SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, January 31, 2012

Mengantuk Sebab Hana Ajak Bergurau Senda Pukul 4 Pagi

Assalamualaikum

Semalam aku tak update. Super busy. Dahsyat kan. Meeting pagi petang tu. Meeting pagi je hadap sampai pukul 1.30 petang. Aku nak lunch pun tak sempat. Sebab berlari naik ke bilik nak siapkan slide untuk meeting petang.

Petang meeting start pukul 2.45 petang. Abes pukul 6 pulak tu. Balik lambat la aku. Abang Misai la amik budak-budak. Alhamdulillah la tak jammed teruk sangat.

Hari ni pulak aku mengantuk. Hana Montana bangun pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Tergolek sana. Tergolek sini. Bagi tetek dia isap main-main. Rupanya nak ajak ummi main tu cak dengan dia. Hoooooooo......

Melayan anak bertuah tu dengan mata nak tertutup. Lepas tu time nak tido balik dia melalak pulak. Bagi tetek isap kejap-kejap lepas tu tak mau. Melalak-lalak lagi. Masa tu dah lima suku pagi. Aku ni dah hampir 3 suku dibuatnya. Sapu minyak telon tak jalan jugak. Pi bancuh susu minum secoet je. Tak lama lepas tu dok menenen terus tertido.

Aku pun sambung jugak tido padahal dah pukul 5.30 dah. Lantak la. Aku mengantuk. Bangun pukul 6 terus pi mandi ala-ala je. Abes mandi zasssss buat susu Amir. Bersiap-siap. Tunggu azan. Solat. Pack cooler bag taruk ice pack. Start enjin. Berdesup antar bebudak. Sampai opis awal sikit dari semalam. Legaaaa.....

Tapi pagi-pagi dah ada keta kancil ajak aku race. Main cucuk-cucuk pulak dia. Sampai simpang tiga boleh pulak ko main tekan-tekan minyak ye. Konon nak bagi enjin turbo la sangat ko tu mengaum. Ingat aku takut? Aku kat depan okeh. Kalau berani potong la. Kot tak berkecai keta ko kena langgar dengan lori kat simpang tu.

Ye-ye je bawak laju-laju pagi-pagi buta. Ntah apa dikejarnya. Tau-tau dah takde belakang aku. Masuk longkang kot.

Lepas tu pakcik keta depan pulak. Bawak slownyeeeee.... Tadi stok ajak race pagi-pagi. Ni stok ajak makan angin pulak. Bawak avanza tapi macam bawak bulldozer. Tersiksa aku dok kat belakang dia. Nak potong tak buleh pasal double line. Jalan pun kecik. Jadi follow je la sampai jalan besar sikit.

Eh, tetiba aku lapar. Hahaha! Entry ntah apa-apa. Nak pi beli makan dulu la. Kalau rajin aku up entry lagi. Boboiboy!

Sunday, January 29, 2012

Exercise


Lenguh kaki aku. Mengendong budak berat 6.1kg ni.

Sekarang tengah melepak dalam kereta kat tesco. Tak larat dah nak dukung budak bertuah. Tunggu abah diorang abes shopping.

Nak tunggu luar tesco tu boleh je. Tapi si hana dah meliuk lintuk. Boleh patah belakang ummi ni.

Exercise sungguh aku hari ni.

Posted via MyAndroid

Friday, January 27, 2012

Ada ceramah nilai-nilai murni


Assalamualaikum

Dalam bilik meeting. Patutnya ada ceramah nilai-nilai murni pukul 9. Penceramah pulak tak sampai lagi. Stuck kat jambatan. Biasa la. Time macam ni memang jem.

Jadi menunggu la kita ye. Ini la gunanya smartfon di kala kebosanan. Boleh la berblogging bagi orang yang gila blogging. Pada yang suka fb maka berfb la kamu sampai muntah. Haha!

Tak penuh sangat pun bilik meeting sebab ramai yang cuti cny. Macam dia plak yang sambut raya kan.

Nak tengok benda lain plak la.

Babai!

Posted via MyAndroid

Thursday, January 26, 2012

Iols Busy Ye

Assalamualaikum

Banyak keja. Nak kena setel surat untuk mohon kursus. Setelkan proposal kursus. Prepare backdrop untuk meeting 13 dgn 14hb depan. Buat slide untuk meeting next week. Hohohoho....

Pagi ni jalan still tak sesak. Aku pi keja dengan aman damai sampai mata pun macam nak tertutup. Punya la mengantuk. Dah kata radio keta rosak kan. Sunyi tu lagi la menambah rasa nak tido.

Balik semalam pun smooth je. Tapi tak buleh nak pecut. Awal-awal lagi dah dapat sms dari Abang Misai. Ada speed trap atas jambatan. Dasat btui. Atas jambatan pun buat speed trap jugak tu.

Semenjak nak dekat CNY hari tu memang ramai la polis dok bertunggu tangga tepi hiway. Siap ada dok bawah fly over lagi sambil buat speed trap.

Nak kena check saman ni. Mana tau tetiba ada kan.

Ok la. Short entry saje. Buat syarat. Haha!

Papai~~

Wednesday, January 25, 2012

Pam Masuk Susu

Sungguh malang hari ku hari ini.

Pam spectra aku masuk susu. Huwaaaa!!!! Terjadinya back flow masa aku mengepam pagi tadi. Dah la pam sesi pertama.

Entah kenapa macam banyak pulak susu aku hari ni. Tetiba pulak membrane tu melekat aku tak perasan. So, susu tak masuk dalam botol n bertakung kat atas. Disedut lak dek mesin pam tu.

Sedar-sedar dah bunyi macam orang sedut air dah nak abes guna straw. Baru perasan tiub tu dah penuh dengan susu.

Dan tengahari tadi sesi mengepam telah bertukar kepada memerah. Guna tangan la. Letih woooooooo.....

Dapat pun tak seberapa la sebab aku letih. Sakit tengkuk pulak lagi.

Isk... Isk....

Ni nak bawak balik suruh laki aku tengok. Dia pun tak bagi on dah. Sat lagi short wire mana-mana terus innalillah pam tu.

Maka sesi seterusnya memerah guna tangan la ye.

Penat la mokcikkkk....

Kesan Yang Melampau

Assalamualaikum

Ramai still bercuti raya eh... Jalan agak lengang hari ni n tenang je rasa drive pi keja. Tenang lah sangat dengan perut memulas gila babun ni. Hukhukhuk...

Dari semalam aku dok tercirit je. Hari ni lagi kronik. Nak kencing pun boleh tercirit. Errr... Menjijikkan ye. Tapi itu la keadaan aku sekarang.

Dengan period pain. Kepala pun sakit. Sangat berpakej la hari pertama bekerja kan.

Aku rasa sebab Premium Diet + Fibre yang aku beli sebab nak menyenangkan penyahtinjaan aku tu. Aku baru minum 2 kali. Tapi everytime minum tu memang sangat la tak boleh bertangguh hatta sesaat untuk membuang atau ko akan tercirit di mana ko tengah berada.

1st time minum tu tak la azab sangat macam aku minum kali ni. Memang masa tu Hana tengah menenen terus aku letak kat bawah. Dia meraung pun aku dah tak heran. Sebab sangat rasa nak terkeluar dah. Masalahnya sakit perut tu takde hint. Time tu datang sakit time tu jugak terus nak berak. Gila sungguh la.

Dah la aku kesunyian dalam keta. Radio keta bengong. Tukar-tukar chanel sendiri. Lepas tu langsung tak boleh off time aku bawak keta kelmarin. Aku hentak pun tak mau off. Baru pagi tadi buleh off so aku dah tak nak on dah. Dia buat gila naik volume sendiri sampai abes tak pekak telinga aku. Kesunyian tu lagi la menyebabkan aku rasa lagi senang nak terberak.

Hish....

Entry pagi-pagi dah busuk.

Sori la ye. Aku memang tengah sakit perut ni.

Monday, January 23, 2012

Budak yang perasan dia kecik lagi



Walker tu aku suruh abang misai keluarkan kelmarin. Nak letak hana.

Tapi adekah si abang begitu dengki ye. Dia melalak-lalak nak naik.

Sampai hari ni dia dok usung ke sana sini tapi kain tempat duduk tu abah dia dah cabut. Takut koyak.

Perasan kecik lagi la tu.

Posted via MyAndroid

Sunday, January 22, 2012

Nyampah!


Ye, memang aku tengah menyampah. Hangin 1 badan. Sakit hati. Eh, macam-macam la.

Hari ni cuti. Sampai selasa cuti. Tapi laki aku sibuk la keja. Test bot. Hari lain tak boleh test gamaknya. Test pi langkawi. Hari selasa baru dia balik.

Aku ni dah nak dekat period plak. Mula la nak emo.

Dengan dia beriya janji dengan anak dia nak bawak budak tu pi jalan-jalan. Dah si amir asek cakap dengan aku.

'Ummi, nak pi carefour.'

sepuluh kali cakap benda yang sama. Kalau adik dia jenis tak buat perangai memang aku je angkut budak-budak tu. Tak payah tunggu bapak dia yang bz mengalahkan pm.

Eh, sakit hati la!

Posted via MyAndroid

Friday, January 20, 2012

Limau



Siapa bagi aku tak tau. Tetiba ada atas meja 4 biji limau mandarin. Tadi kan ada meeting.

Aku pun ada bawak dari rumah 2 biji. Dah abes aku bedal. Kat rumah berlonggok lagi.

Jenuh la sakit perut tala limau je.

Oh.. Petang ni ada meeting lagi. Malasnyeeeeee..

Posted via MyAndroid

Mari bermeeting


Assalamualaikum

Dalam bilik meeting. Tunggu ahli mesyuarat yang lain. Perlu ke bermeeting 4 orang saje.

Pagi ni dah kenyang. Awal-awal subuh mak mertua dah masak nasi goreng. Nasi semalam banyak lebih.

So, mari bermeeting dengan gembira kerana perut sudah berisi.

Alhamdulillah.

;-)

Posted via MyAndroid

Thursday, January 19, 2012

Senyum sampai telinga



Sebab nasi goreng di atas la aku senyum sampai ke telinga. Sampai sekarang dok tersengih lagi sorang-sorang.

Nasi goreng abang misai belikan. Siap hantar ke opis.

Tetiba romantik ni. Ada apa-apa ke bang?

Apa pun. Tq very mucho.

:-)

Posted via MyAndroid

Kena Buat Kursus... Serabai La....

Assalamualaikum

Aku tengah bengong sebengong bengongnya ni. Huhuhu...

Aku kan dilantik jadi pengendali kursus. Sepatutnya admin buat. Tapi pengarah baru nak semua bahagian teknikal ni merasa buat keja admin. So, aku la orang pertama yang kena handle bab-bab kursus ni.

Nak kena buat paperwork segala. Aku ni ke hulu ke hilir la kat admin mintak contoh paperwork. Kata nak email. Nak email. Tapi apa pun tarak. Bila aku cari sampai ke bilik siap bawak pen drive hapah pun tak dapat. Sebab pegawai tu tak tau dia simpan fail tang mana. Bersepah-sepah dalam pc. Nak search pun tak ingat tajuk.

Dia suruh aku cari hard copy kat anak buah dia. Adoi laaaa....

Aku mintak contoh kat akak aku n google sendiri dalam internet. Dapat. Itu je la contoh yang ada.

Sesiapa pernah handle kursus team building buleh tolong aku tak? Aku tanya admin memang kureng la. Aku tanya nak pakai consultant ke hapa pun diorang macam tak tau je. Tensi mak tau.

Kalau buat kat INTURA (kampus INTAN wilayah utara) biasa yang nak bagi ceramah tu memang orang sana atau still kita kena cari sendiri ek. Ke facility je diorang bagi.

Serabai dah aku ni.

Wednesday, January 18, 2012

Merisaukan Si Kecik

Assalamualaikum

Hari ni rasa macam malas je nak pi keja. Si Hana badan rasa macam dedar-dedar nak demam je. Semalam kan cucuk. Tido pun dia macam tak lena. Kejap-kejap terbangun. Dah la tido bukan main lasak lagi. Selalu Abang Amir dia la jadi mangsa kena tendang.

Masa hantar rumah Toksu pun dia tak bising macam selalu. Dengar bunyi dia menguap sampai 2-3 kali. Sampai rumah Toksu tengok dah terlelap.

Tak sedap badan agaknya. Kesian Hana. Setakat ni dia tak pernah demam lagi. Selsema hidung berhingus ada la. Tapi badan tak panas.

Takpe la. Hujung minggu ni cuti sambung cuti CNY. Lama sikit Hana dok dengan ummi ye.

Tuesday, January 17, 2012

Parking & Patin

Assalamualaikum

Baru lepas mengalih keta masuk parking. Setelah ditelefon oleh pak guard yang baik hati. Heheheh....

Aku masuk lambat pagi tadi. Bawak Hana comel tu pi cucuk. Pi cucuk tak ada la lama mana. Tapi aku masuk opis lambat. Jammed yang dahsyat ye. Start dari aku masuk hiway sampai ke tol jambatan. Keluar aje tol hek eleh.... Tak jammed pun.

Berat Hana turun la pulak. Adudududu... Turun dari 6.2kg bulan lepas ke 6.1kg bulan ni. Mana la tak turun. Melasak bukan main. Gembeng pun boleh tahan. Tak boleh ummi dia jauh sikit. Nangis macam kena dera. Orang lain pegang pun tak nak. Mau ummi saje. Oh, anakku. Macam mana ummi nak pi kursus macam ni....

Sampai opis parking pulak takde. Terpaksa la aku yang bijak ni block keta orang. Agak-agak orang tu tak boleh lepas aku dah tinggal name card kat dashboard. Pandai-pandai la call. Siap pesan lagi kat guard. Kalau ada apa-apa sila calling-calling. Hehehe...

Tu yang dapat call dari pak guard tadi. Nasib aku jawab. Kalau tak sampai balik la aku punya keta parking tak senonoh.

Ok la. Aku banyak benda nak buat ni. Proposal pun aku tak buat lagi. Nak buat kursus kat BTN. Nak kena jadi AJK untuk KP nak datang lagi. Fenin... Fenin....

Balik ni makan patin kot. Setelah membuat status bahawa aku merindui patin masak tempoyak. Muakakakaka... Abah sungguh sayang anakandanya yang mengada-ngada ini.

;p;p;p

Monday, January 16, 2012

Kenapa Asal Pagi Je Nak Sakit Perut?

Assalamualaikum

Yeahhh... Sakit perut. Bahana makan goreng pisang banyak petang semalam. Dari rumah lagi aku dah sakit perut. Konon buleh la tahan sampai opis. Sebab keluar pun dah pukul berapa. Ingat nak keluar awal. Sekali Hana yak-yak pulak. Kena la cuci dulu. Apejadah hantar kat Toksu dengan taik berselepet. Lain la kalau dia berak dalam keta.

Dah cuci tu nak pakaikan pampers 1 hal. Ya Rabbi susah bukan main. Dia dah laju dok maju ke depan sekarang. Keja asek la nak berpusing. Memang susah gila la aku nak pakaikan pampers. Terjerit-jerit suruh dia senyap. Idok le budak bertuah tu kisah. Nak pakaikan pampers je amik masa 5 minit tau. Ni yang rasa aku nak beli pampers main sarungkan je tu.

Dah on da way pi keja ada eksiden pulak atas jambatan. Lane paling kanan. Oh.... perutku... Ampunkan aku sebab tak dapat nak memecut secepat mungkin untuk sampai ke opis.

Sampai opis pun nyaris la punch card nak merah. Laju-laju aku balik tempat n berlari ke toilet.

Sekarang pun perut still memulas lagi.

Saturday, January 14, 2012

Semua tido


Assalamualaikum

Tengah melayan cerita Duplicate. Tengok muka shah rukh khan masa muda.

Aku mengadap sorang-sorang je. Anak-anak tido. Begitu juga laki aku. Balik keja pukul 9 pagi tadi. Lepas tu sibuk buat apa tah. Baru pukul 1 tadi dia tido.

Nak masak pun mak mertua aku dah buat. Mendobi la aku tak abes-abes. Baju seminggu berlonggok. Basuh guna mesin manual. Sampai 4 round la baru setel.

Laki aku tak nak beli mesin auto. Dia kata mesin tu boleh guna lagi. Malas dah aku nak cakap banyak pujuk dia beli baru.

Ok. Nak pi tengok baju last round. Mintak tak hujan la petang ni.

Posted via MyAndroid

Friday, January 13, 2012

Susu Tak Meriah Dan Aku Sedih

Assalamualaikum

Takde idea nak update apa. So, senyap sunyi ni baru nak update.

Aku tengah tension ni. Sebab susu badan adelah sangat sikit. Sadis tau. Memang la Hana dah campur susu since aku start keja. But seboleh-boleh aku nak dia minum susu badan time aku ada.

Kat tempat keja tetiap kali pam dapat tak sampai 3oz pun. Aku pam banyak kali la. Pukul 8, 10, 12, 2 n 4. But still sama je la output dia. Paling banyak aku dapat bawak balik adelah 9 oz untuk keseluruhan sesi perahan. 9oz tu aku bahagi dalam 3 botol. Kira-kira sebotol 3oz la. Kalau tu pun tak reti kira sila pi balik sekolah rendah.

Bila time Hana dok menyusu pulak kalau tetiba dia tengah gayut lepas tu dok melalak tu tau dah la kenapa. Terpaksa la aku membancuh sikit dalam botol. Nampak je botol tergedik-gedik dia tarik botol tu masuk mulut dia. Bijak sungguh. Siap pegang botol sendiri.

Jadi aku adelah sedih ye. Nak kata aku berdiet tak ada pun. Makan still macam biasa. Adekah sebab aku amik perancang maka susu aku adelah tak meriah? Oh, aku amik regulon. Tak amik noriday sebab nurse tak nak bagi noriday since aku bagitau aku dah campur susu.

Bagaimanakah mau bagi susu aku ni banyak haaa?

Tekanan.

-__________-'

Thursday, January 12, 2012

Perut Yang Memulas

Assalamualaikum

Macam yang aku bagitau dalam entry sebelum ni. Esok lusa tulat tonggeng adelah hari meeting. Maka hari ni aku ada meeting. Kejap lagi pukul 8.30. Perut dah la lapar mendidih-didih ni. Nak pi beli makan pun tak sempat sebab aku harus mengepam dulu. Takpe, sat lagi nak ke bilik meeting mari menyinggah membeli kuih.

Semalam hujan lebat. Aku rasa dah seminggu kot tak hujan. Bila hujan lebat yang amat. Time tu la ko akan jadi pemaki tegar dalam keta. Sebab sume pun nak potong queue bila time jammed macam kan ko dok dalam keta tu basah kuyup kena hujan. Ntah bila la nak jadi penyabar tak memaki lagi.

Malam semalam jugak aku sakit perut memulas-mulas. Dah la tengah menetekkan Hana. Karang aku tarik tetek aku confirm la terjaga. Nak tunggu memang aku dah tak boleh tahan. Kena la tarik slow n steady. Dia macam gerak-gerak menggeliat aku dok balik dendiam. Gila berpeluh la nak menahan sakit perut.

Tapi dalam toilet nak membuang pun tak senang hati. Dok pikir anak atas katil takut terjaga lepas tu tergolek ke bawah. Hana dah laju dah maju ke depan. Tu yang risau kot la dia terjaga. Memang tak concentrate la nak berak. Hish....

Laki aku tak tengok kan ke? Dia takde semalam. Aku bangun tengok dah lesap. Pi keja tak bagitau aku. Aku ada dengar bunyi hp dia banyak kali. Bos dia la tu call. Memula tak berjawab. Tapi lepas tu dia jawab kot. Tau-tau dah hilang je. Aku pulak tido mati ke hape sampai tak sedar dia keluar. Bunyi enjin motor pun aku tak dengar. Confirm tido tak sedar diri.

Lepas membuang baru aku sms tanya dia ada keja ke. Sepatah je pulak tu jawab. Membazir kredit btui.

K la. Aku dah rasa sakit perut balik ni. Ada pulak la aku kena pi membuang lagi sebelum masuk meeting. Dah la lapar. Lagi nak keluarkan isi perut.

Bubbaiz....

Wednesday, January 11, 2012

Hana Membuat Perangai

Assalamualaikum

Saje aku update lambat sikit. Pagi tadi buat meeting. Lepas tu pi makan-makan. Sat lagi nak tido. Mengantuk gila. Hana buat perangai semalam. Wuwuwu....

Semalam balik dah dekat pukul 7. Sampai rumah Hana menenen terus tertido. So, aku pun senang hati la. Mandi-manda, makan, solat.

Tetiba pukul 8 dah bangun pulak. Amir kalau adik dok tido memang feveret dia la kacau kasi jaga. Dengki ke hapa tah la. Selalunya dia jerit-jerit sampai adik dia terjaga. Semalam Hana terjaga pasal suara Amir terjerit-jerit la.

So, aku melayan la anak bertuah tu sampai pukul 9 lebih. Nampak gaya macam dah mengantuk. Aku pun bawak la masuk bilik. Bagi nenen dia dok main-main pulak. Amir dah selamat belayar. Abah diorang pun sama.

Tetiba dia dok melalak-lalak. Badan tergeliat sana sini. Sua nenen pun tak mau. Adekah rupanya mau bermain di ruang tamu. Ohhhh.....

Bawak keluar elok senyap. Dok main-main sampai letih baru la merengek-rengek. Sumbat nenen terus tido. Itu pun dah pukul 11. Huhuhu... Ummi dia pun dah tersengguk-sengguk.

Hana dah 5 bulan. Happy 5 months old anakku. Dah pandai macam-macam la. Dah boleh menjulur ke depan. Tau-tau dah sampai depan pintu la. Bawah kerusi la. Hahaha!

Kalau malas nak menjulur dia bergolek je. Kejap karang terlentang, kejap meniarap. Terus ke depan pintu bilik.

Dah kenal dengan ummi juga. Dengan orang lain tak mau *pengsan!*. Nak ummi saje. Abah dia pegang pun nangis jugak kalau nampak ummi. Dengar suara ummi terus toleh merengek-rengek mintak angkat dia. Amboiiii..... Ummi pi masuk bilik sat pun sibuk dok cari sambil merengek-rengek. Kalau time amik kat Toksu pun nampak ummi bukan main dia melonjak-lonjak siap tangan berkepak-kepak suruh amik dia.

Minggu depan bawak pi cucuk pulak. Jangan la demam ye nak. Ummi tak tau lagi nak apply cuti ke time off ni. Sebab ummi baru je cuti awal tahun tu. Huhuhu...

Ok, jom kita tdo.

Tuesday, January 10, 2012

Seminggu Ni Meeting

Assalamualaikum

Gusi masih bengkak. Nak makan pun tak berapa nak selera. Dah kunyah sikit lepas tu telan. Di manakah nikmatnya makan?

Pagi ni ada meeting. Seminggu ni memang aku ada meeting je ok. Esok aku buat meeting untuk bahagian aku. Dah setengah tahun melangut kat sini apa meeting pun aku tak buat. At least kena la buat jugak walaupun betapa tak sukanya aku dengan meeting kan. Karang kata tak ikut sasaran kerja pulak.

Pagi tadi aku keluar awal sikit. Hana dengan Amir elok je tido sampai la aku dah abes bersiap n kemas barang. Amir pun tak meragam. Hana pun ok je sengih-sengih. Dia memang akan menyengih di waktu pagi. Hehehe... Laki aku tak balik-balik. Ntah ada kes apa aku pun tak tau.

Hari ni kalau dapat setel keja on time aku balik on time la jugak. Kat opis sini skema k. Pengarah baru adelah skema. Meeting kena pakai kasut tutup. Aku ni lemas betul dengan kasut tutup. Orang lain semua aku tengok dah pakai. Aku je muka toya. Toya la sebab aku tak beli kasut lagi.

Banyak lagi la kesekemaan yang aku kena hadap. Tetiba rasa nak pencen cepat. Muahaha!

Eh, ok la. Sat lagi kena masuk meeting.

Papai~~

Monday, January 9, 2012

Nak Balik Lambat Sebab Banyak Keja Tapi Laki Aku Tak Boleh Amik Anak Pulak

Aku balik lewat sikit hari ni. Ada keja nak buat. Ni pun baru abes meeting.

Aku sms Abang Misai tadi tanya dia boleh ke dia amik bebudak. Dia kata dia tak balik pulak malam ni. Adoi laaaa.... Haru sungguh. Time bini dia ni ada keja dia pun sibuk ada keja jugak. Time aku balik lewat pun dia amik Amir je. Sebab dia malas melayan amukan Hana. Alasan kukuh dia takde carseat.

Ni aku jugak la yang kena bertempiaran balik memecut keta. Jangan la jambatan jammed teruk sangat. Boleh pitam aku dalam keta. Dah la sakit gusi ni.

Nampaknya pukul 5.15 la aku cabut. Ingat nak balik lewat lagi.

Isk.....

Bz Sangat

Bijik mata berpinar-pinar....

Gila banyak jadual aku nak kena merge. Ni baru siap 2 jadual. Tapi bijik mata macam dah nak terkeluar. Bontot pun melekat kat kerusi tak bangun-bangun.

Tolong!!!!

Amir Yang Kelakar

Assalamualaikum

Hari ni keluar macam biasa. Tapi sampai opis lambat la pulak. Lagi berapa minit nak pukul 8. Selalu tu lagi 20 minit dah terpacak kat opis. Maybe sebab dah start sekolah ni. Semua orang pun keluar awal.

Aku tengah sakit gusi ni. Bengkak. Kat bahagian gigi yang dah tinggal tunggul je kat dalam. Dah cabut dah sebelum aku pregnant hari tu. Tapi doc tak dapat cabut abes. Tertinggal la tunggul tu. Memula nak buat minor operation. Tetiba lak time appointment dulu Amir masuk wad sebab cirit birit tu so tak jadi. Doc kata takpe, nanti cabut bila nak buat gigi palsu. Errr..... Dah tua je bunyi kan. huhuhu....

Ntah kenapa start membengkak semalam. Tapi masih boleh bertahan la. Kalau tak tahan confirm aku mc. Gila la sakit gusi dengan gigi adelah sakit yang dahsyat ok. Nak drive keta pun takde konsentrasi pasal sampai kepala dia punya berdenyut sakit tu.

Cerita pasal gigi aku teringat hari Sabtu lepas. Memang gelak terbahak-bahak la aku dengan laki aku. Si Amir punya cerita.

Gigi Amir 4 batang kat depan tu dah rosak ye. Dah nak gosok gigi dia pun aku macam nak pi berperang. Kalau mood ok takpe, boleh gosok. Kalau tak dia ketap mulut dia kuat-kuat. Bila aku pelekuh nak gosok jugak meronta-ronta macam hape. Masa kecik dulu banyak kali dah aku pesan kat laki aku lap mulut Amir time budak tu dah tido. Aku kan jauh. Tapi idok le dibuatnye.

Sekarang gigi dah rosak. Memang nampak rongak la sebab ada yang dah patah-patah.

Sabtu lepas Abang Misai bawak kitorang jalan ke Pekan Kepala Batas. Dia nak amik ubat mak dia. Kebetulan ada pasar malam dekat kawasan klinik tu. So, aku mintak la beli benda untuk kunyah-kunyah.

Balik tu Abang Misai belikan kepok lekor. Yang garing n yang lembut-lembut tu. Sambil on da way balik sambil kunyah. Amir makan fries.

Tetiba Amir cakap dengan aku,

'Ummi, nak pok.'

Dia nak keropok. Abang Misai pun suruh aku bagi yang garing. Sebab yang lembut tu takut dia tak boleh nak gigit.

Aku pun bagi la yang garing suruh dia ngap. N tetiba,

'Adoi! Gigi tak dak dah.'

Aku pandang laki aku. Laki aku pandang aku. Lepas tu dedua gelak terbahak-bahak. Sampai berair mata aku. Amir la yang cakap gitu. Dia tak boleh nak gigit. Keluar pulak ayat macam tu. Lepas tu tersipu-sipu.

Hadui la anak. Macam-macam keletah. Dah pandai cakap ni lagi la. Tak terlayan. Hehehe...
Memang gelak sendiri aku bila teringat balik.

Friday, January 6, 2012

Bosan

Aku kebosanan.....

Hari Jumaat rehat panjang. Tapi aku ni cukup la pemalas nak jalan-jalan cuci mata shopping moping walaupun Giant hanya sekangkang dinosaur saje.

Memang betul pasaraya Giant tu dekat sangat dengan opis aku. Kalau nak jauh sikit rasa nak lagi rambang bijik mata drive la pi KOMTAR yang hanya tak sampai langsung sepenanak nasik. Tapi parking hazabedah la kat KOMTAR tu.

Bila shopping anak ikut bising kata tak dapat shopping. Ni dah sorang-sorang pun malas nak pi jugak. Perlu ke dilempang je mukaku ini?

Macam-macam benda la aku dok pikir nak beli. Cuma nak melangkah ke Giant tu berat sangat.

Susah-susah beli online je la. Semuanya di hujung jari. Kalau tu pun pemalas memang ampun sangat la. Boleh menang award manusia paling pemalas kat muka bumi.

Tolong suggest online shop yang best-best untuk aku cuci mata.

Heheheh....

Kerenah Amir Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni aku lambat lagi. Lagi 7 minit lewat confirm merah la punch card aku. Pagi ni bukan sebab Cik Ti. Tapi sebab Amir.

Ntah apa angin dia pagi ni tak nak keluar dari keta bila dah sampai rumah Toksu dia. Melalak-lalak nak ikut aku. Ingat aku nak pi jalan-jalan kot. Huiii... Jenuh la kena pujuk. Semua tak jalan. Bagi coklat dia amik tapi tak nak keluar. Akhirnya Toksu angkat je keluar dari keta.

Dia punya meronta tu adoi laaa.... Ummi nak pi keja la sayang. Selalu takde la buat perangai. Hmmmm... Nak kena bawak jalan-jalan kot.

Hari tu yang aku gi menyopping tu bawak dia la. Hana tinggal dengan Toksu. Punya la seronoknya dia berlari ke sana sini. Kena pulak ada kawan. Anak-anak kakak aku ikut sekali. Makin lincah la.

Tapi aku la yang tak dapat nak beli barang aku. Terbeli handfon baru je. Eh... Heheh... Asal aku masuk kedai nak pilih kasut dia tarik ajak keluar. Masuk kedai baju pun tarik tangan ajak keluar. Dia nak ikut kepala dia je. Nak ajak aku naik escalator. Suka sangat dengan escalator tu.

Tengok petang ni amik dia macam mana. Merajuk tak dengan ummi.

Thursday, January 5, 2012

Check Up Amirah Raihanah Semalam

Semalam pi hospital. Check up susulan Amirah Raihanah pasal spina bifida tu. Awal-awal pagi dah bangun n mandikan dia. Abang Amir dia pun ikut sekali. Tapi Amir pagi semalam adelah amukan. Menjerit-jerit tak mau mandi. Sudahnya Abang Misai angkat terus bawak pi bilik air. Dapat main air senyap pulak. Drama king betui tau.

Pi awal sebab appointment pukul 8. Di samping mengelakkan diri daripada terpusing-pusing dalam kawasan parking tu. Lewat sikit je parking penuh. Pasal ramai orang dok parking keta lepas tu pi keja tumpang keta kawan or naik bas.

Sampai je orang tak berapa ramai. Amik nombor, ukur panjang n amik berat lepas tu tak sampai 10 minit dah masuk jumpa doktor.

Doktor kali ni muda belia. 1st appointment jumpa doktor tua, dah otai. Hahaha! Doktor ni pun tengok-tengok lepas tu dok acah-acah Hana. Dia kata setakat ni nampak ok. Tapi still kena buat check up susulan lagi. Bulan 6 nanti. Nak tengok perkembangan dia dah boleh duduk, berdiri, berjalan segala.

Jumpa doktor pun kejap je. Tak sampai pun 15 minit. Tapi tunggu dapat next appointment tu punya la lama.

Kesimpulannya, semua nampak ok. Tapi still kena tunggu Hana besar untuk tengok perkembangan dia.

Kita tunggu bulan 6 nanti.

Si Cik Ti Yang Menyakitkan Hati

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk keja balik setelah cuti dengan lamanya. Rasa macam tak nak pi keja pulak. Mengulit anak-anak adalah best walaupun kadang-kadang aku bertukar kehijauan. Hahaha!

Pagi tadi pun aku memecut pi keja ye. Semua gara-gara Cik Ti. Siapa Cik Ti. Sila lihat gambar di bawah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Iyeee..... Tikus ye kawan-kawan sekalian. Bukan tikus belaan ni. Tikus ni menyakitkan hatiku. Huhuhu...

Oh, jangan la menuduh sebarangan bahawa rumahku kotor maka tikus berleluasa. Aku pun tak faham mana datangnya tikus ni sebenarnya. Banyak kali dah pasang perangkap but still ada jugak. Kalau malam tu boleh dengar la mereka berlari dengan gembiranya kat atas siling rumah ye.

Maybe sebab rumah teres kan. Jadi sesuka hati la tikus tu nak masuk rumah sesiapa je. Beg angry bird Amir pun tikus jahat kokak. Abes koyak. Hish... Amarah sungguh tau aku.

Ceritanya pagi tadi aku bangun nak mandi. Masuk-masuk bilik air tetiba aku terperasan sesuatu belakang pintu. Berbulu-bulu. Basah pulak. Pastu berdecit. Aku dah terlompat. Nasib baik la aku tengok dulu. Kalau aku terus tutup pintu sure aku dah melompat masuk kolah n menjerit kejutkan seisi taman. Muahahaha!

Aku pi bilik kejutkan laki aku. Aku cakap ada tikus. Dia pulak macam bengang-bengang aku kejut dia tido. Eh... Ada aku kesah. Sila halau tikus tu secepat mungkin ye.

'Ala, pi siram je tikus tu. Sat lagi dia lari la.'

'Dah... Takde... Takde.... Pi abang halau sekarang.'

Suka suki je laki aku suruh siram. Nak dekat pun aku geli.

Rupanya laki aku ni cakap je lebih. Dia pun penggeli jugak. Ntah hape-hape. Dok ketuk-ketuk tikus tu dengan kayu last-last dia panggil anak buah dia suruh ketuk. Chait! Apada.

Tikus tu akhirnya terkorban jua. Laki aku cakap maybe dia terkena perangkap tapi dapat lari. Dah cedera tu lari masuk bilik air pulak.

Dah tak pasal-pasal aku lambat pi keja sebab lambat masuk mandi. Tunggu laki aku kutip tikus lagi. Buang air dalam kolah lagi. Kot la kan tikus tu dok berenang dalam kolah. Tu yang basah badan dia. Eeeee.... Aku memikir kencing tikus je. Bahaya nok.

So, buang air kolah la. Biar kolah tu kosong baru aku mandi guna shower tak jadi laki aku. Apesal aku kata shower tak jadi. Sebab air tu keluar macam air paip biasa je. Takde macam air hujan tu. Laki aku buat macam mana tah.

Eh, macam mana nak bagi rumah tak didatangi tikus aaa. Aku dah tensi tau. Asal aku basuh pinggan mangkuk je dia dok sembunyi celah rak pinggan tu. Lepas tu melompat naik atas bumbung guna tingkap sebelah sinki. Mau sakit jantung aku terkejut.

Nak letak racun macam tak sesuai. Sebab ada budak kecik kat rumah. Karang dia ingat jajan dia pulak. Nak taruk atas siling racun tu macam tak praktikal. Karang mati kat atas tu busuk membangkai la pulak.

Ada cadangan bernas tak?

Wednesday, January 4, 2012

Takde air


Tengok tajuk la kan. Dari pukul 8 tadi dah takde air. Masa tu aku kat hospital. Tengah tunggu turn nak jumpa doktor.

Balik tu call kakak aku. Nak pi melepak rumah dia. Dia la bagitau takde air.

Baru tadi check web PBA rupanya repair paip bocor. Amik masa 9 jam. Pukul 5 baru ada air balik.

Yang besar ni takpe la nak tahan berak kencing. Yang budak-budak la kesian. Diorang bukan reti nak menahan-nahan ni.

Amir tadi dah berak nak main air lak. Tak memasal kena marah dengan aku. Adik dia berak boleh lah nak cuci guna tisu basah.

Ok la. Hana dah nangis pulak.


Posted via MyAndroid

Tuesday, January 3, 2012

Budak kuat mengamuk



Ni la gaya budak kuat mengamuk tido. Tu pun baru lepas mengamuk. Ummi pun pening nak pujuk. Sebab nenen pun tak nak.

Hana... Hana..

Esok appointment jumpa pakar. Kena bangun pagi la. Kalau tak takde parking.

Ok, nak tengok abang hana lak mengamuk. Huhu..

Posted via MyAndroid

Baru nak try



Aku baru nak menerai benda alah kat atas tu.

Aku kan ada problem susah nak berak. semalam jalan-jalan terjumpa lak n macam menarik. Tengah menyusukan baby pun boleh amik.

Jadi mari try. Kalau ok aku buat ulasan sikit.

Ntah apa la rasa dia.



Posted via MyAndroid

Amir terjatuh


Assalamualaikum

Semalam kitorang anak beranak keluar pi tesco. Saje la pi jalan-jalan. 3 hari dok rumah je. Keras aku kat rumah.

Shopping la sikit. Belikan amir ribena kotak. Dah dok merayu-rayu nak ayaq na. Beli la untuk dia.

Balik rumah memang tak menyempat la nak air tu. Abah dia lak kuat menyakat anak sendiri. Aku memang hangin la dengan abang misai. Anak tu jadi baran baru tau.

Abah dia dok sakat. Dia pun lari kejar. Bedebuk jatuh kepala terhantuk tepi pintu. Melalak sekuat hati. Tengok-tengok kepala bengkak.

Memang berbulu la aku tengok laki aku. Tau lak cuak. Aku pun dah berderau darah. Dok perati takut jadi apa-apa.

Setakat pagi ni dia elok je main. Kesian tengok amir. Sapu minyak gamat je.

Laki aku tau aku marah tu. Konon dok buat lawak semalam. hoh! Geram btui la.

Posted via MyAndroid

Monday, January 2, 2012

Sakit belakang..


Tengah melepak kat rumah. Bebudak tengah tido. Aku pun amik peluang baring-baring dalam bilik.

Belakang aku ni sakit pulak. Lenguh semacam. Dukung amir tadi kot. Dia dok berpaut kat kaki aku mintak dukung. Takut bunyi drill abah dia dok buat apa tah.

Kekurangan kalsium dah tua-tua ni. Tahun ni dah 3 series nok.


Posted via MyAndroid

Sunday, January 1, 2012