Assalamualaikum
Dah lama tak up entry. Busy sangat sangat sangat. Dalam kepala otak ni sampai tak boleh nak fikir mana satu nak kena buat dulu ni. Sakit kepala.
Next week ada seminar. Jemputan aku tak cukup lagi ni. Last-last panggil ketua kampung. Alhamdulillah ramai bagi kerjasama bagus walaupun last minit jemput.
Lepas seminar ada lawatan dari timbalan KP pulak. Haru biru aku nak siapkan macam-macam slide. Pengarah mintak. Huwaaaa!!!
Minit mesyuarat pun aku jugak. Tu pasal orang yang sepatutnya amik minit tak datang. Tambah 1 kerja lagi.
Bulan ni jugak seksyen aku kena handle ceramah. Nak menambah KPI kekdahnya. Aku dah macam tak cukup tangan n kaki.
Staf aku sendiri pun aku kerah pi turun padang buat jemputan. Nak hantar kad jemputan lagi. Hoiiii... Cakap pasal kad jemputan baru teringat aku kena call company design n printing tu dah siap ke belum.
Tepuk dahi....
T_________T
Banyak lagi benda nak buat dalam list ni. Semakan kualiti. Pemilihan kawasan untuk pemantauan. Journal. Taklimat.
Sila pengsan.
Busy-busy pun sempat lagi aku amik tau perkembangan semasa. Paling latest pasal MH370. Aku doakan semoga MH370 berjaya ditemui. Kita dah berusaha mencari. Tawakal dan doa banyak-banyak semoga Allah perkenankan segala usaha dan doa kita.
#prayforMH370