumah. Memang harapan aje la. Orang kaya nak privacy katanya. Ye laaaaa.... Kaya tak payah dah bantuan gitu. So apedehal tak nak bagi respon, ye tak?
Aku nak tengok gak apa la yang nak diviralkan pasal survey tahun ni. 2 tahun lepas punya survey pun ada jugak yang update tak puas hati orang datang rumah sebulan tanya pasal belanja. Katanya kami ni nak amik duit dia. Lantak kome la.
Ok, aku nak sambung keja sikit. Lepas tu balik. Sakit kepala hadap pc dari pagi sampai petang. Makan pun depan pc ni haaa... Mata panda sangat.