SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 30, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak semua. Dah puasa hari kedua baru dapat up entry ucap selamat berpuasa ye.

Korang berbuka apa semalam? Aku berbuka rumah mama n abahku. Kebetulan pulak semua adik beradik ada. Reunion gitu. Makan tomyam sedap n sambal ayam sedap. Hehehe... Terima kasih cik ayit masak. Amirah Raihanah makan tambah 5 kali tau.

Terkejut ummi dia tengok. Si kecik yang suka makan pedas. Tak pedas tak mau makan. Tak faham aku.

Hari ni tak tau la sempat tak nak masak-masak balik keja. Kalau tak sempat macam biasa la, memborong kat param. Aku pun bukan boleh terkejar-kejar sangat ni. Pinggang sakit. Dah macam orang tua jalan macam mak nenek.

Rabu lepas la nak jadi punca. Aku nak angkat sejadah lepas solat subuh. Tetiba bunyi belakang kat area pinggang macam meletup. Terus terduduk. Sakit ok. Nak bangun punya la payah. Dalam 5 minit jugak la try bangun. Tapi serius jalan terbongkok-bongkok.

Pi keja tapi memang tak boleh bertahan sebab makin sakit berdenyut. Pi la klinik. Doktor tanya kaki ada rasa kebas ke tak? Aku jawab takde. So, dia kata kena cucuk area vontot n dapat la ubat sapu n painkiller jenis pil.

Tapi kena cucuk pun macam takde effect. Sakit serupa tu jugak la. Sekarang dah kurang tapi tak boleh duduk lama sangat n berdiri lama sangat. Sakit mencucuk datang la kalau dah macam tu. Kena baring je. Motif sangat kan nak suruh aku rest. Hahahaha!

Kalau tak baik jugak pasti kena pi hospital lepas ni. Ramai dok takutkan aku cakap slip disc. Oke, aku gerun dengar.

Baiklah, mari kita sambung keja yang berlambak. Aku dapat timbalan yang tak reti nak balik awal. Buat meeting pukul 5 petang time orang nak balik. Lepas ni kalau dia buat macam tu di bulan puasa aku bolayan. 

Bye uols. Selamat berpuasa. Jangan ponteng ye.

 

Monday, June 9, 2014

NaturCare® Berrygen™

Assalamualaikum

Ok, straight to the point la ye. Ahkak banyak keja pulak ni. Kena buat teks ucapan pengarah pulak. Aku dah la tak suka buat ucapan bagai. Nak buat teks satu hapah idea tak keluar ni.

Ada sesiapa consume Berrygen tak? Berrygen by NaturCare. Anak beranak tupperware ni. Berrygen tu campuran buah blueberi, raspberi, strawberi, kolagen, apple stem cell n gluta white. Bagus untuk mencerahkan kulit, reduce fine lines, menegangkan kulit. Lain-lain ingredient boleh tengok gambar di bawah ni.




 Cara consume pulak begini...



Pandangan depan kotak adelah seperti ini...








Aku amik Berrygen ni sekarang. Dah lama jugak aku beli tapi selalunya aku suka skip-skip. Tapi selepas 1 kejadian horror berlaku sebulan lepas aku amik secara berterusan.

Apa kejadian horror tu? Muka aku mengelupas ye. Sebab aku stop pakai krim muka yang selalu aku pakai. Nak nangis ok pi keja muka mengelupas lepas tu berbelak hitam bawah mata n tepi mulut. I is maluuuuu..... Semua orang tegur tau.

Terus istiqomah minum tak berenti. Tapi aku amik sekali je tetiap pagi. Malam aku tak amik. Kalau terlupa minum pagi baru aku amik malam pulak. Kekadang ade la terskip. So, dalam proses menghabiskan lagi 6 sachet kat rumah. Kira dah 2 minggu la aku non-stop telan balik Berrygen ni.

Rasa dia macam ribena sikit. Kolagen drink yang ada perisa la kekdahnya. Hana pun suka kecek aku kalau aku minum. Aku cakap ubat pun dia nak jugak. Padahal kalau benda lain aku cakap ubat memang tak la dia nak kan. Hahahaha!

So far, kulit aku nampak ok la sikit. Jap aku tunjuk gambor ye.


  

 Ok, gambar before tu adelah gambar lama. Aku tak ada gambar masa muka mengelupas tu. Tak teringin nak amik pic sendiri muka horror macam alien. Gambar before tu pun aku rasa lagi better dari muka kejadian menakutkan tu. 

N pic after adelah gambar hari jumaat minggu lepas, 6 Jun 2014. Gambar tak filter n amik di tempat yang sama iaitu opis aku. Kalau gambar besar nampak la parut aku jugak. Ni gambar kecik tetiba nampak jelita. Eh... Hahaha! Parut still ada tapi tak teruk sangat. Kulit tu jadi cerah sekata tu yang aku suka. N aku tak mekap pun. Guna bedak baby je. Pori-pori pun mengecik sikit dari time kulit mengelupas.

Kalau ada sesiapa yang nak aku ada jual.

 

Mari la kita sama-sama jelita. Echewah.... ;)