SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, October 29, 2010

Ntah la

aku dlm tren. nk blk kpg. tp aku tgh tension terlampau. ntah la. serabut. sigh...

Semalam Hari Yang Sangat Penat

Salam Jumaat :)

Eh, ada bicara ilmu. Aku nak turun dengar kejap. Sebab ustaz yang bagi ceramah tu best. Kalau tak best pun aku dengar jugak. Dapat pahala tau datang n dengar majlis ilmu ni. Be right back. :):):)


Ok, dah balik.

Nak cerita pasal semalam.


Semalam adelah hari yang amat meletihkan. Dah macam pelarian dah aku. Kena berkejar ke sana sini.

Dengan perut lapar. Dah balik rumah kena pi opis balik. Oooohhhh... Sadis....


Dengan kereta aku bau ikan. Sebab aku angkut sekali barang basah yang aku beli tu pi opis balik. Kalau aku superman ye kot aku pi terbang naik tingkat 5 tu simpan barang kejap. Tak larat okeh. Lif takde rumah aku tu timah.

Balik rumah sebab terlampau kebulur terus zus zas aku masak. Lapar macam orang gila tapi sempat masak 3 jenis lauk. Hahaha! Kak Ita dah masak nasi. So, jimat tenaga di situ. ;p


Aku masak ikan goreng, kangkung pun goreng pedas, tempe n tauhu masak kicap. Nak cepat punya pasal aku lupa cara nak siang ikan. (Sebenarnya dah lama tak siang) Terus aku cantas kepala ikan tu dengan gunting. Muakakaka! Lepas dah sembelih sekor baru teringat macam mana cara nak menyiang sebab tengok ikan tu nampak pelik. Hahahaha! Budus jek.

Tapi dah letih plus penat terlampau tu pukul 12 jugak aku tido. Sebab dok buat bajet untuk diri sendiri. Tertido sambil memangku lappy ye.


N pagi ni bangun lambat sebab hujan. Tido pun best gila. Hahahaha! Tapi potong betul time tengah get ready nak pi opis dapat lagi sms dari timbalan tanya soklan sambungan semalam. Haiyaaaa....

Hari ni aku ingat nak balik rumah tengahari. Nak settle basuh baju n kemas beg nak balik kampung petang ni. Tak sabar nak balik jumpa Amir Ridhwan. :):):)


Teringat kat Amir je la yang boleh buat aku tersenyum walau hati sedang gundah gulana.





Thursday, October 28, 2010

Memang La Pekerja Cemerlang Gemilang Terbilang

Aku kat opis ni. Setelah dah sampai rumah tadi. Keji tak?

Aku dah la lapar. ingat balik rumah nak masak. Siap dah beli barang kat kedai runcit rumah aku tu. Tetiba kat kedai hp berbunyi. Timbalan call. N dia dah save slide yang salah iaitu slide sebelum latest editing siap.

Perlu ke aku menangis kat kedai tu?

Mula-mula aku try call anak buah aku. Nak mintak no fon sorang staf kat unit aku yang selalu balik lambat. Nak mintak dia emailkan slide yang latest aku dah edit.

Tapi haram sorang pun tak jawab. Aku call opis lagi la tak ada siapa nak jawab. Lepas tu asek naik sms orang call aku tak dapat. No timbalan pulak. Hp pulak tetiba buat perangai orang call in masuk voicemail.

Sebab kesian dia timbalan baru n tak berapa faham lagi keja kitorang n tetiba pulak nak kena present macam budak sekolah aku pun balik la ke opis balik. Dengan hati separuh rela ye.

Segala ikan sayur aku ada lagi dalam kereta tu. Aku dah la lapar gila babun ni.

Boleh bagitau tak macam mana la aku tak depress?




Lapar....

Aku sangat lapar.... Hukhukhuk...

Baru lepas ngap sebijik epal. Pagi tadi makan mee goreng sikit. Lunch apa pun tak makan sebab berkejaran buat editing untuk slide yang bos nak.


Ni aku nak balik awal. Buat keja kat rumah je la.

Lapar.....




Time Ni La Rasa Nak Berguru Dengan Naruto

Sangat la kelam kelibut...

Last minit tetiba pulak timbalan timbulkan isu kenapa macam ni, kenapa macam tu.

Dah kena ubah slide. Panggil aku yang hari ni kena buat data cleaning. Nasib baik la buat data cleaning dekat dengan opis. Kalau aku tengah kursus kat negeri lain pun nak panggil aku balik ke?

Heeeee.... Banyak keja lain aku nak cover buat time data cleaning tu tau. Dah terbengkalai. Tension ok.

Nanti bila figure statik tanya aku jugak kenapa.

Nak ke aku bagi jawapan 'tak tau'. Huhuhu...




Wednesday, October 27, 2010

Pantun Cinta Untuk Blackberry Torch 9800 :):):)

Ok, ramai yang join. Aku pun nak join jugak. Sebab aku nakkkkk sangat Blackberry tu. Sonang nak buek kojo eh. Senang jugak untuk aku update blog. Hahaha! Kata blogger tegar kan. Hp pun dah tak ada ni.

Maka terimalah berangkap-rangkap pantun (ke?) demi Blackberry Torch 9800 terchenta. Ku persembahkan hanya untukmu. Cewahhh! ;p


Tersebutlah kisah tentang si dia,
Cantik rupawan pelbagai ciri,
Buatkan aku terjatuh chenta,
Si manis Blackberry Torch 9800 nama diberi.


Beremel, bertelefon, berinternet di mana saja,
Emel bisnes mahupun yang peribadi,
Malahan berborak di alam maya,
Semuanya hanya denganmu wahai Blackberry.



Skrin besar 3.2 inci penuh makna,
Nak zoom boleh sentuh-sentuh saja,
Dengar muzik boleh pulak tengok muka siapa,
Memori 8GB sampai 32GB besar punya! ;p


5MP camera dah tentu ada punya,
Ada flash, auto focus dan stabil juga,
11 photo modes, mai la rakam video saya,
Saya nak amik gambar ni, jaga-jaga...

Kalau nak bersosial pun tak ada masalah,
Boleh update FB, Twitter sekali banyak pun tak kisah,
Guna la tanpa rasa bersalah,
Blackberry Torch 9800 pasti tak lelah.

Ada tabbed browsing dan juga bookmark,
Senang nak tanda yang hati dah suka,
Branded icon ada, boleh customize nama jugak,
Sukanya saya nakkkkkk!

Nak lagi best meh nak tambah cerita,
Jom la jadi 100 yang pertama,
Pre register n beli Blackberry Torch 9800 terchenta,
Dengan Celcom Exec Postpaid Plan yang sangat cara.

Boleh dapat hadiah percuma,
Jabra Bluetooth Headset RM125 harga,
Dapat lagi 8GB Micro SD Card, amma!
Energizer Portable RM58 juga.


Guna Blackberry dengan Celcom memang baguih dok ada,
Celcom kan Malaysia's no 1 Blackberry provider,
Betui, sungguh saya tak tipu daaa,
Kalau saya tipu memang la saya mengada.


Celcom Exec 50 banyak kelebihannya,
15 sen call rate ke mana-mana number,
Boleh dapat diskaun sampai 30% kalau hangpa tak caya,
Dapat lagi free 384Kbps Celcom Broadband Basic Plan 1 bulan bah.

Banyak lagi yang nak cerita,
Takut nanti orang tak larat nak baca,
Encik Nuffnang n Celcom saya ni pelanggan setia,
Apa macam? Ada can ka?

Hahahaha! Itu saje pantun aku untuk hari ni. Ni namanya pantun last minit tunggang terbalik. ;p

Nak tau lebih lanjut pasal Blackberry Torch 9800 n Celcom boleh layari http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

N kalau berminat nak pre register boleh tengok http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

pic credit to Celcom n Nuffnang

Tak Nak La Balik Lewat

Hari ni maybe balik lewat. Pitam~~

Baru verangan nak ke kedai membeli belah barang-barang nak masak. Hish... 

Tengah syok-syok bincang pasal slide yang aku buat tetiba pulak timbalan kena chair apa tah. memang potong la sangat kan.

Dah la sangap dok opis sekarang. Semua pun kena block. FB, twitter. Nasib baik la blogger dia tak block jugak. Tapi mungkin tak lama lagi la tu. Huhuhu...

Dia block aku guna broadband je. Puas hati i okeh.

Apesal tak block aje sistem yang aku dok jaga ni. lagi seronok kot hati aku. Hahaha! Tak payah sakit-sakit hati orang tanya soklan bodoh kat aku.

Tadi Abang Misai call. Kata aku ada exam 13hb ni kat kampung. Ngehngehngeh... exam mintak keja lain. Nak masuk khidmat gunasama pulak. Tak nak dok tersadai kat closed service ni. Sampai berkulat pun tak dapat pindah.

Ok la, aku nak check balik apa yang patut aku amend dekat slide yang banyak gila babun ni. Bosan oh....




Aku Bawak Bekal. Kagum Tak? ;p

Aku dah abes lunch. Awal kan. Hahaha! Sebab aku dah kebulur dari tadi mengadap slide so aku terus bukak bekal n ngap.

Bawak bekal?

Ye. Aku bawak bekal. Gigih ko nak menabung. Pagi-pagi buta dah bangun masak.

Tak ada la masak benda bombastik fantastik semua tu. Takat sup sayur campak-campak dengan sardin n telur dadar. Hehehe..

Dah settle pun. Licin licau bekas bekal ni. Muahaha! Dah la bekas pun cap borrow. Ntah sesape punya bekas kat rumah tu aku sibat. Eh, korang kat rumah, bekas siapa yang aku selalu guna ni eh?

Aku bawak bekal ni pun salah dua sebabnya aku kan nak diet. So, better bawak bekal dari rumah sendiri. Banyak mana aku nak makan banyak tu aku bawak. Tak cukup tak ada la gatal tangan nak tambah sana sini lagi kan. Hahaha!


Dah la perut aku sendat gila babun sebab pakai waist trimmer ni. Dah makan bekal lagi sendat hooo... Aku bawak sikit je eh. Nasi tu sama rata dengan tapak tupperware bekal tu tau. *agak tipu di situ. Huahuahauhaua!*


Ok, aku nak memerah otak kejap. Nak dapatkan idea nak masuk contest nuffnang nak dapatkan blackberry torch tu. Kena sangat la dengan keadaan aku yang dah tinggal 1 je hp cap ayam. lagi 1 Abang Misai dah amik balik sebab hp dia rosak. Huwaaaa!!! 


Esok closing date baru hari ni hegeh-hegeh nak cari idea. Tapi jangan main-main. Idea last minit tu selalunya tebabom ok. Muakakaka! Perahsan pulak senah.


Ok, ok. Dah seploh kali ok pun tak blah lagi. Lempang 2-3 das. Aku nak bertafakur kejap. Tata~~


;p;p;p



Wednesday Morning All :)

Salam pagi Rabu :)

Awal aku sampai hari ni. Pagi tadi keluar memang awal. Dengan niat nak pam tayar kereta. Tapi menyinggah 2 stesen minyak semua penuh. Huhuhu... Memang malas la nak tunggu kan. Terus zassss pi keja. Petang karang la isi angin tayar tu.

Ye, sikit lagi untuk siapkan paperwork. Wawawawa! Esok ada data cleaning lagi. Tak masuk opis la aku esok. Kalau tak ada apa-apa boleh balik awal. Hahaha! Gelak gumbira eh.

Jadi, jom kita breakfast sebelum mulakan keja yang memang takkan abes ni.

:):):)



Siapkan Keja Malam-malam

Dah nak dekat pukul 12 malam tapi aku dok bertenggek depan lappy lagi.

Sebenarnya tadi aku dah tido dah. Then terbangun sebab tak mandi lagi. Hahaha! Mandi celup-celup n then mengadap la lappy sebab aku kena siapkan paperwork.

Tengahari tadi dah discuss dengan timbalan n dia suruh aku edit lagi apa yang patut. N sebab mood aku sangat la ke laut dalam petang tadi kan memang tak jadi apa la. So, sambung la malam ni.

Hope malam ni ada la semangat iron lady aku nak siapkan segala keja. Kalau tak, ada aku off lappy pastu sambung berdengkur.

Abang Misai baru lepas sms. Dia kena keja malam ni. Hmmm.. Kesian kat Amir la. Kena tinggal. Abang Misai mintak sepupu Amir la tolong tengokkan Amir. Budak tu pun baru darjah 3. Karang Amir merengek dia pun tak sedar.


Abang Misai pun dah lama jugak la bising. Apesal aku tak tukar-tukar lagi. Kalau dapat tukar kan senang. Tak ada la terkontang kanting anak aku tu.


Nak buat macam mana. Dapat orang atas stok tak faham or sebenarnya buat-buat tak faham. I'm not talking bout my bos here. Sebab dia cuma dapat sokong aku untuk pindah. Tapi ketua perkhidmatan aku.


Sebab pada dia family thing ni benda remeh. Jangan nak sibuk mintak tukar. That's why la aku tengah usaha buat benda lain. Bukak online shop. Nak belajar menjahit. So that kalau dah susah sangat ko nak bagi aku tukar aku berenti keja je.


Ayat big bos aku tu senang je. Kalau dah tak boleh nak ikut kata dia berhenti je la. Memang tak membantu langsung kan.


Tengok, aku dah teremo. Bila dah teremo mula la perut aku menyanyi. Serius lapar. Huhuhu...


Ok la. Aku nak buat keja. Karang melarat sampai esok. Aku dah tak larat nak hadap powerpoint ni lagi. Dah nak muntah.


So, see u all tomorrow. Gudnite n sleep tight all. :):):)

 




Tuesday, October 26, 2010

Mood Ke Laut Dah Ni

Sangat parah kot aku sekarang ni. Sebab tak ada mood langsung nak buat keja. Huwaaaa!!!!

Dah la ada benda urgent nak kena buat. Tapi macam heeee.... buat tak tau je boleh ke? Hahaha!

Blur.. Blur..

Macam mana nak bagi mood ni datang balik?




Biru Muka Di Pagi Hari ;p

Salam

Pagi ni adelah pagi yang membz gila. Dah la pagi-pagi tadi dalam kereta muka aku dah biru-biru tahan sakit perut. Time drive tu la rasa nak membuang. Sungguh kureng sopan sekali.

Sampai opis pulak toilet kena cuci. Berlari la ke toilet bawah. Betul-betul dah di ambang pintu namanya. Muakakaka! Tak senohong betui la. ;p

Pernah anda rasa perasaan sebegitu? Hahahaha! Ok tu je.

Sila sambung keja anda. ;p;p;p




Monday, October 25, 2010

Gudnite Semua :)

Orang lain dah tido. Aku je jadi burung hantu. Padahal mengantuk bukan main dah ni.

Tengok balik paperwork ni. Macam tak berapa nak faham. Huhuhu.. Macam mana nak explain kat timbalan esok ni. Kuang kuang kuang~~

Dah, aku ngantuk la. Tido dulu kot-kot esok dapat idea. Huahuahaua! Terbaek punya alasan. ;p




Hari Ni Gaji.. Best Tak??? :):)

Baru abes meeting. N ofkos la pas meeting ada makan-makan.

Dah la timbalan nak tengok paperwork petang ni. Eeee... Stress tau. Menyebabkan aku makan dengan banyaknya.

Makan lontong dalam pinggan ok. Betapa tak feel bila menggunakan pinggan untuk makan lontong. Caterer lupa dia masak lontong kot. Huhuhu...

Dan hari ni juga hari gaji. Yeehuuuu...

Kejap je la yeehuu tu. Sebab lepas berM2U bayar segala bil, duit kereta terus bermuram durja balik. Cis...

Tapi M2u pulak ada problem apa tah ni. Time aku nak cepat ni la macam-macam hal. Bukan boleh ada duit dalam tangan ni. Karang semangat shopping aku meluap-luap.

Next month dapat gaji awal sebab raya haji. Tu kena berbelanja secara berhemah tu. Sebab bulan 12 dapat gaji hujung bulan pulak. Ko nak nanges la kalau berjimba sesungguh hati time dapat gaji next month kan.

Ok la. Perut aku ni dah memulas pulak. Lontong tadi tu pedas. Huhuhu...




Amir Dah Sihat

Salam

Baru sampai dari kampung terus berdesup aku ke opis. Aku naik cab sebab kereta park kat opis ni. Balik hari tu mintak tolong staf aku hantar ke stesen komuter.


Well, hari ni pasti jadi amat bz. Sebab kena siapkan paperwork untuk timbalan present hari Jumaat ni.

N kejap lagi ada meeting pulak.


Huhuhu....

Oh, Amir dah sihat. Aku balik tu badan dia still panas. Tak lari la dari 38 degrees. Pagi n tengahari Sabtu pun macam tu. Merengek je dia. Kesian sungguh. Lepas tu asek nak memerap dengan abah je. Dengan ummi tak nak langsung.


Sedih hati ummi. Kalau korang macam mana?

Tengahari tu bagi dia makan ubat syrup masa dia pi cucuk tu n biar dia tido. Petang tu terus panas badan dia kurang n kurang n kurang.


Bawak pi klinik. N hari Ahad Amir dah ceria macam biasa. 

Sukanya hati ummi tengok Amir seronok jalan ke sana sini macam selalu. Tak ada la melepek je kat katil. 


Hope Amir tak marah ye ummi balik malam tadi time Amir tengah tido. Ummi terpaksa balik. Kalau ummi amik EL macam-macam orang kecam ummi. 

Sedih macam mana pun ummi terpaksa tinggalkan Amir.


:(:(:(







Friday, October 22, 2010

Kejung Kat KL Sentral

aku kt kl sentral.. tggu tren yg x pnh btul schedule dia.. ni delay smpi pukul 4.. kejung aku kt cni tau.. update pn guna hp cikai je.. huhu.. dh la mkn kt fudkot kl sentral ni amik nasik half, telur mata msk kicap n sayur sume rm4.. aku congak blk, mcm x logik.. xkn telur sebijik rm2.. gilo la.. xmo dh mkn kt ctu.. ok la, aku update guna wap ni.. jap lg abes cdt.. hp akak x canggih.. huhu..

Tetiba Pulak Ada Keja Urgent.... *&%^*&$^

Asal aku ada emergency je mula la ada keja urgent.

Berasap dah aku ni. Ikut mata, telinga, hidung, semua la keluar asap.

HQ ni kan kalau tak menyusahkan orang tak boleh kot. Bagi template hari ni. Lepas tu nak suruh submit hari Isnin. Nak present hari Khamis.

Eh, korang ingat orang lain tak ada aktiviti hujung minggu ke?! Kalau dah hari ni baru bagi template maknanya hari Sabtu Ahad tu kena masuk opis. Korang yang bagi template sedap-sedap dok rumah.

Tolong la jangan buat aku mencarut di hari Jumaat ok.

Dah la anak aku sakit ni. Serius aku rasa tak boleh handle dah. WT---------!!!! (Sila isi tempat kosong dengan ayat sendiri)




Amir Demam, Umi Risau :(:(

Salam.

Aku ada bicara ilmu kejap lagi. N kena turun before 8.30 atau bakal mendengar raksasa gorgon mengamuk. Hahaha! Tak ada la sampai macam tu kot.

Sepatutnya aku kena keja hari Ahad ni. But nampaknya aku tak boleh pi. Sebab hari ni aku kena bergegas balik kampung before tengahari.

Amir demam. :(:(:(

Semalam suhu dia 39 degree. Aku tertido awal semalam. Terbangun tengah malam tengok ada sms dari Abang Misai cakap badan Amir panas sampai macam tu.

Terus aku terkebil-kebil tak boleh tido sampai pukul 4 pagi.


Bila dah boleh tido mimpi ngeri pulak. Aku tido dah wuduk sebab time terbangun tak tau buat apa tu aku solat sunat. Aku mimpi dunia nak kiamat. Sangat menakutkan. Sampai aku rasa macam nak demam je sekarang ni.


Lepas tu time nak pi keja pulak telinga aku berdarah. Nak cepat punya pasal kapas aku lap muka tersangkut kat earring yang aku tengah pakai. Dah berdarah pulak.


Kesimpulannya hari ni emosi aku tak stabil. Aku nak balik awal hari ni sebab nak balik kampung. Orang nak marah pun ada aku kisah???




Thursday, October 21, 2010

20 Unchangeable Rules in ANY OFFICE

20 Rules in any office

 

1. Rule 1. - The Boss is always right.

 

2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule 1.

 

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.
 
4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.
 
5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.
 
6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.
 
7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.
 
8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.
 
9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.
 
10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.
 
11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...
 
12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.
 
13.. Following the rules will not get the job done.
 
14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.
 
15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .
 
16. No matter how much you do, you never do enough.
 
17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.
 
18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.
 
19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.
 

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.


Menyusahkan Orang

Salam.

Aku patutnya tak masuk opis sebab kena conduct data cleaning. Tapi terpaksa masuk opis jugak.

Sebab?

Sebab dia buat aku rasa nak jadi king kong! Aku malas nak cerita. Sekarang kan aku dah glamer. Karang aku meroyan dalam blog ni abes jadi isu pulak.

So, aku nak settlekan benda alah yang buat aku terpaksa masuk opis sebelum ke SHRDC.

Ntah apa-apa....




Wednesday, October 20, 2010

Air Penting Untuk Badan Ye Anak-anak

Setakat sekarang aku menaip rasa dah seploh kali aku menjambankan diri. Bukan cibi ke hape. Tapi asek la nak terkencing. Tak sempat hadap keja rasa penuh balik pundi kencing ni.

Dah kata pun minum air banyak. Yang keluar pun ofkos la macam sungai jugak kan.


Semua ni gara-gara pi tertepek kat booth pasal kuruskan badan la ni. RM5 untuk dia bebel-bebel promo produk n timbang berat aku.

Berat sudah mencecah angka 60++. Memang sakit jiwa tengok berat sendiri ok.


Penimbang tu jenis yang check segala mak nenek. Berat tulang la, berat lemak la, berat daging la, berat air la.


Dan result aku semua ke laut. Nampak nau dah berjaya meningkatkan berat dengan jayanya. Patut la orang asek menegur kata aku pregnant lagi. Hohohoho! Terguris perasaan mak taw... ;p


Akak tu dok bebel-bebel kata aku kurang minum air. Memang tepat la kena lobang hidung kan. Aku memang la gagal bab minum air masak. Kadang-kadang sehari tu relax je tak minum air. Unta ke apa ada simpan lebihan air kat bonggol. Bonggol??? Hepppp! Jangan berfikiran songsang ye.


Aku ni selalu takde feeling dahaga la. Kalau dah haus sesangat tu baru la mencari air.


Sebab orang dah tegur maka haruslah mengubah apa yang patut. Start dari kena tegur tu aku minum air selalu. At least ada la 1 liter sehari. Hahaha! Banyak ke tu? Tak banyak okeh. Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 8-9 gelas air sehari. Lebih kureng 2 liter gitu. Info hasil menggoogle dengan gigih. Hahaha!


ye la, kena minum banyak tu. Sebab kita bernafas, berpeluh, berak, kencing semua mengabehkan air dalam badan ye.


Nak lagi best boleh estimate berapa banyak air kita perlukan sehari. Camni ye anak-anak.


Berat anda dalam bentuk pound sterling dibahagi 2. Kalau macam aku ni dalam pound 141 so bahagi 2 = 70.5 ye. 70.5 auns air sehari. Berapa banyak 70.5 auns tu? Lebih kurang 2 liter la jugak. Yang lain-lain baca la kat sini.


Ok. Aku nak ke toilet lagi nampaknya. Nanti la kalau rajin aku sambung pasal air ni. Huhuhu...






Bilik ke Disko ni?

Ok, aku dah pening.

Sebijik lagi lampu dalam bilik ni dah jadi lampu disko. Lip lap lip lap. Menyakitkan bijik mata betul la.

Masuk yang ni dah 4 bijik lampu kat bilik ni buat hal. Semua pun tak tukar lagi. Ada tinggal lagi 8 bijik yang bernyawa.

Tunggu semua kiok agaknya baru tukar kot.

Bengang pulak aku tengok lampu terkedip-kedip ni. Kalau memang dah asal lampu lip lap kalerful macam raya tu tak apa la jugak.

Ada aku cabut sendiri ni karang. Huh...

Notatapaktangan : Saje update even bz n takde idea. Sebab kepala pening n rasa macam tak completekan something. Hahahaha! Gila...




Bz Banget

Salam

Aku bz hari ni. Sempat update ke tak pun ntah la.

Mood pun dah ke angkasa.

Arrrrr.....




Tuesday, October 19, 2010

Amir Dah 1 Tahun 2 Bulan

Lunch hour. Aku baru je lepas makan. Ingat nak tido tapi karang membulat pulak jadinya. Sekarang pun dah bulat. Sejak-sejak lepas raya ni. Huhuhu...

Ramai orang tegur. Pregnant lagi ke? Huwaaaaa!!!! Itu tandanya perut adalah sudah lagi besar dari tetek ye. Nak nanges ke nak ketawa?

Ok, aku nak cerita pasal Amir sebenarnya. Lupakan pasal perut aku yang makin gendut tu. Hish... Buat aku emo je. Hahaha!

Hari ni Amir Ridhwan dah 1 tahun 2 bulan. Atau pun 14 bulan. Yeee... Dah besar anak aku. Kejap je rasa. Macam baru semalam je aku rasa kena marah dengan nurse pasal dok buat bunyi sebab sakit dalam labor room tu. Sakit pun kena marah. Hukhukhuk...

Apa yang itu budak bertuah dah pandai sekarang? Banyakkkkkk....

  • Berjalan tak berenti keja dia sekarang ni. Pantang terbukak je grill pintu tu dia punya laju sampai tok dia surrender. Hahaha!
  • Jalan pun tak nak orang pegang. Nak jalan sendiri.
  • Dah pandai merajuk kalau dia dah suka 1 barang kat shopping mall n aku tak beli. Huuuu... Kopak la ummi Amir oiiii...
  • Orang makan dia pun nak jugak. Mengenden tepi meja makan. Kalau makcik dia bagi sepupu2 dia makan dia pun sibuk sama.
  • Pantang nampak penyapu. Abes la dia amik penyapu tu konon-konon nak sapu 1 rumah macam vid kat entry sebelum ni. Hehehe.. Rajin sungguh anak ummi. Jangan sekarang aje la tunjuk rajin tu ye.
  • Gigi still 4 batang. 2 atas n 2 bawah.
  • Tak reti sedut air guna straw. Jenuh aku ajar. Hish...
  • Takut air laut. Tapi main pasir suka pulak. Tapi pastikan pasir adalah jauh dari pandangan laut tu ye. Tak hero la anak ummi ni.
  • Kalau tanya mana telinga, mata, hidung dah pandai tunjuk. Clever boy! :)
Banyak la lagi. Aku pun tau nak list. Hehehe... Ini mana yang aku ingat la.


So, pada yang rindu sama ini budak bertuah yang dah makin cerdik n banyak akal kat bawah ni pic latest dia.


Dah pandai main buaian. Gelongsor pun dia suka jugak.


Abaikan muka ummi yang tembam dan hitam tu. Rentung ok sebab kejar Amir dok main kat belakang rumah tengah-tengah panas. Huhuhu... Aku dah gemuk kan. Hukhukhuk... Tengok Amir tayang gigi atas 2 batang. Hahaha!

Orang main pasir tepi pantai. Anak aku main pasir tepi padang. Hahaha! Takut air laut. Melalak bila bawak main air tu.

Lagi 1 vid Amir jalan-jalan. Enjoyyyy....

video
 

Ummi miss u so much...


Calon Menantu Terbaekkk! Hahaha!

Ada sesiapa cari calon menantu tak? Ni untuk 20 tahun akan datang punya menantu. Hahaha!

Aku ada sorang. Rajin menolong orang tua.


Hehehe...

Korang tengok la sendiri. ;););)

video






Saya Gadis Pembuka Kotak ;p

Assalamualaikum :)

Internet opis down hari ni. Online guna broadband sendiri je.

Aku tengah buat jadual sebutharga ni. Biasa la. Gadis pembuka kotak. Gadis ke??? Wakakaka! ;p

Aku nak settlekan keja jap. Menjenguk pagi-pagi je ni.

Okie dokie. :):):)




Monday, October 18, 2010

Nak Dekat Balik Ni La Nak Buat Orang Bengang Pun......

Mesti aku kena cop kurang ajar. Sebab aku jawab telefon jawab macam nak tak nak.

Ye la. Orang tak faham bahasa. Pasal function hari Ahad ni la. Dia tanya berapa orang yang boleh pi. Aku dah kata aku tak boleh nak confirm hari ni. Sebab staf aku semua tak ada kat opis. Semua ada keja luar.

Bila aku dah kata tak confirm pandai-pandai la ko call balik esok. Tanya la lagi sekali. Boleh dia tanya lagi berapa orang nak pi. Aku kata la aku tak sure. Sebab tak ramai yang boleh turun.

Lepas tu tanya lagi. Memang spesis tak faham bahasa n suka nak desak orang. Boleh tak kalau orang dah jawab tak boleh nak confirm lagi ko call aje esok.

Aku dengan suara bengang terus jawab. Aku dengan staf aku sorang je pi. Ikutkan hati aku nak aje bebel sekali. Ko boleh tak nak buat function tu jangan tetiap minggu. Ingat kitorang ni takde family ke keja nak entertain korang je.

Dah la bagi wrong info kat orang. Orang ingat kitorang ni agensi bagi bantuan. Padahal mulut aku ni dah berbuih macam orang kena sawan explain kitorang ni kumpul nama untuk simpan dalam database je. Agensi lain bagi bantuan.

But still bagitau orang ramai benda yang sama. Lepas tu jenuh kitorang ni kena bantai orang asek call tanya bila dapat bantuan.

Marah la aku. Memang susah betul deal dengan orang tak faham bahasa kebangsaan ni.




Korang Tak Ada Keja Lain Ek???

Celcom ni apedehal haa hari ni?

Sikit-sikit hantar sms. Macam ni la lebih kurang ayat dia.

'Dapatkan berita terkini setiap hari dari DOTDOTDOT (nama newspaper kat Malaysia ni). Taip ON DOTDOTDOT dan hantar ke 12345678910. Caj RM1.50/minggu.'

Eh, apejadah aku nak abeskan RM1.50 per week tu nak baca news dari sms je weh. Baik aku pi beli sokabar kat kedai. Itu untuk berita mutakhir lagi terkini je 1.50/week tu. Dah la skrin hp kecik. Tak puas aku baca kot.

Nak free baca online je. Tapi bil broadband bayar bulan-bulan la. Nak lagi free pi dok opis baca kat opis je. Sonang cerita.

Bil bulan-bulan pun beliak-beliak mata burung hantu aku ni nak settlekan lagi mau hantar sms langgan itu ini. Simpan duit beli benda lain lagi bagus.

Notatapaktangan : Tetiba nak emo. Hahahaha!




Terhibur Dengan Keletah Si Manja

Baru lepas makan. Alhamdulillah....

Lunch hour tadi sesi keluar secara beramai-ramai. Bukan keluar makan. Tapi keluar mengorek tabung. Hahahaha!

Semua stok sengkek. Termasuk la puan blog ni. Agagaga~~

Beli makanan tadi pun lauk tempe, telur dengan sayur terung sira cili. Tetiba teringin sangat nak makan terung. Sekarang dah rasa macam nak terkeluar balik. Huhuhu...

Hari ni memang tak sempat nak masak bekal sebab sampai je rumah dah pukul 7 lebih. Dah la patutnya punch pukul 8. Dah terbabas ke 8.30.

Mood nak buat keja dari pagi tadi macam hampeh je. Sebab jiwa still teringat penawar jantung kat kampung, si Amir Ridhwan yang dah melasak betul sekarang.

Berpeluh-peluh aku nak kejar dia yang jalan dah laju la ni. Mulut pulak tak berenti menceceh. Nampak ayam halau siap jerit-jerit. Ahahaha! Nampak kucing pun macam tu. Sampai jiran jenguk dari tingkap ingatkan ada tarzan belakang rumah. Rupanya anak aku yang jadi tarzan. Wakakaka!

Orang dukung pun dah tak nak dah. Bawak pi Tesco semalam. Saje la letak dia kat basikal roda tiga yang kecik tu. Lepas tu dia tak nak lepas pulak. Hohohoho... Ummi tarik dia punya jerit memang 1 Tesco tu boleh dengar la.

Ummi testing je Amir. Ummi suruh Amir kayuh tapi Amir tolak pakai kaki pulak. Ummi nak buat demo pun tak boleh sebab basikal tu kecik sangat. Hahaha! Tak apa la. Nanti ummi belikan basikal kecik pastu taruk tayar kecik kat belakang ye.


Dah makin bijak. Makin aktif. Paling sedih bila dia merajuk sebab aku dah lama tak balik. Pagi tu dia ikut Abang Misai amik aku kat stesen keretapi. Lepas tu bila aku dukung dia nangis tak mau. Dia nak kat abah je.


Lepas dia tidur n bangun balik tengok aku ada kat sebelah baru la dia ok. Melekat dengan ummi je. Dengan abah pun tak nak. Hehehe...


Ni ummi tak balik lagi 2 minggu ni mesti Amir merajuk lagi kan.


:(:(:(




Angan-angan Kecik Macam Dah Nak Jadi :D

Aku rasa aku tak dapat balik kampung lagi 2 minggu la. Adoiiii... Pasrahhhhh....

Sebab minggu ni lagi sekali ada function daftar-daftar yang boleh buat sesak nafas. Eh, kalau tak kacau hari cuti orang boleh tak? Dah la berapa kali korang je yang buat. Mula la aku nak emo ni.

5hb lak dah Deepavali kan. So, aku ingat nak amik cuti ganti aku pi keja weekend tu 2 hari sebelum Deepavali. Ke nak cuti sambung lepas Deepavali. Mana lagi best ek. Sebelum Deepavali ke lepas Deepavali. Sebelum la. Lepas tu minggu depan balik lagi. Hehehe...

So, maknanya lepas weekend minggu ni, weekend minggu depan pun aku tersadai kat Shah Alam. Huhuhu...

Eh, boleh la aku belajar menjahit. Hari tu meroyan sangat nak belajar menjahit kan. Aku simpan angan-angan ok. Lepas belajar ni aku nak belajar lagi sampai terror.

Lepas tu nak bukak kedai jahit ke, butik ke, jadi designer ke. Eceh... Angan-angan tinggi tu senah.

Ada la masa kecik aku ni suka lukis-lukis. Kalau lukis kartun siap dengan baju ropol-ropol bagai idea sendiri. hakhakhak! Kelakor pulak bila ingat balik.

Masa kecik aku ni memang seniman sikit. Tulis cerpen la, novel la. Buat skrip drama la. Melukis la. Paling suka lukis kartun komik tu. Hahaha! Dah besar ni otak manjang blur. Ayat pun ngulang je benda yang sama. Sungguh tak kreatif dan inovatif dah.

Ni aku nak kejar orang yang kata nak bayar duit kat aku ni. Aku nak guna buat modal belajar menjahit ni. Siap la kalau banyak lagi alasan ko.




Lawak pagi Isnin ke?

Assalamualaikum :)


Punch card merah lagi hari ni. Lagi sekali merah dapat la surat chenta dari admin. Lalala~~

Aku sampai awal dah dari KL. Dok la tercanguk kat stesen komuter tunggu adik aku. Dia pulak boleh membuat lawak antarabangsa di pagi hari yang sejuk sebab hujan. Dah lama kot Shah Alam tak hujan.


Dia nak pi keja. Patut dia amik aku terus dengan kereta dia la. Pas drop aku kat rumah dia boleh berdesup terus la pi keja kan. Ini tak. Dia datang bawak kereta aku. Ingatkan dia nak naik komuter. Tidak ye. Dia pindah pi seat sebelah. Aku drive bawak dia balik rumah. Then, dia pi keja naik kereta dia pulak.

Huhuhu... Apekah motifnya di situ wahai adikku? Pelik sungguh.


Ok, aku nak senaraikan keja aku yang berlonggok ni.

Nanti aku upload pic n vids Amir si budak manja. Serius sangat manja ek.





Sunday, October 17, 2010

Bersiaran Langsung Dari Bukit Mertajam Train Station

Salam. Aku kat train station tunggu tren yang dalam schedule kata sampai pukul 9.47. Ye la sangat kan 9.47. Kalau tau tadi lagi lambat la aku gerak dari rumah. Sebab tadi ingat aku yang lambat abes tertinggal cincin n jam aku kat rumah. Cis!!

Dah la laptop opis yang aku pinjam ni nak loading startup window pun aku rasa sempat aku berak barang seploh minit. Lembap gilaaaa laaaaa.

Hahaha! Dah la pinjam opis punya. Lagi nak kutuk kan.


Eh, ada orang baca blog aku eh guna lappy opis ni. Aiyooo... Orang opis sudah tau aku ada blog. Siapakah anda??? Baik mengaku. Agagaga~~

Haaa.. Macam mana aku tau. Sebab anda telah meninggalkan jejak bertapak ye kat lappy ni. Tak delete history yang ado. Tapi silakan la baca. Aku tak larang.


Banyak benda nak story mory tapi macam blur pulak malam-malam ni. Tadi Abang Misai je hantar aku. Amir dah tersadai tido kat rumah. Penat main pasir kat tepi pantai. Habis dia kacau-kacau pasir tu macam nak uli tepung.Lepas tu takut kat air laut dia peluk ummi dengan tangan penuh pasir tu. Huwaaaaa!!!


Kan aku dah rindu kat budak bertuah tu. Hukhukhuk....





Friday, October 15, 2010

Tengahari Jumaat Yang Mencabar Iman

Meeting pukul 3. Tapi sempat la aku nak mengomel even aku sebenarnya ada keja nak buat sebelum masuk meeting ni. Huhuhuhu...

Tadi aku pi TTDI Jaya. Pi Sara Kids. Nak beli puting botol Amir. Anak bertuah tu aku tukar botol lain dia tak nak minum pulak. So, beli la puting n valve baru sebab aku guna botol MAM tu.

On da way ke TTDI yang agak sekangkang dinosor tu memang la mencabar keimanan aku.

Kereta besar-besar ni memang tak reti sabar ek. Main hon-hon ikut suka hati. Mata letak kat bontot.

Kereta kat depan aku bersusun punya la banyak. Even tengah lampu hijau kalau aku dok tertepek belakang barisan panjang tu n tetiba lampu merah confirm la orang yang nak masuk simpang akan memaki ye sebab kalau aku menggagahkan diri nak dok barisan panjang tu aku akan jadi orang yang menghalang orang lain nak masuk simpang. Yang ko kat belakang aku tak reti sabar tu apehal. Mementang bawak Mercz. Cit podah!

Lepas tu sorang pakcik ni. Nak masuk depan aku tak reti bagi signal. Aku dah tengok dia kejap-kejap macam nak masuk. Tapi macam tak nak. Lepas tu masuk selamba kede'ek dia je dengan tak bagi signal. Signal tu lain kali kalau tak nak guna ko simpan kat rumah je la pakcik.

Ok, aku nak siapkan keja. Lagi half n hour nak meeting.




I'm Bz

Salam.

Aku bz hari ni. Meeting pagi petang.

So, kalau ada masa aku leh update aku update la ye.

Comolot sket... Hahahaha!



Thursday, October 14, 2010

Earring Oh Earring

Sudah bersedia untuk beli groceries untuk stok sampai dapat gaji. Siap list ok. Sebab kalau aku tak list aku menceceh beli benda lain pulak.

Kalau menceceh ke barang-barang mampu milik (murah) tak apa la jugak. Tetiba menggeletis nak beli earring baru. Haaa... Dah tetiba terpergi kat Poh Kong ke, Wah Chan ke. Muahahaha... Perkataan 'terpergi' tu memang tak boleh diterima ok.

Cakap pasal earring ni telinga gajah aku tengah sakit ni. Sebab menggatal nak pakai earring la. Dah lama kot aku tak pakai earring.

Takut la pulak kan dah sakit-sakit bertindik pastu lubang tindik ni tertutup. Hoh... Cannot... Cannot...


Dengan gigih meminjam earring housemate aku sebab earring aku semua stok meleret-leret. Apa ek orang panggil earring yang panjang labuh tu. Ferahsan artis la kunun pakai earring gitu. Wakakaka!


Semalam tak ada la sakit pun. Hari ni alahai... Rasa cuping telinga ni bengkak pulak. Ke aku yang perasan tah la.


Aku teringin nak beli earring yang rupabentuk gini je sekarang.



Pic from google. Lebih kurang gitu la earring aku nak.

Dulu ada sepasang yang silver tapi hilang ntah ke mana. Dah la yang itu memang earring feveret. Heeee... Geram..
Maybe kalau ada duit lebih sikit boleh la usha kat Tomei ke. Muehehehe....

Or ada sesiapa nak hadiahkan kat aku?
;p;p;p





Dr Ridhuan Tee

Baru lepas membaca blog Dr. Ridhuan Tee.

Sangat tersentuh membaca entry terbarunya, Meyakini Kekuatan Sendiri.

Hmmm... Renung-renungkan dan Selamat Beramal ;)



Gaji Lambat Lagi keeeee.....

Bz buat 2 slide untuk meeting esok. Pagi petang meeting ok. Migrain kepala lutut. Huhuhu...

Tapi dalam pada bz tu sempat la kan nak update blog. Hehehe... Release tension maaaa....

Tengah terpikir nak berbuka apa hari ni. Sebab duit dah paras hidung maka pilihan adelah terhad ye.

Sama ada sardin, telur, ikan bilis atau tempe harga 1 singgit. Kena bertahan sampai dapat gaji 25hb tu.

Puasa aku ni puasa ganti dengan puasa sunat bersekali la dengan puasa sempena menyelamatkan poket yang makin menipis. Apa resepi menarik boleh buat dari bahan-bahan kat atas?


N aku dah plan nak amik cuti 25 dgn 26hb. Nak bawak Amir jalan-jalan. Kesian anak ummi. Dah 2 minggu lebih tak jumpa ummi. So, sempena dapat gaji mari la bercuti. Bos nak marah pun ada aku kesah? ;p

Aku kekurengan pitih ni bukan sebab aku memboros tanpa sebab kukuh ok. Bulan ni staf aku kawen, member bersalin, aku kena pi merata tempat dalam selangor ni lagi. Duit minyak dengan tol yang telah menyebabkan aku sesak napas nih.

Takpe... Hujung bulan claim. Aku dah buat claim awal-awal ni. Tunggu nak submit je. Sharp 1hb aku taruk atas meja budak-budak kewangan. Huahuahuahaua!


Last Warning eh

Lampu bilik aku kat opis ni dah macam disko dut dah. Lip lap lip lap. Tapi hiburan la tak ada. RealPlayer aku tetiba orang nyanyi bunyi sangkut-sangkut macam kaset rosak. Ceh...

So, terpaksa la nyanyi sendiri. Hahaha!

Ni aku dah dapat surat last warning cukai taksiran ni. Menggelupur betul. Tuan rumah pulak aku call kata nak call aku balik sampai la senyap je.

Karang rumah kena sita aku nak tido mana? Dalam kereta? Kat opis? Pastu baju tak payah tukar?

Ye la, rumah kalau kena sita dengan barang-barang dalam rumah sekali la ko tak boleh amik.

Tapi kat surat ni bagi warning je. Tarikh last untuk bayar tu bila la???

Karang bagi surat semalam hari ni ko dah sita rumah tu. Memang ko nak kena sita la dengan aku.




awal hari ni

Salam.

Pagi-pagi pukul 7.20 aku dah sampai opis. Awal gila kan.

Ni semua gara-gara laptop opis yang aku pinjam. Aku nak sambung buat keja kat rumah. Sekali internet tak boleh connect jugak. Huiiiii... Meroyan aku pagi-pagi buta tadi.

Ntah apa yang diorang blocked. Aku ni malas la nak godek lelebih. Karang jahanam idok le aku nak ganti kan. So, gigih la ke opis seawal pagi.

Nasib baik la aku puasa hari ni. So, bangun pun memang awal la. Sup sap sup sap lepas sahur terus mandi n siap-siap. Selalu pukul 8 baru aku sampai opis.

Wokey, mau buat keja secara xpresso. Sebab nak buat slide. Keja aku ni asek la buat slide kan. Keja lain abes terbengkalai lepas tu aku jugak kena marah. Hell sunggohhh....




Wednesday, October 13, 2010

Nampak sesuatu yang baru

Aku baru perasan lepas bukak Nuffnang tadi.

Dashboard Nuffnang dah ada something new.



Nampak tak yang aku kotakkan kaler merahnya mak ngah tu? Nampak tak? Nampak tak? Nampak takkkk?

Aku kelebet gak la tadi. Yang Getting Started tu dia tunjuk macam mana cara nak guna Nuffnang. Ada FAQ. N ada jugak Do's n Don'ts. Don'ts nya dah tentu la jangan buat fraud click. Oke, sila insaf siapa yang buat cenggitu atau pun anda akan dibanned. Huhuhu... aku dah insaf dah..


Kat Blogger Bio tu macam biasa la. Nak tau sikit-sikit pasal korang. Tetiba feeling artis ada orang nak tau bio kan. Muahahaha! ;p

Itu saje pesanan khidmat masyarakat tak berbayar aku untuk Nuffnang. Huhuhu... Encik Nuff, kasi la iklan banyak sikit kat saya. Nak cash out kali kedua ni. Hehehe.... Encik Nuff kan baik orangnya. 


Hehehe... Bodek... Bodek...


Ok la, aku nak balik. Koser la jadi penunggu kat opis ni. 


Tata~~