SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, June 29, 2012

Ketidakcukupan masa


Assalamualaikum

Sedang bermeeting. Aku bz sangat. Banyak deadline selamba badak aku langgar. Dah aku tak duduk opis.

Balik rumah bz mengadap budak-budak. Si kecik suka berkepit dengan aku. Sampai orang cakap aku ni pemalas n berkira la. Macam ko duduk 1 rumah dengan aku sampai suka hati nak kata macam tu kan. Ko tau ke apa aku buat kat rumah?

Ok la, sambung meeting. Karang lagi banyak aku merempan.

Posted via MyAndroid

Thursday, June 28, 2012

Minum sorang-sorang sambil layan blues.


Aku sedang melepakkan diri kat warung tepi jalan sambil minum kelapa muda n makan bihun ladna.

Seorang diri.

Ye, seorang diri.

Baru lepas abes keja luar. Bukan abes betul tapi surrender cari orang tak jumpa. Dah la 1 sesi aku interview orang tadi abes 45 minit. Tak campur lagi aku sesat terpusing-pusing cari rumah tak jumpa.

Tanya sana sini semua tak tau. Nasib la muka aku ni tak tau malu. Redah je tanya orang dok basuh kereta tepi jalan. Sampai la ada sorang brader dengan berbesar hari tolong aku. Jumpa jugak.

Rumah kedua aku pi takde orang. Malas aku nak tunggu lama-lama. Dah la dok tahan kencing dari tadi.

Makan sorang ni di samping melayan blues. Terguris hati dengan tak payah la aku cerita. Buat hati aku sebak je.

Sebab kalau aku cerita karang mula la keluar segala tak puas hati aku kat dia. Aku tak heran pun dia nak baca sebab aku dah perli sebijik dalam fb subuh pi'e tadi.

Macam baru hari tu aku up entry kata pasal gaduh kat fb. Hahaha! Tapi yang ni aku memang sengaja.

Pikir dulu sebelum kata kat orang. Ko sendiri dah menyusahkan orang tak pikir. Setakat nak tunjuk baik depan orang lepas tu mengata kat belakang lagi la keji perangai tu.

Podah! Semua pun hipokrit. Kalau berani cakap je depan batang hidung aku ni. Nak tengok aku jadi kurang ajar macam mana. Aku peduli apa dengan pangkat ko. X payah hadap muka ko lagi bagus.

Eh, tadi kata tak nak cerita. Panjang pulak. Muahahaha!

Kalau ko terbaca ni ada aku kisah!

Posted via MyAndroid

Tuesday, June 26, 2012

Stress! Stress! Stress!

Assalamualaikum


Aku kat opis di kala sepatutnya aku ada kat kepala batas menyampaikan taklimat. Gara-gara paperwork kursus mak nenek apetah. Tension sangat aku tau.


Tension sebab aku macam dah stress dengan keja yang tak berkesudahan n tetiap kali urgent. Semua pun urgent. Nak berak pun urgent tau tak? Sampai nak berak pun tak sempat. Gila betul.


Kejap lagi kena rushing balik aku ke kepala batas.


Penat!


Abang Misai sms pulak pagi tadi 3 smpi 11hb dia kena pi operasi.


Stress lagi.


Apekah aku sudah stress melampaui batasan?



Friday, June 22, 2012

Sabar Banyak-Banyak

Fuhhhh... Baru dapat bernafas dengan tersusun kejap. Kejap je la. Sat lagi aku punya nafas berterabur balik.


Ceramah baru abes. Dan sangat kuciwa la aku ni. Boleh penceramah lambat sampai. Sebab dia kata dia replace orang. N macam tak tau je dia yang kena bagi ceramah. Padahal dalam surat tu nama dia yang diorang letak. Apekah diorang ni main letak je nama tapi tak bagitau tuan punya badan dia kena bagi ceramah???


Aku call dia pukul 10 rupanya dia baru abes buat ceramah motivasi kat sekolah yang agak jauh dari opis aku. Dia mintak sampai pukul 10.30 gitu. So, tunggu punya tunggu pukul 11 baru sampai sebab ada eksiden kat hiway jelutong. 2 biji lori terbalik pulak.


Allah nak uji aku hari ni. Memang huru hara sangat jadinya. Sabar je la aku. Dok la membebel sorang-sorang depan lif tadi sambil tunggu penceramah.


Kejap lagi ni aku nak kena susun folder pulak. Tskkk.... Tskkkk...


Anak buah semua dah keluar makan. Kesian diorang, tolong aku tapi tak sedia makan untuk diorang. Aku cuma pencacai je. Maka ikut la arahan bos.


Ok la, nak membawa diri pi susun folder pulak.



Stress Terlampau Hari ni

Assalamualaikum


Ok, aku sangat kelam kabut pagi ni. Macam nak pengsan. Aku kena organize ceramah. Lepas tu pulak assistant aku EL sebab husband warded. Sorang staff aku MC sebab eksiden. Semua nota yang aku mintak assistant aku fotostat n taruk dalam folder dah berpindah tangan la nampaknya.


Dengan aku baru perasan panggilan untuk ceramah tu untuk staf salah sebab assistant aku yang buat emel panggilan. Aku bz buat panggilan taklimat. Patutnya start pukul 10 tapi dia letak start pukul 9. Macam dah nak terkucil aku ni pikior nak jawab apa sat lagi kalau pengarah tanya.


Waaaaa!!!! Stress aku tau. Ada 2-3 report lagi dah lepas deadline belum aku submit. Yang ni bukan line yang dead but I'm dead! Huhuhu....


Kenapa la tengah tahun ni mesti sangat bz. Dengan next week time taklimat aku kena amik cuti jugak sebab appointment dengan pakar kanak-kanak tu.


Mak stress nok!!!!



Thursday, June 21, 2012

Lipas Kudung Hari Ni. Sape nak beli Tupperware baca nota tapak tangan kat bawah sekali.

Assalamualaikum


Seharian aku dah macam lipas kudung. Kejap berlari ke sana. Kejap ke sini. kadar kelajuan menaip pun luar biasa daripada hari-hari sebelum. Huhuhu...


Semalam nak siapkan keja sampai petang tapi 5.30 dah kena keluar opis sebab aku tak pegang kunci. Orang yang nak pegang kunci sudah mau pulang. Adekah perlu aku terkurung sorang-sorang dalam opis. Scary oke.


Dan semalam sangat penat sebab jalan jammed gila. Aku pun tak tau apesal jammed teruk sangat. Maka aku pun pusing la ikut jalan lain sebab malas sangat aku nak menyelit masuk ke depan KOMTAR tu.


Ingatkan ikut depan Padang Kota tu tak jammed. Tapi ceh! Sama je. Aku keluar dalam 5.30, aku sampai kat jambatan pukul 6.30. Sejam kaki aku ni dah cramped dok kejap-kejap tukar gear. Bermuscle kaki dah ni.


Sampai rumah pukul 7.15 malam. Itu pun aku pecut seadanya. Atas jambatan tak jammed. Tapi nak dekat sampai hujung tu jammed. Ada eksiden. Siap ada ambulan segala. Motor kot yang eksiden. Kena langgar or terbabas tidak la diketahui. Yang buat jammed tu pasal ramai sangat rakyat prihatin nak tengok apa jadi. Aku pun prihatin jugak tapi tengok sepintas lalu je la. Tak ada la sampai nak slow motion gitu. *tak ngaku. Haha!*


Dah, aku nak sambung buat keja. Banyak benda nak cerita tapi aku yakin akan jadi pekasam je la. Ni pun akak aku dah bising bila aku nak tolong promote tupperware dia kat blog. Macam la blog aku ni traffic deras bukan main. Hahaha!


Ok, bahbai.


Nota tapak tangan: Kakak aku baru call masa aku dah nak dekat publish ni. Ada sesape nak beli set periuk Tupperware tak, harga RM2790. Water filter Tupperware RM2090. Tu harga belum less. Nak less jadi ahli dapat 25% less. Yuran keahlian RM70. Harga adelah sah untuk order hari ni saje. Barang dapat bulan 7. Sila roger-roger aku. Nanti la aku up gambor. Aku BZZZZ! Kalau tak sabor nak tengok gambor pi google kat web Tupperware.



Wednesday, June 20, 2012

Aku Takmo Dok Hotel Lama-lama Lagi

Kestressan telah bermula.


Ayat kalau cikgu BM tengok makan pelempang. Kestressan? Apekah itu??


Aku dah mula stress melampau ni. Otak tak boleh nak digest dengan baik. Badan dah mula rasa sakit sana sini.


Eh, berat aku dah naik 3kg lebih secara mendadak. /╯﹏╰\


Semuanya gara-gara dok hotel 5 hari. Makan tak ingat dunia. Huwaaaaa!!! Melampau naik 3kg lebih hanya dalam masa 5 hari. Lepas tu nak turun 3kg makan masa ntah berapa bulan pulak. Melampau tau!


Jadi stress berganda la kan. Dah la stress keja berlambak *tapi sempat pulak blogging*. Lepas tu berat pulak naik berkilo-kilo.


Perut ni pun satu hal. Asek la nak melaparkan diri. Hukhukhuk....


Mak stress gila nok!!


Friday, June 15, 2012

Kenyang melampau


Perut macam nak meletup sebab terlampau kenyang. Huwahhhh!

Dah nak balik ni. Tunggu timbalan aku makan bubur sat. Driver pun tak tau dah sampai ke belum.

Aku dah check out tadi. Beg pun aku angkut sekali bawak pi cafe. Datang bawak beg ringan balik bawak beg berat. Tension.

Posted via MyAndroid

Last day! Time to go home


Assalamualaikum

Tengahari ni abes taklimat. Yeayyyy! Lega usus perut aku. Haha! Dok sini asek makan je. Peha pun dah berlaga. Tu tandanya berat aku dah mencanak la tu.

Rindu kat budak bertuah 2 orang tu. Amir asek la call cakap nak pi dekat aku. 2nd day aku kat sini abang misai bagitau amir menangis cari ummi dia. Sebak aku dengar.

Yang hana pulak bila video call dia macam merajuk. Tak pandang muka aku. Kecik-kecik dah pandai merajuk. Ikut perangai sape la ni.

Ok, sambung dengar taklimat.

Posted via MyAndroid

Thursday, June 14, 2012

Hilangkan mengantuk


Assalamualaikum

Hari ni hari ke 3 dengar taklimat. Tapi semua macam angin lalu je. Tak masuk otak pun sebab aku mengantuk yang amat.

Nak kata tak cukup tido tak ada la pulak. Terlebih tido ada kot. Tapi perkara yang membosankan memang mengundang kantuk yang melampau.

Petang semalam tengok MIB3. Setelah sekian lama aku tak tengok wayang. Aku pun tak ingat dah bila last aku masuk panggung.

Petang ni pulak ada prektis keje luar. Malas la pulak. Gila babun borang nak interview responden sampai 32 muka surat. Bertabah je la tanya soalan. Orang yang nak menjawab tu lagi menyampah la kan.

Ok la, sudah cukup sudah sesi hilangkan mengantuk dengan menaip entry dalam blog. Kembali menumpukan perhatian.

Tu pun kalau aku tak tertido la.

Fuuuuhhhhh....

Posted via MyAndroid

Wednesday, June 13, 2012

Gatal tangan sangat


Assalamualaikum

Handphone aku tengah gila. Semalam menggatal sangat godek hp. Lepas tu pi la update software.

Sekarang aku yang sakit hati sendiri. Asal nak menaip je mesti jammed touch pad ni. Naik nak hijau la aku pasal bengang sangat.

Apa problem bila update ni weh. Aku update sebab nak dapat latest punya software. Tapi adekah tak stabil sebenarnya.

Ni dah kena sambung taklimat. Aku ingat tadi nak buat keja sikit guna hp. Tapi sekarang mood sudah lari.

Emo betul la.


Posted via MyAndroid

Posted via MyAndroid

Tuesday, June 12, 2012

Hari bosan yang pertama



Assalamualaikum

Muka tuan tanah pagi ni. Pakai spek ni fefeeling cikgu kejap. Muahaha!

Orang dok berucap kat depan aku kat belakang update blog. Dah start la tu bosan. Huhuhu..

Aku adalah jenis tak boleh nak fokus sepenuh hati ye. Cukup sepuluh minit aku dah start melilau mata kiri kanan.

Tapi selalunya tak sempat pun sepuluh minit. Start-start je aku dah bosan. Hahaha!

Oh, malam tadi puan Amiys bujang kembali. Ngehngehngeh.... Ada pulak,member ajak berjimba kan. Pikir punya pikir, ok jom kita mengasah vokal. :-P

Ke karaoke kita. Nama malas nak sebut adalah karok. Kat old town *aku tak tau kedai makan old town tu ada bukak pusat karok ye. Nampak nau baru keluar hutan banat.*

1 kepala rm27.50 untuk 3 jam. Nyanyi la ko sampai muntah.

Macam-macam lagu bantai nyanyi. Kejap karang aku feeling selena gomez, pastu kelly clarkson. Hahaha! Nak mengabeskan 3 jam tu sampai sakit tengkuk aku ni.

Sharp pukul 12 konsert syok sendiri tamat. So chalo balik hotel. Hikhikhik... Memang balik bilik tu aku terus pengsan.

Malam ni pun free jugak. Aku memula pelik apesal jadual diorang ni tak buat malam. Rupanya kan sekarang world cup. Poyo kan. Lagi rela tak buat kelas malam sebab nak tengok bola.

Eh, ok la. Nak fokus dengar taklimat balik. *buat muka serius sambil kerut-kerut dahi tanda fokus*

Babai!



Posted via MyAndroid

Monday, June 11, 2012

Ipoh, here I come...


Dalam kereta on da way ke ipoh. Punya la sejuk air cond tapi biasanya aku sorang je yang tergedik-gedik sejuk. Orang lain relax je.

Pulak yang paling best aku sorang je naik dengan bos-bos. Yang lain semua pi naik kereta sendiri. Lari semua ye.

alasan diorang baru dapat notis pagi tadi. Dah surat tu pi minit kat aku dah tau aku kat sungkai kan. Admin pun jujur tunggu aku balik. So, bertabah la dapat notis lambat.

Ok, aku nak berpeluk tubuh dengan kadar segera. Sejuk tak menahan.

Brrrr.... Brrr....

Posted via MyAndroid

Berkelana Ke Ipoh Pulak

Assalamualaikum


Aku bakal bertolak *larat ke nak tolak* ke Ipoh pulak petang ni. Penat tak hilang lagi. Dengan kaki sakit pulak dah. Belakang pun sama sakit. Beg pun baru siap packing pagi tadi.


Pi sampai Jumaat hoccay! Lama betul. Rupanya malam adelah free tanpa sebarang taklimat. Memang sangat la membuang masa. Kesian anak-anak kat rumah.


Aku bagitau Amir aku nak kena pi Ipoh pulak. Amir kena tido dengan abah n adik bertiga sampai Jumaat terus dia cakap,


'Amir nak ikut ummi la.'


Alahai.... Kesian anak aku. Sabtu aku balik tu Amir dok tido dalam kereta. Bangun dia tengok aku mata terkebil-kebil. Pagi semalam terbangun tido terus dia sebut,


'Ummi nak susu.'


Kalau dengan abah dia tak ada pun cakap gitu. Sedih la ummi nak pi lama-lama camni. Sob... Sob... T_______T


Hana toksah cerita la. Nampak aku terus sengih. Balik rumah langsung tak nak lekang. Aku pi mana-mana pun dia mengekor.


Cepat la Jumaat.....



Sunday, June 10, 2012

Cicak Durjana


Assalamualaikum

Selamat hari ahad la ye. Aku tengah bergolek-golek dalam bilik. Budak bertuah 2 orang tu abah diorang angkut pi rumah kakak ipar. Konon nak bagi aku mengemas rumah dengan aman. Tapi aku bergolek atas katil. Miahaha!

Pagi tadi aku sakit perut. Maka pergi la menjambankan diri. Tengah dok termenung tu tetiba aku rasa ada sesuatu merayap naik kaki aku.

Pelik.... Apa bendakah?

Dan ianya adalah cicak!!!!!!!

Huwaaaaaa!!!!!

Besar pulak tu. Terlompat aku dalam jamban sambil kibas kaki. Boleh pulak cicak tu lompat pi kaki  sebelah lagi. Huhuhu....

Makin galak la aku melompat siap dengan pakej menjerit dalam jamban kan. Mesti mak mertua aku dengar aku terjerit-jerit. Hahaha!

Nasib la kaki aku tak terperosok dalam lubang jamban tu tau.

Terus potong mood aku nak memerut dengan lebih lanjut. Hilang terus sakit perut.

Memang sangat durjana tau cicak itu.

Ewwwww! Geli!



Posted via MyAndroid

Friday, June 8, 2012

Sedih.....


Abang misai tak nak ikut aku pi ipoh.....

Banyak plak alasan dia....

Sentap n sedih.....

*nangis sambil duduk dalam selimut hembus hingus*

:'(

Posted via MyAndroid

Next week taklimat seminggu. Apekah??


Baru je dapat tengok surat untuk taklimat yang aku kena attend next week. Itu pun ihsan dari member sebab bos aku tak reti-reti nak bagitau aku.

Kalau ikut tarikh kata 12-15. Tapi adekah kena check in 11hb. Gila lama.

Kesian anak-anak aku kena tinggal lama-lama. Sob... Sob... Risau kalau aku balik nanti hana dah tak nak menenen.

Ye, sangat lain rasa bila pi jauh-jauh n anak tak menyusu. Sedih je. Apehal tah. Emo lebih.

Agak-agak kalau aku ajak abang misai dia nak ikut tak? Sebab malam takde kelas. Petang je ada taklimat.

Hish... Tension la gini. Tak sanggup tinggal budak-budak tu lama-lama.

Posted via MyAndroid

Lesung pipit



Hana berlesung pipit. Tak tau la ikut siapa. Sebab aku takde, abah dia pun takde.

Berbolen je anak aku masa ni. Sebab panas melampau. So aku bukak baju dia pasal dah berlengas sangat.

Nasib la kecik lagi. Kalau dah besar perlu ke pakai cawat saje?

Rindu kat si lasak ni.

Posted via MyAndroid

Bertaklimat


Assalamualaikum

Taklimat dah mula. Tapi sempat pulak aku berblogging. Nampak nau le tak menumpukan perhatian. :-P

just nak update bahawa Hana sudah 10 bulan hari ni. :-)

Nanti aku update perkembangan budak bertuah hana yang dah pandai gigit orang ni.

Mari sambung bertaklimat.

Posted via MyAndroid

Thursday, June 7, 2012

Sungkai = Dalam Hutan

Assalamualaikum


Aku akan ke Sungkai petang ni. Macam dah tak ada tempat lain nak pi kan. Apa la yang seronok sangat dok dalam hutan kelapa sawit tu.


Ada taklimat pasal keja. N aku adelah orang yang kena pi. Ada la sorang lagi tapi bosan kot dok situ sebab tak ada benda menarik. Nak cari sapedek malam-malam pun jangan la harap kalau ko takde kenderaan sendiri. Jadi sila bawak megi cawan sebagai bekalan ketika kebuluran di malam hari.


Keja pun berlambak lagi aku nak siapkan sebelum pi ke sana. Wawawawa.... Macam nak pengsan. Report semua dateline tarikh macam nak membunuh. Apehal tah.


Ni aku tak tau la apa pe'el si Hana malam ni bila aku takde. Tapi dia agak mengada bila ummi dia ada. Kalau aku takde boleh pulak ko bergolek-golek pi tido kat abah ye. Kalau aku ada dok macam-macam posisi nak menenen lepas tu bukan nak tido. Pi meragaih sana sini.


Amir pulak semenjak dah besar pandai bercakap ni asek la tanya aku nak pi mana. Awat tak bawak Amir? Ummi balik bila? Amir nak keropok.


Huhuhu... Siap dapat pesanan penaja oke kalau balik belikan keropok.


Pagi ni ingat nak la bermanja dengan laki aku suruh dia hantar pi keja. Memang, memang dia hantar. Tapi dia hantar dengan dok sebelah menjadi bos besar. Aku lak kena drive. Mencik tau. Dia kata tu kereta aku maka lebih afdol la kalau aku yang drive. Boleh gitu?


Dah, aku nak siapkan keja ni. Aku rasa aku kena bawak keja yang balance-balance ni pi buat kat Sungkai. Nak relaks pun tak ada masa. Sedih... Sob... Sob...


Ok la, bye.



Wednesday, June 6, 2012

Bercekau di FB? Apa Pekdahnya?

Assalamualaikum


Morning semua. Pagi ni hujan lagi. Dari semalam hujan non stop. Bukan la hujan lebat yang non stop tu. Dia macam kejap hujan lebat lepas tu gerimis lepas tu lebat balik. Gitu la. So, cuaca mendung sepanjang masa. Tido pun tergedik-gedik aku cari selimut. Selalu tu kalau boleh tak pakai baju pun takpe. Miahaha!


Aku bz lagi hari ni. Banyak benda nak settle sebelum pi Sungkai esok. Ada taklimat. Dok opis sekarang every awal tahun, tengah tahun, akhir tahun messssti ada taklimat. Benda yang sama pulak tu. Bosanova oke. Tapi redha aje la kan.


Jadi sebelum membzkan diri mari la kita hilangkan stress dengan berblogging. Sambil-sambil tu bukak fb kat hp. Opis aku semua benda pun diorang blocked. Kedekuit sungguh. Hahaha!


Bila dah bukak fb terbaca la status sorang member lama. Housemate di zaman study dulu. Aku ingat kan apehal la.


Bercekau dengan laki dia kat fb. Adoi laaa.... Yang laki pun sama naik pi balas status bini tu apehal la. Tapi siap cakap bini tak cium bau syurga segala agak mengerikan la pulak aku baca ayat tu.


Dibuatnya tak sempat bermaaf-maafan kena musibah *mintak dijauhkan la* macam mana la?


Pada aku fb tu tak payah la dijadikan medium nak bergaduh. Datang pulak lagi orang mencucuk sana sini. Haaaa!!! Dah tambah asam garam segala perisa buat jadi gaduh lagi besar punya. Tak ke haru.


Ni ingatan untuk diri sendiri jugak. Sebab aku ni kekadang emo tu jadi hilang ingatan lupa diri. Kat blog ni pun kadang-kadang aku merempan. Huhuhu... Lepas ni zip mulut rapat-rapat.


Hope diorang berdua tu berbaik-baik la. Time berchenta dulu boleh give n take takkan la dah kawen hilang segala perasaan pulak ye dak.


Sekali lagi, ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.


;)







Tuesday, June 5, 2012

Hujan = Jammed

Hujan lebat di luar.


Sedang menggaru-garu kepala berfikir.


Jalan jem ke tak?


Ah!!!!


Confirm jem la.


T_________T



Kenangan Rombongan Sekolah Rendah

Keserabutan sebenarnya. Sedang cuba untuk bertenang. Tapi tetiba teringat topik Hot FM pagi tadi. Pasal rombongan sekolah kalau tak silap aku. Tetiba teringat cinta kenangan silam. Ecewah.


Aku rombongan ada la merasa 2 kali kot. Rombongan sekolah sekali je. Lagi 1 tu aku teman mak aku ikut rombongan UMNO dia pi jalan-jalan ke Wang Klian.


Rombongan sekolah rendah. Itu pun tak jauh mana. Masa tu aku sekolah kat Kluang. 1 sekolah dengan Puan Yat Mommy Qies. Tu la 1st time aku pi ikut rombongan. Last time jugak la kot sebab aku dah tak sekolah dah. Rombongan tu ke Ayer Hitam.


Paling tak boleh lupa bila menyinggah ke Tropical Village. Aku tak tau la wujud lagi ke tak tempat ni. Puan Yat, ada lagi ke? Hahaha!


Aku tak ada duit nak masuk situ. Sekali masuk RM5, dan ye, aku cuma ada RM5 sebagai duit belanja. Abah bagi. Cukup-cukup untuk makan. Masa kecik family aku susah. Aku mana la tau. Merempan jugak nak ikut rombongan. Abah tak sampai hati kot so bagi la jugak berbekalkan belanja RM5. Orang lain bawak puluh-puluh RM.


Jadi aku cakap dengan cikgu aku nak dok kat luar je. Tak nak masuk. Aku cakap aku tak ada duit sebab abah bagi duit untuk makan je. Kalau aku nak masuk jugak alamatnya aku makan angin.


Disebabkan semua pun nak masuk. N cikgu tak nak aku dok sorang-sorang kat luar maka terbang melayang duit cikgu RM5 sponsor aku masuk situ.


Dan sepanjang masuk Tropical Village tu aku cuma tengok kawan-kawan lain bersuka ria. Masuk rumah hantu n macam-macam lagi. Yang semuanya memerlukan ongkos dan aku tak ada ongkos itu. Terkebil-kebil la aku tengok diorang bergelak ketawa. Dalam hati /╯﹏╰\



Kenangan masa sekolah banyak yang tak berapa nak best untuk aku kenang. Kalau terkenang memang sebak je rasa. Rasa terpinggir sangat dek kerana keselebetan sebab hidup yang susah.


Eh, tetiba pulak emosi.


⊙_☉





Bulan Ni Kenapa Terlalu Bz????

Assalamualaikum


Hari ni hujan lebat. Aku terbangun pukul 4 pagi. Dengar bunyi hujan berderu-deru. Jenguk luar tingkap tengok motor laki aku takde. Tak balik-balik keja pulak ke la orang tua ni. Calling-calling dia kata tak larat nak balik tengah-tengah malam so tido kat opis.


So, bertiga la aku tido malam tadi. Nasib la Hana tak buat perangai sangat. Kecuali sebelum tido la. Jenuh bersilat. Aku sakat dia pi nyorok kat bilik belakang dengan Abang Amir. Tau pulak melalak-lalak cari. Hahaha! Jahat kan ummi Hana ni.


Pagi tadi pulak tido bukan main best lagi. Aku angkat nak letak dalam kereta pun tak bangun. Syok la tu tido sejuk-sejuk. Dia ni kalau sejuk tido bukan main nyenyak. Cer tengah panas. Pukul 3-4 pagi bangun ajak aku main. Huuuuu.... Lotih omak eh.


Ni aku tengah stress gila babun ni. Banyak sungguh keja aku di bulan Jun. Nak kena pi taklimat khamis ni. Next week taklimat lagi 4 hari. The other next weeknya pulok ada seminar. Lepas tu kena organize ceramah. Week terakhir bulan Jun organize taklimat 4 hari.


Pengsan woooo....


Bulan 7 aku nak cuti lama sikit. Sebelum puasa. Kebetulan adik aku nak bertunang. Jadi ada alasan mau bercuti-cutian.


Mari la siapkan keja yang dah mengalahkan Everest.


(╥﹏╥)





Monday, June 4, 2012

Saje Nak Update

Assalamualaikum


Aku cuti Jumaat lepas. Dan syukur la aku cuti sebab Abang Misai kata jalan kat Penang jem yang amat. Kan ke pagi tu hujan lebat non stop. Syok je aku tido. Hahaha!


Aku cuti sebab tak ada orang nak menjaga 2 orang budak lasak. Abang Amir punya lasak boleh tahan lagi. Adik Hana punya lasak ya ampunnn.... Dah la dia tak nak kat orang lain selain aku dengan Tok Su dia je. Tok Su dia pulak ada kenduri family so nak tolong-tolong tak dapat la nak jaga budak bertuah 2 orang tu.


Sebab 3 hari melekat dengan Hana pagi tadi dia telah membuat perangai. Bangun pagi tengok aku bersiap nak pi keja menangis tersedu sedu. Kalau boleh berdiri melekat kat kaki aku pun tak apa. Tapi macam mana aku nak bersiap. Abah diorang seronok la bila si kecik tu tak nak dekat dia.


Semalam aku ngantuk gila-gila tapi Hana pulak mata buntang bukan main. Pi hang main dengan abah kat luar. Aku masuk bilik tido. Memang tak boleh tahan dah mata aku. Bagi dia main sampai letih baru la pas baton kat ummi ye.


Kalau ikutkan nak je aku sambung cuti. Nak cuti panjang. Cuti aku memang banyak sesangat la. Haiiii.... Tapi dah amik cuti hari tu pun kena tarik balik kan. Apekah gunanya cuti yang banyak tu kalau bos tak bagi cuti.


Ni ngantuk pun tak hilang lagi. Apehal tah letih sangat.


Sambung buat keja sebelum mata aku ni shut down. Huhuhu...