SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, July 29, 2015

Tegur dan Ego

Pagi ni serius sikit. Pasal aku sakit kepala. Bangun tido tadi ok je. Bila dah siap nak keluar dari rumah tetiba menangkap kat kepala ni. Jenuh picit tepi dahi. Teringat pulak tengok dalam fb yang pasal titik kat belakang tengkuk tu. Picit pulak belakang tengkuk. Kurang sikit la sakit kepala ni. Hilang terus mood nak buat keja. Tapi kena buat jugak la takde mood pun pasal keja berlambak kan.

Ok, sebab pagi ni aku serius aku nak cakap pasal tegur menegur. Well, tak kisah la tegur dengan nada high pitch or tegur secara personal. Aku rasa semua orang pun ada rasa menyampah n sakit hati bila kena tegur kan. Aku pon rasa macam tu gak. Hahaha! Eh, gelak pulak. Kata nak serius.

Tapi aku bila kena tegur memula je la muka kelat-kelat. Lepas tu reasoning balik diri sendiri betul ke apa yang orang tegur. Then, ok balik. Sebab aku jenis malas nak gaduh. Siapa yang pernah gaduh dengan aku tau la perangai aku macam mana.

Yang sedih bila kita tegur orang tapi orang tu langsung tak nak fikir kesalahan sendiri. Cari pulak balik kesalahan kita. Takde langsung nak reasoning dalam diri tu. Betul ke tak betul ke apa yang orang tegur. Tetap jugak walau diri sendiri salah nak menangkan diri sendiri. Ye, sangat sedih kot bila jadi macam ni. N tambah pedih bila orang yang kita tegur adalah orang yang rapat as adik beradik sendiri. Keluar la ayat menghiris kalbu orang yang menegur tu pulak.

Tu namanya ego setinggi langit. Keja sepanjang masa dongak ke langit. Menongkat langit. Asek fikir diri sendiri tu tak pernah salah. Diri sendiri pandai bijak cerdik. Orang lain ni jahil nau. Tak tau la bila nak cermin diri sendiri. Nak orang je mintak maaf kat dia.

Pliz la. Tolong jangan ego sangat. Jangan sampai orang menyampah dengan kita. Yang kelakar tu ego dengan family sendiri melampau-lampau. Tapi dengan orang luar selain family ok pulak. Kalau susah nanti family jugak yang dicari. Orang luar tu ada ke nak tolong?

Hmmm... Serius sungguh ahkak pagi ni. Nak gelak pun takut.

So, quote kat bawah ni mari la renung-renungkan. Mana tau, boleh bagi meresap dalam hati.



 

Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya uolsss...

Dah raya ke 7 baru nak ucap kan. Hahahaha! Ahkak bz ye. Bz... Baru masuk opis balik hari ni. Badan lak tak berapa nak sihat lagi ni. Hingus tak kering-kering. Batuk pun berkahak-kahak je ni.

Malam raya dok merendang n melodeh pun hingus dah macam air terjun. Rasa nak sumbat tisu dalam hidung. Bernafas ikut mulut macam ikan. Dengan kepala weng-weng lagi. Tapi berjaya jugak ahkak siapkan rendang n lodeh. Mungkin ada perisa tambahan yang tidak diketahui. Muahahahaha!

Sampai raya ke 3 ahkak breakfast makan lontong ok. Rumah tak ramai orang pun. Tapi gigih masak seperiuk besor. Kot la ada orang nak datang. Dah raya 1st kitorang menghilang ke rumah orang. Dok la lodeh tu diam-diam dalam periuk. Hehehehe...

Raya pun bukan pi mana. Beraya rumah sedara laki aku je la. Rumah mak pak sendiri. Amir dengan Hana melaram dengan baju raya. Baju raya Amir beli sehari sebelum raya tu. Cantik jugak baju melayu. Mamat tu siap nak samping bagai. Jenis bergaya sakan ye anak laki aku ni. Hahahaha! Abah diorang je pakai baju melayu tah tahun bila. Dia kata tak payah nak beli sangat la. Pakai sekali je pun. Baiklah!

Gambar raya? Takde sangat. Semua gambar selfie dengan dak debab je. Rendang ke, lodeh ke apa pun tak snap. Pemalas sangat aku nak bergambar sekarang. Hari ni nak selfie pun dah tak lalu tengok muka dah sebesar talam. Hoih! Puasa turun 3 kilo raya naik 5 kilo. Acaner tu?

Ok la, nak mencari mood kerja yang dah bertebaran serata alam. Tadi pun salam dengan member dia kata badan aku panas. Demam tak kebah-kebah ke hape ni. Memang rasa tak selesa pun.

So, mari la kita kutip mood yang tertinggal di rumah itu.

 

Wednesday, July 15, 2015

Lusa Raya Dah

Ramai yang dah cuti hari ni. Aku ada je kat opis ni haaa... Setakat kampung dalam taman perumahan tu tak payah gedik sangat nak cuti lama-lama. Hahaha!

Tapi time nak raya ni la kesihatan tak berapa ok. Hidung dah ala-ala nak digonyoh guna sand paper je ni. Gatal.. Lepas tu hingus srot sret pulak. Hana batuk. Pagi tadi tu aku tinggal je dia kat abah dia suh hantar ke rumah Toksu. Sebab tak bangun-bangun tido. Mengamuk la gamaknya bangun-bangun tengok ummi dia dah pi keja. Huhu! Budak bertuah sangat tu tau.

Semalam sibuk la Amir ajak cari kad raya. Dia kata nak bagi cikgu. Kawan-kawan dia bagi dia pun tak nak ketinggalan jugak. Nasib la ummi dia ni pun nak beli kad raya jugak. Lupa ko nak beli bagi kat setiap seksyen. Seksyen lain semua dah bagi. Gigih la aku print bagi kat diorang pagi-pagi buta tadi. Ada lebih kita simpan untuk raya tahun depan. Muahahahahaha!

Raya ni nak masak apa aaa... Aku tetiap tahun masak lontong je. Bosan la pulak. Tapi nak masak benda lain pun apabendanya. Nak masak soto ke? Kena gugel resepi macam ni.

Eh, ok la. Dok menceceh tah apa-apa. Lusa dah nak raya kan. Maka di kesempatan yang ada ni aku nak susun sepuluh jari mintak ampun maaf kalau ada terasa hati dengan entry-entry aku kat blog sendu ni. Hehehehe... Actually, entry semua cerita pasal diri sendiri n general je. Kalau ada yang terasa ampun ye.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua. 

 

Monday, July 13, 2015

Buat Kuih Raya Sampai Demam

Semalam buat biskut raya. Poyo-poyo sangat nak buat kekdahnya. Dah Hana debab sibuk tanya. Mari la kita buat.

Aku gugel biskut paling senang. Hahahaha! Mak tak rajin nok... Gugel biskut aiskrim. Ada resepi. Senang jugak. Tapi aku derhaka resepi sikit la. Tak ada serbuk badam aku tukar dengan nestum. Dah jadi biskut nestum la namanya kan.

Abes bakar sedulang Amir dah makan. Dah la buat memang tak banyak. Dapat la dalam 2 dulang gitu. Masuk balang muat la balang kecik tu penuh. Tapi pagi tadi dah tinggal separuh balang. Macam mana gaya nak tunggu raya macam tu.

Lepas buat kuih tu mendobi baju pulak. Sidai kain pulak. Lipat kain pulak. Masak nasik goreng untuk bebudak pulak tapi bebudak ni tak makan pun. Penat aku bersilat kat dapur je. Lepas tu sambung la nak melipat kain. Masa ni dah rasa sakit kepala dah.

Kesudahannya aku biar kain tak berlipat. Aku tersadai kat kerusi tertido. Demam kak mot haaaa.... Penangan buat kuih raya. Kahkahkah!

Terus la Abang Misai sound tak payah la buat kuih raya lepas ni. Baru buat sikit dah demam-demam. Masalahnya aku rasa aku demam bukan pasal buat kuih raya. Aku demam kepenatan. Hari ni pon badan tak sedap jugak. Tapi pi opis jugak ni. Petang sikit nak time off la. Tak larat.

So, selamat beraya la uols. Lagi 3 hari je puasa. Khamis ahkak dah start cuti raya. Sakan sangat iols kan. Haha!

Bye!

 

Monday, July 6, 2015

Puasa Hari Ke 19

Hari ni dah 19 hari puasa. Kejap je rasa kan. Baju raya bebudak pun aku tak beli lagi. Baju raya means baju melayu n baju kurung. Mak pak tak payah baju raya pun takpe. Aku punya baju kurung pi opis berlambak. Jubah yang belum pakai pun ada. So, sauk aje yang tu. Laki aku tu memang tak mau buat baju melayu. Sebab dia pakai pi sembahyang raya je. Lepas tu tukar.

Weekend aku ingat nak siapkan keja opis. Berlambak ok. Deadline before raya. Gila punya HQ. Diorang ni dah la lambat bagi kes. Borang lagi la lambat. Lepas tu masalah sana sini dengan tempat nak kena buat survey. Dengan staf sambilan pun sikit lepas tu kena tarik pulak nak tolong bahagian lain yang tak cukup staf. Boleh pulak bila kita mintak extend time buat diam je. Nak memaki di bulan mulia ni tak sesuai langsung.

Tapi tak dapat jugak aku buat keja opis time weekend. Amir demam la pulak. Seronok sangat main hujan pagi Sabtu tu kan. Dah lama tak hujan. Lepas tu abah dia basuh kereta omak dia ni yang dah berdebu seinci. Wahahaha! Amir pun gembira sakan la main hujan. Tengahari badan dia panas. Petang lagi panas. Kena la aku lap-lap badan dia. Bagi kurang panas. Ahad dah sihat walafiat. Pagi-pagi buta dengar suara dia tanya itu ini kat abah dia. Si Hana debab pulak mata merah je macam gaya sakit mata. Pagi tadi berselepet taik mata. Adehhhh... Tu confirm la sakit mata tu.

Yang si debab tu pun satu hal jugak tu. Rambut dah panjang masuk mata. Nak potong tak mau. Bergaduh anak beranak aku nak pujuk dia potong rambut tau. Semalam buat mogok tak nak kawan dengan dia baru la dengar kata. Tu pun potong sikit je la depan. Baru cerah sikit pemandangan dia tu. Garang sungguh tau minah ni. Nak potong rambut sikit macam nak pi berperang.

Lauk berbuka tahun ni simple aje. Bukan aku masak. Mak mertua masak. Aku masak kang memang tak kena tekak dia la. Aku tolong masak nasik. Tolong hidang. Tolong basuh pinggan mangkuk. Tolong kemas apa yang patut. Aku pun takde selera nak makan banyak ni. Faktor usia kot. Nak membeli kat param pun takde nafsu. Kalau tak dulu semua nak beli, semua nak makan. Huhu...

Ok, mari la kita bekerja.