SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 30, 2011

Semoga Tok Tenang Di Sana

Assalamualaikum

Hari ni baru aku free. Ada keja kot tapi macam blur je nak buat. Semalam pun aku chair perbincangan petang main bantai je. Ade la buat perbincangan 15 minit je sebab semua pun muka toya nak balik dah. Aku tanya semua pun no response. Hampeh betui...

Kelmarin aku cuti. Aku pi buat test air gula tu. Manih melecaih kata orang utara. Terkebil-kebil nak abeskan 1 mug tu. Amir tengok je la muka ummi dia yang pelik time minum air.

Sebelum pi klinik nak amik darah kali kedua lepas minum air gula tu kakak aku sms. Tok aku sakit kuat. Rumah tok aku dengan rumah aku ade la dalam 15 minit ke 20 minit je naik kereta. Ke kurang lagi ek? So, aku pun pi la klinik dulu amik darah.

Elok je pas amik darah kakak aku sms lagi kata tok aku dah meninggal. Kalut aku balik rumah n siap-siap tukar baju. Call laki aku yang tengah terbongkang sebab malam semalam tu dia keja. Amir hantar pi rumah tok su sebab aku tau mesti lama punya aku kat rumah arwah tok.

Last aku jumpa tok masa sepupu aku bertunang. Tak sempat tok nak tengok cicit dia yang lagi sorang ni....

Tok ni mak pada abah aku. Nak kata ada sakit kronik tu aku rasa tak ada. Cuma tak berapa nak larat je la. Umor pun dah 74 tahun kot. Just sebelum tu arwah ada demam-demam n kaki dia bengkak. Arwah meninggal dalam pukul 10 lebih pagi. Pagi tu dia boleh lagi bangun pi mandi sendiri n makan seketul kuih.

Apa pun aku doakan semoga arwah tok dicucuri rahmat. Maafkan la cucu tok yang jarang sangat jenguk tok ni. :(

Al-Fatihah.

Wednesday, June 29, 2011

Meeting Dan Al-Fatihah

Assalamualaikum

Hari ni aku ada meeting dari pagi sampai petang. So, tak buleh update.

Al-Fatihah untuk arwah tok, Jamilah binti Haji Juri yang meninggal pagi semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin....

:(

Tuesday, June 28, 2011

Sudah Minum Air Gula

Assalamualaikum

Kat rumah ni. Jangan jeles. Muekekeke!

Baru lepas minum air gula. Rasa nak termuntah je. Tapi nurse dah pesan. Jangan makan, jangan minum, jangan muntah. Hukhukhuk... 

Kejap lagi pukul 10.35 kena datang lain. Malas aku nak tunggu lama-lama kat klinik. Kita balik dulu. Amir pun sibuk ikut sekali tadi.

Abang Misai tido. Malam tadi dia kena pi operasi. Pukul 5 lebih pagi tadi baru balik. Harap la nak menghantar aku. Pi sendiri je la.

Ok, mau berelaks-relaks sementara tunggu pukul 10. Tetiba rasa nak terberak. Huhuhuhu...

Monday, June 27, 2011

Dah Bagitau Pun Kena Bebel Jugak?

Kan hari tu aku jumpa pakar kan. Siap dapat MC lagi. N aku dah inform timbalan aku dengan call dia ye bagitau aku maybe lambat or EL sebab tak tau lagi settle pukul berapa semua. Kalau tak aku try dapatkan MC.

Ingatkan dah inform macam tu dia puas hati la. So, bila dah dapat MC tu aku tak la bagitau dia aku tak masuk opis. Ingatkan dia ni tau la kalau dok melangut tunggu turn kat hospital ni berapa punya lama.

Tadi aku pi la bilik dia nak hantar borang cuti untuk esok. Esok aku nak settle MGTT test *minum air gula itu* n buat checkup terus. tetiba dia membebel kata aku tak inform dia aku tak masuk opis hari tu.

Aku ni dah macam confuse. Aku cakap kan aku call dia pagi tu yang aku nak EL or maybe kalau masuk opis pun lambat. Ingatkan dia lupa aku ada call. Adekah rupanya nak jugak aku inform kalau aku dapat MC or EL.

Adoi laaaaa.... Dah inform awal-awal kot. Adekah menjadikan aku tak inform dia aku dapat MC menjadi motif untuk dia membebel? Kalau macam tu baik la aku tak payah call pepagi buta tu bagitau aku ada checkup n akan EL kalau checkup abes lambat.

Lepas ni kalau checkup lagi memang la. Apa aku buat semua aku sms. Paling best MMS sekali. Time amik urin aku sms, 'baru lepas amik urin ni puan'. N MMS gambar urin aku.

Kalau doktor baru lepas seluk aku nak sms 'doktor baru lepas seluk saya punya tuuuttt ni puan.'

Kalau doktor baru lepas scan pun kena bagitau 'doktor dah scan puan. Baby still breech.'

Lepas tu kalau nurse dok tulis bila next appointment pun aku kena bagitau 'Nurse dok bagi appointment baru ni puan'.

Lepas tu lagi bagitau pulak. 'Sekarang dah lebih 4 jam saya tak masuk opis puan. Doktor bagi MC.'

Macam tu kot baru nak puas hati. Pelik betul aku. Macam aku tak inform langsung. Bila aku tak inform langsung pun bising. Bila dah inform pun bising jugak. Abes tu nak buat guano lagi nih???

Barang Dah Kemas

Assalamualaikum

Isnin datang lagi. Rasa macam nak padam je hari Isnin dari kalendar kan. Sebab malas betul nak keja. Miahahaha!

Aku ni biasa la. Bila dah start hari keja je mula la sakit kepala. Automatik betul kepala ni. Hari cuti bukan main seronok lagi berjimba-jimba ek.

Weekend aku macam biasa je. Hari Sabtu adelah hari mendobi sedunia. 4 kali round basuh baju. Kerana saya tiada mesin auto ye. Sambil-sambil mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah. Tukar cadar yang si Amir dok kencingkan.

Nak harap Abang Misai. Dia bab lain rajin. Cuci akuarium ikan rajin. Basuh baju rajin. Tapi sejak aku balik kampung ni dia jarang sangat dah basuh baju. Basuh pinggan kalau mood rajin dia datang la. Tapi tukar cadar memang berzaman. Time aku dok Shah Alam dulu selagi aku tak balik kampung memang tak bertukar la cadar. Kalau rendam dalam sungai boleh timbul semua ikan. Tak payah susah-susah nak tuba. Hahahaha!

Barang baby dah almost complete. Semalam pi Tesco *aku boleh jadi duta Tesco dah* tengok baju tapi macam takde pulak yang berkenan. Pakai la baju Abang Amir dulu ye dik.

Towel baby pun abes. Pun pinjam towel Abang Amir la. Gila ramai manusia ke Tesco semalam. Nak kata ada sale aku tengok biasa je. Parking yang tak pernah sampai hujung tu pun boleh penuh.

So, barang baby n ummi dah packing. Baby still aku rasa kaki kat bawah sebab bila dia tendang adelah senak pundi kencing aku. Sakit ok. Kalau kaki kat atas rasa dia tendang kat belah atas. Ni tak.

Baby, pusing la ye. Apa ke seronok sangat kamu berpusing-pusing ke pening dok kepala kat bawah kaki kat atas?

Ok la. Aku nak tengok report sat. Rabu ni ada meeting. Aku kan kena bentang sikit. Kena la kasi faham even tak faham pun. Nampak la confident sikit depan anak buah. Huhuhu...

Kalau bosan-bosan aku update ye.

Friday, June 24, 2011

Baby Breech La Pulokkkkkkk

Assalamualaikum

Keserabutan di hari Jumaat. Dari semalam lagi aku dah serabut padahal semalam MC. Ye, dapat MC hospital gomen. Sila la kagum. Bukan senang nak dapat. Pernah aku pi sebab demam diorang boleh tak bagi sebab dia kata elok je boleh jalan lagi. Gilo betui.

Dah lebih 4 jam semalam kot aku tertonggok kat klinik gynae tu. Datang pukul 8.30 sebab appointment kata pukul 8.30. Pukul 10.30 baru nak amik urine. Lepas setengah jam baru amik berat. Apekah???

Apa aku buat kat klinik gynae? Aku kena refer ke pakar. Memula pasal kes bersalinkan Amir. Aku kan kena cser. So, untuk tengok condition adik Amir ni boleh ke tak nak normal kena la jumpa pakar dulu. Kelmarin dah pi klinik kesihatan untuk scan. Sekali adik Amir breech la pulokkkkk.....

Kepala kat atas kaki kat bawah. Dalam ertikata lain songsang. Hadussss..... Hari tu masa scan nak tengok jantina elok je kepala dia terletak kat bawah tu.

Dah tambah lagi 1 sebab kenapa kena jumpa pakar. Termasuk la anemia. Isk.... Pi klinik kesihatan tu ingat amik darah yang secoet kena cucuk kat jari tu. Tidak rupanya. Amik 1 tabung uji tu haaa.... Kering darah aku. Huhuhu... Lagi 2 minggu check darah lagi.

Kena seluk sekali semalam. Doc nak check boleh ke tak kalau nak bersalin normal. Jalan ok je. Tapi kalau dah baby breech guano nak bersalin normal? Lagi sekali doc pakar scan semalam. Baby still kepala kat atas kaki kat bawah. Check pulak ketuban. Hamik ko! Ketuban terlebih kata doc. Sebab tu baby berpusing-pusing dengan senang hati.

Dah kena buat test air gula. Doc suspek aku ada diabetis time pregnant. Sebab tu ketuban terlebih. Dah hujung-hujung ni baru nak suruh minum air gula. Dah la aku tak pernah buat test tu. Manis kaw-kaw punye kan air tu. Tapi setakat hari ni aku belum buat lagi. Nak tanya dulu klinik desa ada buat tak. Kalau tak kena buat kat klinik kesihatan la.

Masa kat klinik semalam call la timbalan aku. Cakap aku tak dapat masuk opis. Maybe kena EL. Dia kata kalau tak cukup 4 jam checkup aku still kena masuk opis. Tak bagi tu aku nak EL. Macam kan kat opis tu ada keja berlambak. Hari-hari setakat ni aku dok nganga je kat meja aku. Ingat opis dengan hospital ni sebelah menyebelah kot. Kalau lebih 4 jam suruh aku mintak MC or apa-apa bukti aku pi hospital. Meh aku bagi buku merah aku ni. Segala bukti ada. Punya la tak bagi aku EL. Padahal cuti aku berlonggok-longgok.

Ni lagi 2 minggu nak kena pi jumpa pakar balik. Tengok baby pusing ke tak. Kalau still kepala kat atas baru la doc buat keputusan. Aku pun tak tau la apa keputusan yang diorang nak buat. Aku baca biasa diorang bagi 2 pilihan. 1st, diorang try pusingkan baby, kira macam bidan la urut-urut kasi baby pusing. Or, 2nd kasi belah sama itu perut.

Aku macam seriau la nak urut-urut ni.

Siapa pernah urut baby kasi pusing?

Thursday, June 23, 2011

di hospital

assalamualaikum

Bersiaran langsung dr klinik gynae hospital bm. Aku kena jmp pakar.
Memula sbb kes cser amir dulu. Skali scan smlm baby breech pulak. Hukhuk..
Dr pukul 8.30 dtg tp bru amik urine je. Punya ramai org.
Bosan weh..

Wednesday, June 22, 2011

Semua Bos Pun Takde

Aku nak mintak time off petang ni. Tapi hampeh sorang bos pun takde. Bos kecik ke, besar ke semua tah ke mana-mana.

Timbalan ada taklimat. Aku call tak berjawab. Aku sms pun tak berjawab jugak. Bos kecik ke opis 1 lagi. Haiyoooohhhh....

Aku call admin tanya macam mana dia kata pi je la kalau dah inform. Ok, aku boleh je nak pi. Tapi karang bingit lagi la telinga aku dengan bebelan kan. Hari tu EL dah kena bebel. Tapi ni aku dah inform dah.

Aku tak kira. Pukul 12 lebih sat lagi aku cabut jugak. Nak tunggu timbalan abes taklimat ntah pukul berapa la tu. Tekanan sungguh tau.

Nyaris Sangat La Nak Eksiden

Assalamualaikum

Pagi ni adelah sangat menaikkan tekanan darah ok. Nyarissssss sangat nak eksiden. Lokasi kejadian adelah susur nak masuk ke tol jambatan.

Kereta depan tetiba brake mengejut. Laki aku pulak bawak boleh tahan la laju sebab kat situ kan macam bukit. Nasib la bawak kereta aku. Ada ABS. So, kalau brake tak la melelong. Kalau kereta laki aku dah selamat la dia cium bontot kereta depan.

Kecut perut aku ni. Baby elok-elok senyap terus tendang-tendang. Dia pun terkejut kot.

Tapi aku rasa kereta selang sebijik kereta belakang aku dah selamat mencium bontot kereta depan. Sebab nampak diorang berenti tepi jalan.

Elok-elok nak checkup petang ni ada yang tekanan darah mencanak naik pulak. Kalau cium bontot kereta depan tadi daripada aku nak checkup biasa je kat klinik terus selamat dok dalam wad kot.

Alhamdulillah la tak jadi apa-apa. Syukurrrrr....

Tuesday, June 21, 2011

Nak Kena Chair Meeting???

Next week 29hb aku ada checkup. Baru pulak tadi staf aku call cakap dia nak buat taklimat 29hb tu jugak. Lepas tu nak buat perbincangan sekali pasal keja petang tu sebab nak kena report ke hq. N aku kena chair.

Lemah betul aku bab-bab jadi pengerusi ni. Dah la baru masuk. Pasal keja kat sini pun dok tunggang terbalik lagi dah nak kena chair meeting pulak.

Apa la yang aku nak merapu meraban dalam meeting tu nanti.

Tengok minit yang lepas pun macam tak membantu je. Huhuhu...

Tetiba nak mc boleh tak? Agagaga...

Update Takde Tujuan

Assalamualaikum

Lambat aku update hari ni. Takde mood. Dari malam semalam kepala aku sakit. Rasa nak muntah. Sudahnya bantai membongkang awal. Kesian Amir aku tak layan dia main-main last-last terbongkang sebelah aku. Pagi tadi pun sama. Sekarang dah ok sikit lepas mandi sapu minyak kapak.

Hari ni pun aku blur. Tak tau buat apa. Macam biasa baca manual je. Lepas tu staf aku call tanya aku dah ada ID untuk 1 portal ni tak. Mintak aku buat pulak. Dunia dah maju la katakan. Semua dok guna online system je. Sekali kena hack terus nganga.

Hantar pulak emel kat HQ mintak diorang buat ID. Lepas tu aku jugak la kena explore sendiri cenggana nak guna sistem tu. Siapa lagi nak ajar? Takkan orang kat sini nak buat taklimat semata-mata aku sorang je yang baru buat ID.

N tengahari ni aku tak tau nak makan apa. Rasa nak makan aiskrim la. Semalam dah makan aiskrim. Hari ni nak lagi. Sedap pulak rasa aiskrim semalam tu. Lupa tah aiskrim apa.

Esok aku half day. Ada checkup kat Klinik Kesihatan. Next week pun checkup lagi. Kat klinik desa. Yang esok sebab nak scan. Nak tengok baby dah pusing belum. Ketuban cukup ke tak kot. Kot jadi macam Amir dulu kena admit awal sebab ketuban dah kureng.

Ok, mau siap-siap turun ke cafe. Kalau lambat takde lauk dah. Cafe sini dah tau orang building bertingkat-tingkat masak macam ada setingkat je orang nak makan. Dah la keliling semua kedai makan cina.

Bubbaiz...

Monday, June 20, 2011

Rendang Ketupat Time Pantang. Buleh Makan Ke?

Amboi... Puasa pun belum aura raya dah rasa dah. Hehehe...

Budak bilik aku ni promote kuih raya dah. Aku nak beli tak sempat daaaa.... Kan due date aku nak beranak 1st day before puasa. Silap haribulan sebelum due date aku dah tersadai kat hospital. Macam mana nak collect kuih?

Kakak ipar aku pun hari tu dah bawak katalog kuih raya yang kawan dia jual. Siap dah rasa kuih muih tu tau pulak mana sedap mana tak. Aku tengok je la. Laki aku yang order. Sebab dia yang nak balun time raya nanti. Aku raya dalam pantang. Laki aku dah sound awal-awal kena pantang betul-betul.

Masa Amir dulu raya dalam pantang jugak. Tapi dah hujung-hujung pantang so aku sebat je la asal orang kata boleh. Pi rumah mertua adik ipar aku ada bihun sup. Aku sebat. Malam tu hamik la ko! Demam menggigil-gigil. Sampai sekarang laki aku dok ungkit lagi.

Tapi aku suka makan ketupat n rendang. Huhuhuhu... Boleh ke makan ek?

Weekend Buat Apa?

Assalamualaikum

Selamat Hari Bapa semalam. Sempena hari bapa aku dengan Abang Misai n Amir Ridhwan berjalan ke Tesco lepas tu pi makan sup tulang. Dah petang pun baru keluar. Siang tu aku basuh baju yang baby nak pakai nanti. Tak beli banyak pun. Aku beli 3 pasang je. Yang lain pakai Amir punya sebab macam banyak la pulak baju Amir time baby bila dah punggah-punggah balik.

Baju baru nanti kita beli bila baby dah keluar ye. Sebab ummi tak sure lagi yang bakal keluar ni betul ke macam doktor scan. Karang dah beli baju banyak lain pulak yang keluar. Hahaha!

Barang nak bawak ke hospital pun aku tak prepare lagi. Dibuatnya tetiba esok lusa nak terberanak memang confirm la tunggang terbalik laki aku kena susun barang.

Hari Sabtu pun bz jugak. Basuh baju 3 round. Macam biasa la. Baju kepam seminggu. Dulu masa dok Shah Alam boleh la tak banyak baju. Ni dah dok kampung dengan baju laki aku sekali. Mesin pulak still guna manual.

Lepas tu nak masak lagi. Dengan Amir dok main peti ais keluarkan segala harta karun dalam tu. Petang nak relaks Amir dah tak nak tido pulak. Dia tepuk-tepuk muka ummi dia sebab tak layan dia main. Nak lipat kain yang dah jemur tadi. Fuhhh.... Penat bangat wooo...

Hari ni tak tau la apa keja lagi nak buat. Ada interview untuk cari orang sambilan. Tapi aku tak involve pun. Buat semak je kalau aku ada pun. Sebab bukan bahagian aku.

Ok la. Aku nak pikir nak buat apa ni. Kepala pagi ni agak pening n ada rasa nak muntah. Semalam panas kan. Aku tido malam semalam rasa nak bogel je. Huhuhu... Bukak 2 kipas pun berpeluh sakan.

Kalau ada benda menarik aku update la. Tata~~

Saturday, June 18, 2011

Deghoyan Sedap

Semalam time balik keja n tunggu laki aku amik dok la aku kat depan tadika. Tadika tu dalam building opis tu jugak. Sebelah tadika tu ada la ruang kosong. Aku nampak ada 2-3 orang laki dok angkut kerusi besi dari tepi tu alih ke tempat lain.

Tetiba ramai pulak orang datang pi tepi building tu. AKu buat tak reti je la.

Tak lama lepas tu aku terbau durian. Huuuuuwaaaaaa!!!! Nangis bukan sebab tak suka bau tu oke. Tapi sebab teringin. Baby dalam perut terus tendang sekuat-kuat ati. Mesti baby pun teringin kan.

Dah la aku dok melepak sesorang kat tepi tu. Takde pun orang pelawa seulas dua. Padahal bau sikit punya kuat. Tak patut tau biar mak buyung terliur-liur.

Ko sape orang nak pelawa? Hahahaha! Aku pun tak kenal diorang tu. So, kirim salam la kan nak dapat rasa durian.


N baru sekejap tadi abah datang. Ingatkan bawak apa. Macam tau-tau je anak dia yang perut dah besar tempayan ni mengidam durian. Abah bawak sebijik. Dia dapat dari opis. Kata pun opis buat penyelidikan pertanian. Confirm buah durian bersepah.


N aku dah pun selesaikan 2 ulas. Tak tunggu Abang Misai kopekkan. Dia pi tinted kereta. Aku kopek sendiri je. Aku pandai kopek durian oke. Hehehehe... Sangat sedap. Weeee!!! ;););)


Tq abah. :):):)



Update Sepantas Kilat

Assalamualaikum

Update di hari Sabtu. Tapi kena update secara pantas dan tuntas. Hehehe...

Abang Misai dengan Amir tak ada kat rumah. Pi hantar mak mertua aku ke rumah makcik Abang Misai a.k.a adik mak mertua aku. Hari ni sepupu Abang Misai nak bertunang. So, mak mertua aku nak pi awal.

Aku kat rumah ni kena la buat apa yang patut. Basuh baju. Tertonggeng-tonggeng pikir nak masak apa. Nak sapu lantai.

Jadi, sementara Abang Misai tak ada ni boleh la nak update kejap.

Nak masak apa haaa tengahari ni....

Friday, June 17, 2011

Lelaki Itu yang Berkata-kata

Kesejukan yang melampau betul kat opis ni. Hari-hari dok sini buleh beku oh kepala otak. Hari tu budak maintenance datang check suhu 19 degree ye. Memang takde harapan la nak verangan pi oversea. Suhu 19 degree pun aku dah tak tahan.

Untuk entry sebelum ni yang pasal pregnant tu yang sangat berangin berkata-kata itu adelah lelaki ye. Officer lelaki. Dah kawen n ada anak kalau tak silap. Maybe selama bini dia pregnant sebelum ni morning sickness tak teruk kot. Tu yang sedap je berkata-kata tu.

Aku nak balas komen-komen tak buleh sebab bila aku bukak je kotak komen sendiri terus error. Huhuhu... Jadi hanya buleh balas apa-apa komen kat entry. Nak komen blog orang pun jadi benda yang sama jugak. Harun betui!

Memang tak patut la kan dia nak tukarkan staf semata-mata sebab orang tu tak boleh perform. Bukan staf tu tak boleh dok opis n buat keja opis sementara dia ok. Ntah la. Siapa yang cakap buleh kontrol dengan otak tu cer suruh dia kontrol dengan otak time dia tengah sakit. Jadi macam mana? Buat semua benda time sakit sendiri. Senang je nak cakap orang ngengada kan.

Aku sendiri pun time morning sickness semedang masuk opis lambat. Tak upaya aku nak drive sebab kepala sakit. Kadang-kadang ada kat opis pun dok melepek terbaring kat kerusi je.

Cer bayangkan orang yang nak kena pi keja luar dari rumah ke rumah ni. Silap-silap pengsan depan rumah orang. Huhuhu...

Apa pun aku cuma dengar je la. Nak bagi pendapat orang lain pun tak backing budak tu. Bos pun sama. So, hanya mampu mendengar la dengan harapan orang yang lantang sangat berkata-kata tu sedar 1 hari nanti kalau benda tu balik kat diri sendiri. Tak gitu?

Ok, aku nak sesiap balik rumah. Hehehe...

Papai~~

Orang Pregnant Tak Semua Sama

Assalamualaikum

hari ni Jumaat. Hoyeahhh... Esok cuti. Hoyeahhhh! Hahaha! Asal Jumaat je happy sakan. Esok cuti la kata. Kalau boleh tak nak masuk opis sampai la time nak beranak. Nak relaks je kat rumah.

Pagi tadi masa pi beli makan terjumpa kawan zaman sekolah. Kebetulan pulak dia keja kat building yang sama. Tegur-tegur gitu je la.

Oh, meeting semalam. Aku memang wajib masuk meeting tu. Nak jugak tengok flow diorang ni buat meeting macam mana.

But ada 1 perkara la buat aku rasa macam tak patut betul orang buat dalam meeting. Bergurau senda keterlaluan. Dah tak macam meeting pulak. Gelak hu ha sakan. Lepas tu ada la sorang pegawai ni nak buang staf sebab dia kata staf dia tak perform.

Budak tu pregnant. 4 bulan kot dari apa yang diorang kata la. Keja kat sini kena buat keja luar. So, budak tu mintak excuse sebab dia morning sickness. Aku rasa mesti teruk morning sickness dia. Kalau tak takkan la dia nak mintak excuse kan. Siap officer dia tu cerita dia sengih-sengih la masa budak tu explain semua. Tapi bila masuk meeting ni dia jadi macam naga pulak. Berangin-angin.

Budak yang dibincangkan dalam meeting ni tak involved pun dalam meeting tu. So, sesedap rasa la kena bantai kan. Memang sehabes-habes dia tak nak dah staf tu. Nak tolak ke seksyen lain. Dia kata mengandung tak boleh buat keja luar ke? Budak tu boleh je buat keja kat opis je tapi officer dia tak nak jugak.

Terasa jugak aku yang tengah bawak perut ni. Serius... Setiap orang lain pembawakan dia. Tengok macam cerita Nora Elena tu. Eceh, nak jugak jadikan contoh kan. Hahaha! Morning sickness sampai masuk hospital. Makan pun masuk ikut tiub. Ni ko nak suruh orang tengah sakit pening buat keja luar. Kot dia keja luar naik motor kalau terlentang tengah jalan siapa nak tanggung?

Aku sendiri pun time preggy ni kalau boleh nak elak keja luar. Yang ringan-ringan tu aku still pi la. But kekadang tu berteman. Sekarang ni dah sarat aku nak drive pun tak berani dengan kepala aku yang selalu pening n kekadang pitam ni. Itu pun diorang nak mintak jugak aku pi keja luar.

Aku buat tak reti je. Orang nak kata pun lantak la. Kalau jadi apa-apa bukan diorang nak tanggung pun. Paling kuat ucap takziah je kot.

Esok-esok isteri kena morning sickness teruk sepanjang pregnancy baru tau langit tinggi rendah.

Eh, emosi pulak pagi-pagi ni. Hahaha!

Thursday, June 16, 2011

Meeting In English Ye

Assalamualaikum

Heh... Baru pas kena bambu... Sebab EL semalam. Dah susah sangat nak jumpa. Nak call aku lupa pulak nak simpan nombor. Aku lupa betul nak amik nombor orang-orang opis baru ni. Ada dalam direktori aku simpan kat dalam pc opis. Padan muka diri sendiri. Nak call opis lagi la aku malas.

Selalu macam tu la. Time aku ni dok tercangak kat opis tak ada siapa nak cari. Time aku takde semua orang la cari macam aku ni tak pernah dok kat opis. Macam mana tu?

Petang ni kan ada meeting. Meeting in english ko. Terkencet la aku yang dah lama tak speaking ni. Berterabur la jawabnya. Adoi laaa....

Ni tengah nak prepare report apa aku nak kena cakap dalam meeting ni.

Hilang selera makan aku.

Cuti n Checkup

Assalamualaikum

Kemalasan nak datang keja hari ni sebab semalam dah cuti. Aku EL je. Sebab bos asek la takde time aku pi bilik dia. Kejap lagi nak pi mengadap la pulak.

Amir hari ni bangun pagi melalak sampai muntah. Dah semalam bangun tido lambat. Pukul 8.30 baru bangun. Selalu pukul 6 lebih dia dah terbuntang bijik mata. Kena pulak berkepit dengan ummi je semalam. Selalu ada la dia tido tengahari. Tapi excited jumpa sepupu dia langsung semalam tak tido. Tu yang marah kena kejut awal hari ni.

Abes selambak muntah depan pintu. Kena baju ummi sikit. Nasib la sikit. Kalau tak kena tukar baju la.

Ni petang karang ada meeting pulak. Oh... Sangat la malas mau masuk meeting di saat diri adelah blur.

Semalam pi klinik checkup kan. Amir macam biasa la. Amik berat dengan tinggi. Itu pun hazabedahnya la. Bersangkut-sangkut kat kaki ummi dia macam orang nak bawak dia lari. Padahal nak ukur tinggi je pun. Sudahnya 3 orang nurse pegang dia kasi dia diri tegak-tegak. Melalak jangan cerita la. 1 klinik tu bergegar. Huhuhu...

Aku pulak Hb tahap tu jugak. Sakit hati pulak aku tengok. Ubat tambah darah tu dah berkoyan aku makan. Takmo jugak naik-naik. Ni ada harapan la jadi macam time Amir tu. Anemia in pregnancy.

Ok la. Aku nak merayap ke bilik orang. Nak tanya apa yang selalu bincang dalam meeting tu. At least ada info. Karang ternganga pulak aku.

Daaaa~~

Tuesday, June 14, 2011

Angin Dalam Badan Boleh Berjangkit Ke?

Bukan angin yang marah-marah tu. Tapi angin dalam badan. Ada orang keluar angin ikut mulut. Sendawa la tu. Ada keluar ikut bontot. Itu kentut ye. Hehehe...

Roomate opis aku ni. Banyak kali jugak la aku dok dengar dia sendawa sepanjang-panjang aku masuk sini. Kejap karang erkkkk!!! Kejap lagi Burrppppp!!! Eh, tu macam bunyi kenyang. Hahaha! Abaikan la contoh bunyi tu. Tapi mesti korang biasa dengar orang sendawa kan.

Bukan la aku annoyed dengan angin dia tu. Kira bagus la keluar angin ikut mulut. Aku lagi berbulu kalau orang keluar angin kentut nih. Sikit-sikit prooottt! Laki aku suka la buat macam ni. Ni turun kat anak dia si Amir tu. Dah kentut gelak-gelak kat ummi. Sabor je la.

Tapi kan aku musykil ni. Angin kat badan orang ni boleh berjangkit ke hape? Sekarang ni aku pulak yang tak berenti angin. Asek nak sendawa. Tapi cover-cover nak sendawa sekuat hati. Malu la konon. Huahuahua! Kira nasib baik la tak kentut. Kekadang tu ada gak rasa nak kentut tapi tahan je la.

Boleh ek tahan kentut. Ada effect apa-apa tak? Hahahaha! Sebab angin kan masuk balik dalam badan kalau tak jadi kentut.

Eh, macam ada pengalaman pulak.

Muakakaka!

Esok Mau Cuti Lor

Assalamualaikum

Esok aku nak amik cuti. Tapi tak pi hadap bos lagi bagi borang cuti. Silap haribulan aku EL je. Sebab tadi bos bz bee. Meeting kot. Aku pi bilik dia tak ada pun. Jap lagi la survey lain.

Pasal apa nak cuti? Esok ada checkup. Amir punya checkup pun patut semalam aku nak qada' ke esok jugak. Sekali harung senang cerita. Aku malas betul kalau bab nurse tanya Amir dah pandai cakap belum. Dah pandai panggil orang belum. Sebab Amir ni berat mulut. Datang mood dia nak bebel tah apa-apa ayat yang keluar. Tapi hapah la aku tak faham pun. Kalau nak bagitau apa dia nak dia tarik-tarik tangan aku je. Pening kepala ummi dia ni.

Aku malas nak amik time off. Amik cuti je terus. Opis dah la jauh. Dengan jammed lagi. Koser la aku nak menempuh jammed tu. Dengan kadar baby gerak ni agak slow sikit sekarang. Risau pulak aku. Bila dah kira-kira nak ajak laki aku ke hospital menendang bukan main lagi.

Ok la. Aku nak pi jenguk-jenguk bilik bos kejap. Kot ada. Aku nak bagi sekali borang cuti untuk checkup next week. Esok checkup kat klinik desa je. Next week checkup kat klinik kesihatan besar pulak. Yang next week tu nak scan baby.

Papai...

Monday, June 13, 2011

Sabtu Yang Membengangkan

Assalamualaikum

Aku saje je update lambat hari ni. Ngantuk tau tak. Semalam buat apa je pun tapi penat mak aiiii....

Sabtu la paling bz sekali. Campur huru hara. Sampai laki aku tarik muka ok. Semalam petang baru dia ok. Sakit hati aku ni. Ko tak nak cakap dengan aku takpe. Aku pun buat tak reti je. Senang cerita.

Pagi Sabtu tu aku bangun awal. 3 kali round basuh baju yang berlonggok kepam seminggu punya. Hari tu jugak sepupu aku punya majlis bertunang. So, tujuan aku basuh baju subuh sepi'e tu sebab pukul 11 nanti aku nak pi amik cuppies untuk majlis tunang sepupu aku tu la. Dah la tak tau alamat tu celah mana. Main redah je. Nasib baik ada GPS.

Yang cuppies tu punya story pun memang azab la. Bayangkan seminggu sebelum sepupu aku bertunang baru la sibuk bagitau nak kitorang sponsor cuppies. Memula nak coklat. Aku pun buat ye tak ye je la bila dia kata nak coklat. Apa susah kan. Cari coklat lepas tu hias gitu-gitu sudeh.

Last minit kata nak cupcake. Mana nak carik??? Jenuh aku google. Akak sorang tu tetiba pulak takde sebab cuti sekolah pi cuti-cuti malaysia. Dia bagi 1 no tp jauh la pulak. Kat Sungai Petani sanun. Aku try google lagi. Ada la 1. Try tanya nasib baik dia nak buat. Itu pun memula macam berat sebab mintak fondant n lagi seminggu. Payah nak kering semua. Tapi aku kata buat simple2 sudah.

Ok, dah settle. Tiba la hari sepupu aku bertunang. Lepas siap basuh baju semua pi la aku amik cuppies. Ke hulu ke hilir dok hangkut benda alah tu. Pi rumah abah sebab kata abah tolong jadi jurucakap. Kitorang ni haram la tak tau mana rumah bakal tunang sepupu aku tu. Tanya abah dia pun tak tau. Boleh gitu?

Kata nak bertunang lepas Zohor. Kelmarin tu pulak banyak nau kenduri kawen. Abah kata nak pi dulu kenduri dekat rumah kitorang lepas tu kat Kepala Batas pulak rumah kawan dia. Masa ni la laki aku dah start tarik muka. Dia ni memang tau. Kalau family belah aku ada je yang tak kena. Aku ni takde la pulak nak buat muka belah family dia. Konon sebab kenduri tu kitorang ni tak dijemput. Abah yang kena jemput. So, abah je la yang patut pegi.

Tapi depan abah tak nak pulak dia cakap. Siap boleh senyum manis-manis muka depan abah n adik beradik aku. Angguk-angguk semua. Depan aku muka macam cencorot. Nasib baik Amir tido. Ada la alasan dia Amir baru tido n aku je pi sorang dengan abah semua.

Dalam pukul 1 lebih ke kenduri kat Kepala Batas pulak. Masa ni Amir dah bangun. So, nak tak nak laki aku sila maniskan muka n follow. Aku tak makan sebab dah makan kenduri yang 1st. Lapar lagi tapi sebab bengang malas dah nak makan.

Rushing nak ke majlis tu dah pukul 2 lebih. Abah cakap dengan adik dia a.k.a bapak sepupu aku tu 2.30 kitorang sampai. Jalan pulak time-time tu nak jammed. Diorang kata tunggu kat masjid. Kitorang masuk masjid takde pun. Call-call rupanya tepi masjid. Abah aku dah masuk solat dulu. Diorang pulak dah nak rush ke sana. So, tinggalkan kitorang n diorang jalan dulu.

Rerupanya majlis tu dah janji pukul 2.30. Nape la tak cakap awal-awal. Pakcik aku tu bukan tak tau perangai abah aku. Lepas Zohor tu kan lama. Pukul 4 still lepas Zohor lagi. Bila aku call pakcik aku tanya alamat rumah bakal tunang sepupu aku tu dia boleh tak sure. Apekah??? Just ingat nama taman tapi address yilek. Konon sebab ada orang akan lead so tak payah peduli address2 ni semua.

Bila dah masuk hiway laki aku tau la jalan nak ke tempat tu. Tapi diorang lak ikut jalan lain. Laki aku kata jauh kalau ikut diorang. Diorang lak kata kalau ikut jalan yang laki aku ikut tu takut jammed. So, ikut la sukahati. Tapi memang aku dengan laki aku la sampai dulu. Tapi boleh diorang tak perasan kitorang ni dok tertonggok tepi jalan kat taman tu tunggu diorang terus diorang blah. Abah aku pulak lambat lagi sebab tetiba stop RnR. Nak pi kencing la hape la.

Muka laki aku dah bengang je. Macam dia pulak nak bertunang. Aku malas cakap banyak. Mulut aku ni kadang tak insurans dia jugak yang sakit hati karang.

Tunggu pulak abah aku sebab dah terlepas rombongan diorang. Abah dah sampai terpusing lak kitorang nak cari rumah. Nak suruh kitorang pulak tunggu ada orang datang amik kat depan taman tu. Bagitau je la nama jalan n no rumah. Tunggu orang datang amik je dah 10 minit. Padahal rumah tak jauh mana pun.

Bila kitorang sampai tinggal nak makan je. Pepandai pakcik aku settle sendiri. Abah aku tak payah datang pun takpe kot. Sabo je la. Aku terus masuk dalam bawak Amir lepas abes baca doa terus makan nasik.

Balik tu muka laki aku jangan cakap la. Sakit hati je tengok. Langsung tak senyum. Malam tu pulak dia keluar pi kedai kereta kelebet apa tah. Aku masuk tido dia tak balik lagi. Aku terbangun Amir dok merengek tengok dia tengah layan youtube cerita Kongsi. Langsung ni tak nak cakap dengan aku. Aku pun buat tak tau je.

Semalam pun dia tak cakap gak. Aku pun buat keras hati gak. Petang tu baru la sibuk tersengih-sengih konon sebab tengok Amir main pasir belakang rumah. Ceh... Taktik la tu. Nak cakap dengan aku.

Pagi ni baru la elok nak cakap. Geram betul la aku. Hish.....

Friday, June 10, 2011

Nak Makan... Wuwuwu...

Lapar tahap rasa nak makan orang. Huwaaaa!!!

Pagi tadi ada meeting. So, ade la makan-makan. Nasi lemak. Banyak jugak la aku makan kan. Bajet tengahari tu tak nak la turun beli makan dah.

Tengahari ada staf nak turun makan. Ajak aku sekali. Tapi aku kata kenyang lagi. Padahal masa tu dah rasa aura- aura kelaparan. Malu punya pasal *lempang la muka aku* kata la dah kenyang.

Sekarang perut dah nyanyi macam-macam lagu. Siap bunyi-bunyi lagi. Mesti budak bilik ni tadi dengar bunyi perut aku. Ngahahaa!

Balik pulak nak ajak Abang Misai menyinggah jangan harap la. Dia risau amik Amir lambat. Sampai nak singgah beli coklat sebab bini dia ngidam pun tak nak.

Sampai hari ni aku dok teringin makan coklat lagi tau. Cissss....

Ada Apa Kat Tingkat 4?

Tengah rehat. Sejuk giler kat opis ni. Tambah pulak hujan lebat kat luar. Fuuuhhhh... Gigil ooohhhh....

Pada yang selalu dok komen kat blog ni tq ye. Aku nak je komen kat blog korang. Tapi amat kuciwa. Opis baru ni ketat nau sekatan dia. Nak komen kat blog orang tak boleh. Boleh baca je. Ada jugak blog feveret aku nak baca tak buleh bukak. Amarah betui. Huhuhu...

Nanti la. Kalau aku ada masa aku online kat rumah aku tinggal komen. Hehehe... Bila tahun tah nak online kat rumah. Laki ada sesaje. Dengan Amir kalau ummi dia ngadap pc sibuk nak tengok Chuggington.

Semalam aku telah menjadi maskot baru untuk federal building kat Penang ni. Sadis. Tertonggok depan tabika perpaduan selama 2 jam menunggu encik suami mengambil ye.

Abang Misai kan ada KIK semalam. Lepas abes opis hour aku call dia. Dia cakap baru nak penutup. Takpe la. Aku tunggu. Sebab diorang buat kat KOMTAR je. Dekat je Komtar dengan opis aku ni. Naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai dah.

So, aku pun ke surau kejap. Surau ada 2. 1 kat tingkat 4 n 1 lagi kat tingkat 7. Aku pun pi la yang tingkat 4. Ada la sorang je akak ni tengah solat. Time aku solat tu dia dah keluar dah. Lepas solat tu pi la nak turun bawah balik. Dalam lif terserempak la dengan staf opis. Diorang tanya la tak balik lagi ke. Aku kata la aku pi surau jap.

Terus ada sorang staf ni, dah agak berumur la kata tak payah la pi tingkat 4 or 7 kalau dah lewat-lewat. Errr... Aku musykil di situ. Sambil menggeleng pulak tu. Menakutkan ok. Adekah ada something??? Aku nak solat je. Dia kata pi la solat kat bilik dalam bilik pantry kat opis je lain kali. Huhuhu... Sangat menimbulkan ketakutan.

Turun bawah balik tunggu laki aku tak lama tu dalam kul 6 dia call kata baru keluar KOMTAR. Jalan jammed. Mintak aku tunggu la. Sampai 7.15 aku tunggu k. Dari KOMTAR nak ke opis aku makan masa sejam lebih. Gila babun punya jammed.

Aku ni sampai dah lenguh pungkoq la dok tunggu dia. Kejap karang berdiri. Berdiri lelama rasa nak pitam. Duduk balik. Sapu minyak kapak kat dahi dah 2-3 kali sebab pening. Baru la laki aku sampai.

Sampai rumah dah pukul 8 lebih. Amik Amir pun lambat la. Nasib baik tak buat perangai budak bertuah tu. Kesian dia. Mesti dok tunggu abah dengan ummi depan pintu. Selalu kalau amik petang-petang dia memang tunggu.

Petang ni tak tau la pulak macam mana. Hari Jumaat kan. Biasa jammed teruk jugak sebab ramai orang yang sewa kat Pulau ni nak balik kampung. Minggu depan lagi la. Sekolah pulak dah start bukak. Lagi pening. Pukul berapa pulak nak keluar rumah.

Today Is Friday

Assalamualaikum

Hari ni Jumaat sudah. Yeayyyy! tak sabor nak weekend aku nih. Hahaha!

Banyak lagi barang nak kemas kat rumah tu. Hari tu kemas tak sampai separuh. Dah la barang nak bawak pi hospital pun aku tak get ready lagi. Barang baby dah beli just baju bajan je la nak tambah sikit-sikit. Kesian baby kalau harap baju lama Abang Amir dia je kan. Kasi la baju baru sikit.

Abang Amir dia pun nak kena belikan baju baru jugak. Banyak baju dia dah senteng. Nampak perut maju ke depan. Hehehe... Maklum la, dah besor.

Eh, aku ada meeting kejap lagi. Kot ada mood aku nak update apa-apa karang je la aku sambung. Dah la sakit perut ni.

Thursday, June 9, 2011

Semalam Adalah Emosi

Assalamualaikum

Aku kat opis la. Ingat hari ni tak larat dah nak datang keja. Semalam balik keja teremo kejap dengan Abang Misai.

Semalam dia amik aku lambat. Ada keja nak kena settle. Plus hari ni dia ada KIK. Sape keja gomen tau la KIK tu apa. Aku bukan emo pasal dia amik aku lambat pun. Elok je semalam masuk kereta dok huuu haaa. Tetiba dekat KOMTAR dia bukak cerita.

'Tak lama lagi diorang nak naik roster. Kena naik kapal.'

Aku dengar dah lain muka ye. Sebab tau sangat dah. Kalau roster naik tu maknanya hidup laki aku ni jadi tunggang langgang la. Naik kapal 2 hari non stop la. Kekadang 24 hours la. Abes tu aku ni terkedek-kedek la sorang-sorang.

'Ummi boleh ke pi opis sendiri?'

Masa ni la start emosi aku dah terganggu dah.

'Bila roster tu naik?'

'Abang tak tau lagi.'

Haaa.. Ko.... Tak tau pulak tu bila roster nak naik. Sepanjang kat atas jambatan aku pandang ke laut je la. Boleh pulak tu air mata turun tetiba. Macam kan kena marah. Emosi melampau betul. Abang Misai cakap dengan aku pun aku buat tak tau je.

Aku tengah dok pikir macam mana nak pi keja ni. Sekarang aku memang dah tak larat. Pagi petang sakit kepala. Semalam pun sebab emo agaknya jadi stress terus aku rasa nak pitam je. Jalan pun hoyong hayang. Camne nak drive sendiri gitu? Dah la asal balik je dok dengar laki aku dok bebel sebab jammed. Cer aku yang hadap sorang-sorang dengan perut terboyot ni?

Bukan setakat kena drive sorang-sorang. Amir pun aku kena handle sorang-sorang la jawabnya. Budak bertuah tu bukan boleh dengan ummi dia. Drama lebih. Kalau dengan abah dia behave bukan main.

Takkan nak amik cuti awal kot?

Wednesday, June 8, 2011

Budak Amir Pipi Tembam

Dah lama kot tak story mory pasal Amir Ridhwan. Anak bertuah pipi tembam sorang tu. Amir ni kalau banyak makan naik kat pipi dulu. Hehehe... Mana la pipi tak melayut. Orang asek cubit-cubit je.

Semenjak ummi dia dah ada kat kampung ni memang manja sangat la. Abah dia kata sebelum ni tak ada pun buat pe'el merajuk ke apa. Kalau orang marah pun dia buat tak reti je. Tapi sekarang betul-betul hati tisu.

Lagi-lagi kalau ummi dia marah la. Padahal kekadang tu aku tak marah pun. Suara tu tertinggi sikit je. Terus banjiro... Banjiro... Hahaha!

Pulak tu kuat menjerit pulak. Orang usik sikit amik mainan dia abes dia jeritkan. Kalau tak takde de buat perangai macam tu.

N kalau kakak laki aku dok usik yang ummi nak balik KL naik keretapi cepat-cepat dia lari peluk aku. Orang lain pegang ummi dia pun abes kena marah jugak.

Dah faham rupanya anak ummi ni. Dah besar dah Amir kan. Tak lama lagi nak dapat adik pulak. Bila tanya mana adik terus tunjuk perut ummi. Lepas tu cium-cium perut. Bagus anak ummi ni. Sayang adik ye.

Ummi pun sayang Amir jugak.

Opis Yang Sunyi Sepi

Opis baru adelah amat sepi. Pc memang haram tak ada bunyi ye. Mungkinkah orang-orang yang dok sini tak suka pc mereka ada bunyi-bunyian?

Langsung ni tak ada sound. Aku godek la kot ada speaker ke hape. Non ado! Kalau kat bilik aku ni setakat dengar bunyi keyboard kena ketuk je la. Lepas tu bunyi aircond. Bunyi suara orang cakap-cakap dari luar.

Aku ni nak hilangkan sunyi terpaksa la bukak hp. Bunyi paling low sekali. Karang bukak kuat-kuat orang terganggu pulak. Nak dengar guna earfon tak bawak pulak.

Sunyi betul....

Skema Maut Semuanya

Assalamualaikum

Motif sangat kan pepagi dah kena bebel. Tak bebel apa la. Ada bos kecik tu dok tot tet cakap aku salah sign borang cuti sorang budak ni. Patut aku sign kat bahagian disokong. Tapi aku sign kat tempat dilulus.

Dah semalam budak tu datang. Mintak aku sign borang cuti. Aku sign la kat disokong tu. tetiba dia datang lagi sekali. Kata salah isi sebab timbalan cuti tak masuk lagi. So, tak ada orang nak luluskan cuti. Aku tanya la aku kena sign lulus ke? Dia kata ye. Sebab bos kecik tu pun tak datang semalam.

Dah tetiba pagi ni bos kecik masuk bilik aku tanya kenapa aku sign kat bahagian lulus tu. Aku explain kat dia tapi dia bebel jugak. Hish... Malas aku nak layan ko. Aku tau la benda tu memang kena ada sokongan dulu kot tak tak ada la borang 1st tu aku sign kat bahagian sokongan.

Hish... Orang kat opis baru ni skema la weeeeiiii.....

Tuesday, June 7, 2011

Update Panjang Sikit

Meh mengupdate. Pasal aku tengah bosan yang amat. Roomate aku tak ada. Pi KOMTAR. Atenye KOMTAR dekat je dengan opis kan. Jalan sesaje la.

Nak buat keja aku pun tak tau apa keja yang aku nak buat ni. Hampeh.... Semalam budak yang ganti tempat aku tu call tanya pasal keja kat sana. Aku pun tanya la jugak apa keja dia kat sini. Sebab dah macam bangang aku baca manual jek. Dia kata,

'Ala, buat report tetiap bulan je.'

Tak membantu langsung jawapan mu itu ok.

Pasal makanan pulak. Cafe kat sini dok kat tingkat 3. Aku kat tingkat 6. Kekadang aku tak breakfast terus aje lunch. Tapi beli tapau bawak naik bilik. Tak ada kawan lor. Sob.. Sob... Aku ni kan ke pendiam n pemalu. Eceh.. ;p

Macam pagi tadi aku beli breakfast n tapau lunch sekali. Malas nak turun banyak kali. Dah la sesorang. Rasa macam alien. Huhuhu...

Harga makanan sangat la jauh beza time dok kat Shah Alam ye. Murah yang amat. Tadi aku tapau nasik lauk daging n sayur. Beli kebab daging 1. N air mineral 600ml 1 botol. Cer teka berapa total semua?

Total tadi cuma RM5.50 saje. Yuhuuuu!!! Tu kalau amik benda yang sama kat Shah Alam nasik je dah 5 hengget. Mau total dekat RM10. Jadi penjimatan tang makan di situ.

Cuma time nak pi keja la sakit. Duit minyak n tol jambatan tu. Minyak aku tengok RM50 tu tahan dalam 3-4 hari je kot. Tol jambatan RM5.60 guna TnG spesel. Kalau tak tol biasa RM7.

Abang Misai kata tunggu aku dah abes pantang sok. Sesama pi keja naik motor je. Merempit berduaan gitu. Hehehehe... Dah lama gak tak naik motor sesama. Romantik sikit. Buleh peluk-peluk. Huahuahauaha! Gatai!

Ok, aku nak tido kejap. Sakit kepala manjang nih. Ni baru ada kesempatan update guna blogger. Selalu aku update kat email je. Sini line kureng clear ok.

Tata u ols... ;p

Tak Sedap Badan

Assalamualaikum
 
tengok tajuk sikit. Yeee... Aku tengah rasa tak sedap badan ni. Rasa macam nak demam. Semalam kat opis aku nyaris nak tumbang dalam lif. Pitam kejap masa nak pi beli makan. Dah la aku sorang-sorang je masa tu. Kalau tak terlentang la sorang-sorang sampai orang lain naik lif tu.
 
Balik rumah nyaris nak tertonggeng depan pintu bilik. Nak pitam lagi. Kena pulak semalam ramai orang datang rumah. Pakcik makcik laki aku. Datang melawat mak mertua aku. Mak mertua aku tengah sakit tu.
 
Jenis pulak tak nak pi klinik. Takut nanti doktor suruh pi hospital n warded. Dah dekat 3 minggu batuk. Jalan pun tak larat. Semalam lagi haru. Tangan pun dah tak larat angkat. Nasib baik kakak ipar aku cuti. So, dia la bawak ke klinik. Kot tak kejung dalam rumah la mak mertua aku tu sebab tak ada siapa datang tengok. Hari ni kakak ipar aku lagi la jaga.
 
Aku rasa aku dah tau apesal aku pening kepala pagi-pagi. Aku tak boleh kena cahaya matahari lor. Pagi tadi dalam kereta cahaya matahari memancor kat aku terus automatik kepala aku sakit gila babun. Rasa macam nak tarik-tarik rambut.
 
Apekah aku ni dah jadi puteri lilin??? Ada ke orang mengandung tak boleh kena cahaya matahari?
 
 
 
 
 

Monday, June 6, 2011

Pening Lor.. Pening Lor...

Dah dok dekat dengan anak n laki pun lagi mau pening ka?
 
Ha'ah. Pening memikior macam mana nak ke opis esok ni. Tetiba pulak Abang Misai kena naik kapal buat rondaan 1 pulau. Selalu dia yang mengantor mak buyung ni ke opis lepas tu dia pi tempat keja dia pulak.
 
Nak drive sendiri amat la seriau. Dah la due lagi sebulan lebih je lagi. Dengan jalan kat Penang ni sangat mengundang trauma ye. Kalau kat Tanah Besar boleh tahan lagi. Belah pulau ni. Berhimpit sesaje. Buleh sakit jantung tau tak.
 
Masa dok Shah Alam steady lagi bawak even perut dah sarat. Jarak tu tak jauh mana. Ni dah la jauh. Ada la pi balik dekat 70km. Hukhukhuk... Kereta manual pulak. tetiba menyesal eh beli kereta manual dulu. Jalan jammed lagi. Huwaaaaa!!!
 
Dah la kaki aku selalu crammed sekarang. Mau kejung aku dalam kereta kalau drive sesorang ni.
 
Adekah bahaya kalau aku drive sesorang esok?
 
 

Weekend Di Rumah Saje

Assalamualaikum

Asal pagi je aku mesti sakit kepala. Tapi time working days je. Hari cuti elok pulak. Sebab pagi-pagi jalan jauh ke apa ek?

Oh, minggu ni dok lepak rumah je. Mak mertua sakit. Abang Misai pulak sibuk mengerjakan kereta aku. Kan aku ada langgar kereta orang sebelum ni. Kereta orang tu dah repair. Kereta aku macam tu la jugak.

Lagi 1 sibuk memunggah n kemas barang-barang aku. Semalam keluar jap pi amik gambo. Kat opis baru ni skema okeh. Nak gambar pakai tudung putih, pakai blazer, background kaler biru n kena senget sikit. Diorang cakap aku lambat so kena buat sendiri. Sebelum ni diorang amik ramai-ramai.

Aku pun main bantai je senget ke kiri. Pagi ni tengok pic bebudak ni gambo senget kanan. Ah... Lantak... Asal dah amik. Huhuhu...

Pas amik gambo pi Tesco pulak. Beli penyidai. Aku nak letak baju yang dah iron la konon. Tapi pagi tadi pakai baju tak bergosok. Sebab malam semalam dah penat. Kaki dah la tak larat nak bawak badan yang dah makin berat ni. Memang pengsan la. Abang Misai lak beli container nak taruk baju dia yang banyak sebab aku nak amik space jugak dalam gerobok tu. Kalau tak baju laki aku sesaje. Suruh beli almari baru yang besar lagi dok pikir-pikir lagi. Abang Misai lagi sibuk memikir nak tukar lampu spot light kereta aku kaler apa yang cantik.

Ok la. Aku nak membaca lagi ni. Serius tak tau apa-apa. Hohoho... Matik la gini...

Friday, June 3, 2011

Lawak Sinis

Dapat emel ni dari Kak Ita. Lawak tapi sinis yang amat kan. Hehehe....


Apa kata anda?

;)

Sudah Scan Baby :)

Assalamualaikum

Hari ni dah Jumaat dah. Rehat lama sikit hari ni. Boleh la lepak-lepak.

Pagi tadi beria aku datang awal. Sekali pintu tak bukak lagi ko. Eh, kat sini ada pas yang kena touch-touch tu. Orang panggil flash card ke hape tah. Hari tu admin ada bagitau diorang akan print report every week ke month tah untuk tengok rekod keluar masuk. Tapi kan kalau orang lain dah touch n kebetulan aku pun nak keluar jugak masa tu kena touch jugak ke ek?

Sebab aku rasa dah banyak kali aku tak buat. Muahaha! Nanti ada rekod masuk tapi rekod keluar tak ada. Tak ke pelik tu. Tu tak apa lagi. Kalau ada rekod keluar tapi rekod masuk tak ada dah orang suspect aku ni tak masuk-masuk opis. But still kena punch card jugak even dah ada flash card tu. Motif? Tak ketahuan la aku.

Eh, malam semalam sudah scan baby. Hehehehe....

Cer teka baby apa. Cer teka... Cer teka...

Aku tak nak bagitau dulu. Abang Misai kata surprise sikit. ;p

So, dah boleh prepare barang baby banyak-banyak sikit. Yeayyyy!!!!

Thursday, June 2, 2011

Bokojo La Kito Sekueknyo ;p

Assalamualaikum

Awal kot aku sampai opis hari ni. Roomate *dah ada roomate sekarang..huhu* pun tak masuk lagi aku dah melangut kat meja. Dah kata rumah kat tanah besar. Opis kat belah pulau ni. harus la keluar awal kan.

Amir pun mengikut pepagi naik kereta. Hantar pi rumah tok su dia. Semalam melalak-lalak. Ingat umi dia nak pi jejalan kot. Hari ni steady je. Tak nangis. Elok pulak tok su dukung. Ye la, balik jumpa umi. Manja betul umi ada ni. Selalu orang kacau tak melalak sekarang pantang orang kacau ok. Laju je air mata dia meleleh. Siap nganga-nganga mulut lagi punya sedih. Hehehe..

Keja aku hari ni baca manual. Sebab 1 hapah pun aku tak tau nak buat. Nak harap nota serah tugas. Simple yang amat. Bertuah punya budak.

N semalam aku adelah moody sampai pagi tadi. Nak pi scan baby tapi Abang Misai tak nak ikut masuk bilik doktor. Segan la. Apa la. Sudahnya cancel je pi klinik tu. So, itu sebab aku moody malam semalam ye. Sila take note kakak ku.

Ok, aku tak boleh lama-lama ngadap benda ni. Kejap lagi orang heran baru masuk keja tapi ngadap pc macam kan keja dah macam everest. Taip pun lelaju je ni.

Ok, till next time. Tata!

Wednesday, June 1, 2011

Kerja Yang Sudah Mula Memeningkan

Mintak nyawa betui aku hari ni. Dah la semalam je dapat relax-relax. Hari ni dah kena masuk opis. Semalam pun relax kejadahnya senah. Aku pi la klinik desa. Nak inform aku nak transfer in check up kat situ.

Sekali check haru biru gitu. Urin ok. BP ok. Macam biasa Hb kiok. 10.1 aje ye. Nurse pelatih tanya la aku ada masalah apa-apa tak. Aku cakap la kekadang aku macam sakit kepala. Kira pening on off. Dia refer kat Jururawat Masyarakat (JM). Dah tot tet pot pet aku kena bebel. Termasuk la sebab dah 4 hari aku tak isi carta gerak anak.

Kena refer ke klinik kesihatan pulak. Suruh jumpa doktor. Klinik ni jauh sikit dari rumah. Ke sana la kita ye. Tunggu dari pukul 11 lebih sampai pukul 1 baru dapat jumpa doktor. Doktor tak banyak cakap pun. Nurse je lelebih. Cis tat betul kan.

Petang semalam pulak melilau survei opis dengan laki aku n Amir. Agak pening lalat ye jalan kat Penang ni. Dengan pemandu yang 'amat berhemah'. Seriau wooo...

Tadi pulak timbalan kat tempat baru ni suruh aku call. Ohhh... Dan hasilnya aku tak sempat panas punggung dah ada kes urgent yang ditinggalkan. Dah la 1 hapah pun aku tak tau camne keja kat sini. Terus sakit kepala aku ni haaaa....

Ngaaaaa.... Nak kena selak-selak nota serah tugas cepat-cepat la macam ni. Masalahnya nota serah tugas pun belum dapat sebab admin kata nak tunggu timbalan pengarah masuk opis balik. Tapi 11hb baru timbalan masuk. Apekah???

Ketakutan

Assalamualaikum

Aku dah ada kat opis baru. Takde orang. Ramai pi taklimat kat Taiping. Ini pun aku curi-curi berblogging. Kat opis lama boleh sesuki hati. Kat sini kureng sikit. Sebab sini 1 bilik kongsi 2 orang.

Waaa....

Takutnya saya...