SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, October 23, 2014

Amir Masuk Wad, Stafku Eksiden...

Sekarang ni musim orang sakit. Amir baru je keluar wad last week. Isnin Selasa aku berkampung kat wad. Dia demam lepas raya haji. Lepas tu ok. Aku kan kena pi Putrajaya hari Jumaat. Sabtu tu dia demam balik. Tak nak makan. Minum lagi la payah budak bertuah tu. Jenis tak suka minum air.

Ahad tu memang dia demam panas naik turun. Petang tu bawak la ke klinik. Aku dah ugut kalau tak mau minum air aku nak hantar dia pi hospital. Doktor pun cakap dehydration. Tapi budak ni ada batu duduk atas kepala ok. Tak minum gak. Paksa minum air glukos muntah pulak. Malam tu pukul 1 badan dia panas sampai 39 degree. Hayak la ke hospital. Surat refer ada klinik bagi. Sebab lepas masuk ubat bontot pun tak kebah petang tu memang dapat la habuan. Dah tak pasal aku kena marah kat hospital dengan doktor padahal diorang pun masa aku sampai bukan terus masuk jumpa doktor. Suruh amik no giliran dulu. Nak menyampai ke next number pun dah setengah jam. Amir dah lemau. Allah permudahkan, tetiba ada atendan nak check suhu budak yang tetiba datang pasal demam n nampak Amir. Terus dapat potong q.

Jumpa doktor. Aku kena bebel. Kena mandikan dia. Tukar baju. Terus hantar masuk wad. Berkampung la aku 2 hari kat wad kanak-kanak. Bengkok tulang tido atas katil kecik sebelah Amir. Tido pun tak cukup. Amir pulak kena masuk air dekat 5 botol. Masuk air 2 botol terus. Haaaaa.. Tak nak sangat minum air kan.

Lepas tu dugaan hari Sabtu pulak. Hana muntah dari pukul 2 pagi sampai 5 pagi. Tak masuk wad la. Bagi ubat tahan muntah abang dia dapat kat klinik masa demam tu. So, lembik sikit la minah tu.

Kelmarin n kelmarin dulu diorang cirit pulak. Aku pulak demam + selsema. Nak drive kereta balik dari opis pun aku dah rasa nak muntah. Sehari sebelum Deepavali tu aku siap boleh stop dulu kat Petronas rehat sebab kepala berpusing n loya melampau. Hari ni pun still ada rasa meloya tu. Angin penuh dalam badan la ni. Kena minum teh halia gamaknya buang angin.

Nak datang keja pun tak larat tapi memikirkan keja berlambak datang la jugak. Sob.. Sob... Aku dah hilang sorang assistant kat opis ni dalam masa sebulan or lebih. Eksiden sabtu lepas. Patah rahang, patah hidung, patah tulang bahu. Confirm MC lama. Teruk gak la keadaannya. Aku pi tengok Ahad lepas.

Waaaa... Muntah tengok keja berlambak-lambak macam ni.


Tuesday, October 7, 2014

Berat Sebelah...

Selamat pagi Selasa. Aku ingat hari ni Isnin. Lupa pulak semalam Isnin. Cuti kan so ingatan terbabas sikit. Aku kepenatan sebenarnya ni. Tapi datang opis gak. Gigih ko bos aku sms pukul 3 pagi tadi kata dia nak buat meeting.

Semalam buat kenduri korban n aqiqah Amir n Hana. Buat kat rumah Tok Anjang diorang sebab buat ramai-ramai 1 family Abang Misai. Aku datang buat muka selenga je. Nak tolong tengok ramai nau manusia kat dapur. Sampai 4-5 orang semua potong tomato nak buat air asam. Aku nak tolong takde pulak lapik pemotong tu. Ahkak tak cekap nak hiris gitu je. Kagum je tengok orang yang main hiris tak ada lapik ni.

Hana pulak keja asek melekat aje dengan aku sepanjang kat dapur tu. Terus blah pi depan suap budak bertuah tu makan bihun goreng. Nasi dengan lauk orang laki masak.

Tekak aku still sakit lagi ni. Malas nak cari klinik yang bukak time raya haji. So, makan apa pun takde rasa nikmat la. Nak telan air liur sendiri pun sakit. Allah tarik kejap nikmat menelan tu.

Kat rumah mak n kakak aku pulak semua stok sakit mata. Siapa rasa nak mc lama boleh mai singgah rumah diorang. Hahahaha! Termasuk la aku yang dah takde rasa nak keja ni. Dah la petang Jumaat lepas aku dah jadi singa kelaparan. Sorang pegawai kena amukan aku.

22hb kan aku pi seminar kat KL. Kat opis lak sampai la ada surat kolej mana tah nak datang buat lawatan kekdahnya. Aku memang tak tau menahu pasal lawatan kolej ni. Sampai la petang Jumaat lepas. Pegawai tu masuk bilik aku n bagi surat jawapan pada kolej tu n letak nama aku untuk sebarang pertanyaan. Dah la badan tengah dedar-dedar panas, tekak bengkak. Ko bawak pulak perkhabaran tak tau hujung pangkal letak nama aku kat surat suruh jawab. Memang mendapat la.

Benda tu patut dia handle. Tapi dia naik pangkat pi HQ time lawatan tu nak buat. So, timbalan baru masuk letak nama aku la. Eh... Motip sangat keja aku asek sambung keja dia yang tak abes. Hari tu dah buat aku kelam kabut cari peserta seminar padahal dia yang handle. Ni kenakan aku lagi. Memang aku bertempik dalam bilik la Jumaat tu. Dia buat muka blur terus balik bilik dia. Lepas tu call aku balik n kata lawatan tu admin urusetia. So, if admin urusetia kenapa letak nama aku? Bila aku tanya apesal tak letak nama pegawai admin dia boleh terus letak fon. Memang hilang terus kesabaran aku.

Ada jugak orang macam tu. Aku punya la banyak keja lagi bersusun nak kena buat ni. Aset yang berlambak tu aku nak kena check. Kursus bebudak opis aku nak kena handle. Aku jugak yang kena jadi ketua KIK. Tetiba benda macam ni pun tuju kat aku. Macam aku sorang pulak yang keja dalam opis ni. Benda admin pulak tu aku pegang. Boleh la kot tutup je admin tu. Geram pulak aku.

Ok, sesi melepaskan perasaan sangat hari ni. Aku tak ada masalah sangat sebenarnya nak buat keja apejadah semua ni. Tapi pliz la jangan berat sebelah. Cuba tengok beban kerja orang tu sebelum bagi kerja lain. Compare la dulu dengan pegawai lain yang keja ringan-ringan je.

Memang betul-betul buat aku demotivated nak keja. Orang kata jangan berkira. Ikhlas la apa semua. Kesabaran orang pun ada limitnya. Kesabaran aku ni memang dah agak limit la ni. Aku rasa kalau overlimit ni confirm aku menjerit macam orang gila dalam opis.

Dah tak tau nak comfortkan diri macam mana lagi.

T_______________T

 

Friday, October 3, 2014

Tonsil

Kurang sihat hari ni. Semalam balik keja badan panas. Lepas mandi menggigil pulak. Memang tak larat langsung. Tekak pulak rasa membengkak je.

Tonsil kot. Bila suluh dalam mulut memang bengkak siap dengan bintik putih macam ulser tu. Tapi gigih sangat ahkak datang keja jugak. Sebab nak siapkan keja berlambak. Tetiba pulak HQ nak mintak tukar tarikh kursus. Proposal aku dah buat lak tu. Nasib tak print n hantar lagi. 1 keja pulak la nak kena amend. Nak kena semak dulu program bulan 12. Nyampahhhhhh....

Lutut pun sakit. Nak duduk antara dua sujud la paling mencabar. Ketap-ketap mulut gitu. Sakit penghapus dosa. Sabar je la kan. Urut-urut la dengan balm. Mudah-mudahan kurang la sakit tu.

Kalau tekak ni bengkak lagi petang ni ke klinik la kita. Mintak ubat sakit lutut sekali. Belum tua sangat lutut dah tak larat nak tampung tuan. Berat sangat la tu. Warning suh diet. Hahahaha!

 

Thursday, October 2, 2014

Perlu Berdiet Nampaknya...

Pagi ni sakit tekak dan sakit lutut. Sakit tekak dari semalam. Opis dah macam kat antartik. Lepas tu bantai minum ais. Memang best sangat balik rumah tekak rasa membengkak je.

Lutut sakit sebab aku tak tau aku tido macam mana hempap kaki sendiri. Kehkehkeh! Boleh macam tu? Nak bangun pagi tadi terus tak boleh nak bengkok kaki. Huiiiii... Dah la kena bangun awal. Sampai sekarang sakit lagi ni. Adekah sebenarnya berat badan dah bertambah secara melampau sampai terhimpit kaki sendiri pun sakit bukan main? Huhuhu.. Rasanya memang aku dah tambah berat sebab baju ni dah ketat sikit tang pungkoq.

Kena diet balik la macam ni. Huuuu.. Nak diet kejadah sangat pagi tadi je aku dah bantai makan nasi goreng dengan telur mata lepas tu tambah sebekas kecik bihun. Wuwuwu... I is gem-gem la.... Takpe, tengahari karang makan sup aje ye. No nasik. (Ye lah sangat! ;p)

Semalam balik lambat sebab dapat timbalan baru. Macam lagi detail je. Ngaaaaa.. Oh, dan meeting jumaat ni dipostponed ke Jumaat depan iaitu 10hb. Kena pikir nak pi dengan apa ni. Naik flight aje la kot.

Mari la sambung buat keja. Ada gambo kek pisang yang aku buat ntah zaman bila. Sedap moist aje rasa tau. Hahahah! Up diri sendiri nampak. 


 Guna resepi Mat Gebu. Pisang adelah aku tak kenal pisang apa tapi asalkan ianya adalah pisang. Hahahaha! Dua kali masak kek pisang ni sebab pisang tu sebijik je dah sebesor tapak tangan aku. Bancuh pakai tangan je sebab aku tak ada mixer. T____T

Nak bancuh dalam oven tu macam malas nak pikir. Boleh kan benda yang menyenangkan diri sendiri pun malas.