SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, June 21, 2019

Blog Bersawang

Almost setahun tak update. Ni kalau rumah dekat setahun kosong ni kalau tak jadi tempat jin bertendang jadi tempat segala jenis haiwan liar membiak. 😆

Sepanjang tak update ni sebenarnya macam-macam berlaku. Aku didiagnosis Dysthmia. Apa tu? Perkataan bunyi macam makanan Itali je kan. Tu nanti aku cerita post lain. Ni konon nak berazam nak aktif blog balik kononnya ni. Hahahahaha! Rajin ke kau Kak Mot oiiii.

Mungkin la aku akan rajin memandangkan aku bercuti tanpa gaji sampai hujung bulan 9. Jom la cari duit tepi kot boleh buat support susu anak.

Cerita pasal anak ni dah tambah lagi sorang korum dalam family. Setelah si Debab berusia 8 tahun baru dia dapat adik. Alhamdulillah la dia sayang adik dia. Kena pulak dia sorang je perempuan makin mendiva la perangai dia kan. Adik dia boy. Lahir bulan April hari tu. Birthday present untuk Abang Misai sebab sehari lepas baby lahir tu birthday dia pulak. So, hadiah birthday lain tak ada. Terima la seketul budak kerinting sebagai hadiah. Hahahaha! Dah 2 bulan budak kerinting ni. Kenapa panggil budak kerinting? Sebab dia lahir je rambut bergulung-gulung. Sampai orang ingat dia gegirl la.

Si budak kerinting ni nama dia Ammar. Elok la, nama abang Amir, kakak Amirah, dia Ammar. Kot dapat adik perempuan bagi nama Ammara pulak. Wakaka! Tapi rasanya Ammar ni bongsu dah kot. Aku dah tua dah nak masuk 40. Tak payah gigih la nak tambah lagi. Tapi kalau boleh tambah pun sorang lagi je la. Ammar ni aku opt for caesarean. Anak² aku ni semua tak reti nak keluar sendiri. Semua kena paksa. Ammar ni overdue macam Debab jugak. Pi serah diri kat wad doktor tanya nak induce ke operate. Aku pilih operate je la memandangkan aku dah merasa 2 kali diinduce. Amir induce tapi jalan tak bukak so kena operate. Debab pun induce beranak normal tapi paling hazabedah rasanya dengan tambah darah 1 beg sebab uterine atony. So, Ammar memang aku dah tak larat nak induce n tahan contraction yang teruk gila. Doktor bagi pilihan pulak. So proceed dengan operation je. Doktor kata kalau next time pregnant lagi last la sebab dah 2 kali operate. Baiklah doc!

Aku pilih nak operate pun bukan main la aku dibawangkan dek nurse dalam wad tu. Depan aku pulak membawang. Siap pakej sound aku macam berdosa sangat la aku pilih nak operate tu. Nanti la aku cerita lain. Nasib aku ni muka seposen malas nak layan masa tu. Kot datang gila aku jenuh la. Mau semua kena tempik kot. Aku yang merasa sakit induce sampai trauma. Depa suka suki je nak judge orang. Haih... Please ye. Ada sebab la orang nak buat pilihan masing². Jangan nak pertikai sangat. Kita tak tau apa yang dia rasa. Dengan aku yang mental tak stabil ni memang aku tak nak la contraction tu buat aku hilang pedoman terus nanti.

Ok. Aku nak tengok budak Ammar. Sikit² ek ek ek nak suruh orang angkat. Bertuah la budak ni. Manja nau nau. Nanti aku sambung pasal Dysthymia tu n apa² je la yang aku rasa nak cerita. Layankan aje la ye. Walaupun setakat sorang dua je yang nak baca blog sendu ni. Like I care. Hahahaha! 

Thursday, July 26, 2018

Yang Nak Mintak Kerja Take Note Please! (Untuk yang mintak kerja gomen terutamanya)

Ni akak nak bebel ni. Bebel pasal banyak benda. Ofis aku ni memang tiap-tiap tahun ada projek survei n tiap-tiap tahun jugak la open iklan untuk ambil pekerja sambilan harian singkatan dia PSH. Dulu memang nak iklan tampal kat mana-mana notice board. Sekarang dah ada FB segala bagai so kita guna la pulak platform tu yang lagi mudah la nak viral lagi-lagi bab keja kosong ni kan.

Yang akak kurang kefahaman ni iklan dah buh kat page. Sat lagi tetiba ada soalan yang rasa nak jawab dengan perkataan kurang sopan je la. 

Soalan dia, apa kelayakan untuk mohon kerja tu ye? 

Eh, dik. Ko ni jenis baca iklan baca tajuk je ke? Situ detail semua ada dah. Perlu ke akak rolling eyes depan bijik mata hangpa. Aku jawab la jugak sopan-sopan kan padahal dalam hati membara dah rasa nak jawab,

'Dik, hang buta huruf ke apa ni?'

Jawab kurang ajar karang viral pulak pegawai gomen takde adab. Padahal hangpa pun merapu tak ketahuan hala. Zaman viral ni payah. Semua benda nak viral.

Ni akak nak habaq. Lain kali kalau nak mintak jawatan kosong baca dulu bagi perabes. Iklan terang benderang dah tulis perlu ada sijil SPM lulus bahasa melayu dan matematik. Pun adaaaaaaa jugak yang mai interview or apply kerja tapi subjek matematik dengan BM result gagal. Selak sijil SPM tak nampak subjek math or BM. Kalau takde nampak dalam sijil tu faham-faham sendiri la. Tapi bila jenis tak baca ni memang main langgar je la segala tembok besar china tu kan.

Lepas tu time mai interview pulak. Adaaaaaa jugak yang mai pakai jeans n t-shirt. Hangpa ingat hangpa nak pi main boling ke adik-adik oiiiiii.... Kalau siapa pakai jeans n t-shirt memang sorry, aku halau balik rumah suruh tukar baju. Kalau rumah hang jauh pun takde kesian aih. Hang expect apa dik oiii datang interview ofis gomen pakai jeans. Aku tak tau apesal la hangpa punya common sense bab ni memang dah tak wujud ke apa? Memang la kami cari pekerja sambilan harian. Tapi once dah nama gomen tu memang kena kemas dan formal la.

Lagi satu bab sijil. Tu diaaaaaaa. Tak reti susun elok-elok. Nama belajar sampai IPT. Tengok susunan sijil buat menitik ayaq mata akak tik tik tik membasahi meja dik. Yang bagus tu aku puji. Ni yang hanat ni buh semua dalam sampul. Kejadah oiiii! Ada yang buh dalam pocket folder yang jenis satu ruang tu je. Bukan book folder tu. Urut kepala akak tau tak nak tengok. Dah satu kerja nak keluarkan semua lepas tu susun balik dalam folder tu. Istighfar je akak dalam hati tak nak mencarut tau tak.

Haish... Sabariah sungguh la zaman sekarang ni. Tolong la amik maklum benda-benda macam ni. Nampak kecik je tapi impak besar tau. Dari situ je korang boleh kena reject walaupun ko punya keputusan straight A. Ko pandai kalah Einstein pun tak kuasa orang nak amik tau tak. Haishhhh... Sabaq... Sabaq....
 

Thursday, May 31, 2018

Setengah Bulan Dah Puasa

Dah nak raya kome. Sekejap je kan dah setengah bulan puasa. Aku punya juadah berbuka memang jarang sangat la beli kat pasar ramadan ni. Ada tak ada beli roti john. Hari tu aku keluar pi pasar ramadan Kubang Semang (orang sini panggil pasar Parit Busuk) pun beli kuih sejenis. Lebih tu membeli kat anak je sebab Debab ikut. Padahal puasa yang yok je minah tu. 😂😂😂 Layankan aje la.

Debab hari tu dah kurus kejap. Demam punya pasal. Tapi bulan puasa ni dia makan banyak. Nampak naik balik sikit badan dia. Time berbuka tu dia boleh tambah sampai 3-4 kali tau. Periuk nasi stand by kat sebelah. Selalunya dia la tukang perabes nasi tu. Senang keja omak. Terus boleh basuh periuk esok pagi masak nasi lain.

Tapi nak bangunkan dia sahur macam nak pi berperang. Huhuhu.. Menjerit menangis aje la. Ni la bila manja terlebih. Bila la hang nak dapat adik ni Debab oiii... Hahahaha! Empat adik hang main kat syurga tu haaa... Rindu pulak bulan-bulan Ramadan ni. Semalam lagi tak ketahuan hala nak nangis tapi ayaq mata tak mau keluar. Bukak Quran baca bagi tenang sikit. Hmmm... Dah tua ni syahdu je kejanya.

Baju raya aku ada dah. Bahahaha! Baju raya Debab dengan Amir la tak beli lagi. Abah diorang tu bila nak belikan tak nak. Tak nak sudah. Bukan tak nak belikan online. Tapi diorang ni cerewet sikit. Amir lagi la. Asal baju raya je kaler hijau. Dari kecik sampai besar ni baju raya dia kaler hijau. Tone aje lain-lain. Ahahaha! Baju t-shirt raya pun banyak kaler hijau. Fanatik hijau ni.

Ok la. Nak sambung keja. Zaman Tun kena kerja lebih. Tun dah umur 93 pun kerja lagi. Kita yang muda ni banyak buang masa je. Huhuhu... Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk Tun.

I 💗 PM

eh, tetiba 😆

Wednesday, May 2, 2018

Hari Sukan Sekolah Amir n Mira Yang Separuh Jalan

Sekolah Amir buat hari sukan hari Isnin lepas, 30 haribulan. Gigih la Umi depa ni amik cuti. Ye la, nak tengok anak bersukan. Kena pulak Amir masuk 4 acara. Semua larian. Hoihhh... Atlet sangat anak aku kan. Semua acara larian hang sapu.

So, seawal subuh di hari Isnin aku dah bangun mandi siap buatkan milo n suruh Amir makan nasik lagi. Tetiba jadi umi penyayang. Sebelum ni kalau mengamuk kalah mak tiri. Hahahaha! Dah katanya nak berlari harus la ada tenaga. Bagi minum milo agar anda jadi sihat dan kuat! Aku tak anti milo macam yang viral resdung salahkan milo tu ye. Aku masih berpijak di bumi nyata. Sental milo macam makan nasik dah sakit salahkan milo. Ape daaa.

Elok aje Amir nak pi sekolah hujan pun turun. Takpe la, maybe sekejap je kot (hati aku berkata-kata). Amir pi sekolah naik van. Mira debab yang dah tak debab tak ikut pasal cikgu depa kata darjah 1 dengan darjah 2 tak payah mai. Siapa mai cikgu nak ikat (boleh macam tu?). Patut la beria aku ajak Mira tengok abang dia berlari dia takmau. Takut dengan cikgu lagi banyak dari takut Umi dia. 😑

So, sementara tunggu hujan turun aku duduk la dekat rumah. Tengok jam pukul 8, hujan tak berenti lagi. Pukul 9, eh lebat lagi. Pukul 10, bila hujan nak berenti ni senah. Pukul 11 nampak macam dah renyai-renyai. Aku haruk je la. Lagi pun naik kereta kan. Dalam kereta ada payung. Gigih la sampai sekolah pukul 11 tu tengok bebudak buat persembahan perbarisan kat kantin je nok. Huk aloh. Nampak la anak aku dengan gembiranya main jalan-jalan kat padang yang bertakung air lecak tu. 😤

Habis je persembahan perbarisan terus dengar announcement cikgu acara larian ditunda ke hari Jumaat sebab padang becak n licin n hujan pun tak berenti lagi. Adui laaaa... Kegigihan omak amik cuti ni macam mana pulak. Apak depa tak mai tengok pun. Pukul 12 baru balik rumah dari keja malam sebelum tu.

Amir nak suruh aku mai tengok dia Jumaat ni. Tak dapat la nak amik cuti lagi nak oiii... Bos jeling je karang. Kesian Amir. Harapnya laki akak dapat la pi tengok anak dia berlari. Ni la lagi kuat rasa nak berenti je keja dok jaga anak kat rumah ni. 😭😭😭