SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 31, 2010

Tak ada exit Kuala Kubu Baru kat PLUS ye

Baru balik dari Hulu Selangor. Baru tak baru ada la dalam sejam aku dah sampai rumah ni.

Muka memang dah stok mintak didodoi aje. Confirm kalau korang baru nyanyi sebaris aku dah sampai ke bulan dah. 


muka aku yang dah letih gila tunggu bos tak sampai-sampai

Letih gila. Dengan sesat barat nak pi ke Bukit Sentosa lalu PLUS kitorang terlajak sampai ke Lembah Beringin. Semuanya driver opis aku yang sengal punya pasal.

Kitorang tanya direction kat dia macam mana nak pi ke Bukit Sentosa tempat kitorang nak kena buat keja ni. Dia kata lalu Guthrie then exit kat Kuala Kubu Baru. Aku ni bab jalan memang buta sikit la. Setakat pusing Shah Alam boleh. Kat luar terima kasih la ye. Nak balik Penang aje aku ingat jalan. Tapi segala exit jangan tanya aku.

Beria la kitorang ni cari exit KKB tu. Sekali budak ni cakap dengan aku.

'Kak, setau saya Bukit Sentosa dekat dengan Bukit Beruntung. Kita dah lepas jauh exit Bukit Beruntung ni. Ni dah nak sampai Tanjung Malim ni.'

Gigih la pulak call orang lain yang tau tempat pulak.

'Keluar exit Bukit Beruntung la. Lepas tu belok kiri.'


Yeee... Terus muka si driver terbayang depan bijik mata. Boleh main-mainkan kitorang pulak. Dah la nak settlekan benda tu cepat. Dah jadi lambat.


Kalau la kitorang ni tadi betul bendul mencari exit KKB confirm dah sampai ke Penang gamaknya.


Yang sakit hati driver tu boleh gelak-gelak pulak. Ingat lawak la buat macam tu. Mau aje aku tendang anu dia tu. 





bz bee... ke hulu selangor kita...

Aku nak update. Tapi hari ni aku kena rushing ke Hulu Selangor.

Aku ni kan YB. Hahaha!

Biasa la, nak election ni. I bz jumpa rakyat. Pang sekali kat dahi! Wakakaka!

Nanti kalau sempat aku update k.


Baru ingat nak update story hari Sabtu. Hold lagi la.


Tata u alls... 



Tuesday, March 30, 2010

Goyang bontot dapat duit... Bukan bergelek dangdut ek...

Saje je tak ada keja. 

Tak tau la betul ke tak betul ke benda alah ni. Tapi aku bantai try aje. Register saje boleh dapat $10.


Iye ke?????


Aku dah register dah. Dah dapat pun $10 tu. Tapi tak ada la dapat sekarang sedebuk depan mata. Kumpul sampai $100 nanti dapat cek.


Kalau nak join sila la klik banner kat bawah ni. 






Tiada paksaan di sini. Anda mau anda klik. Tak mau tengok aje la. Hahaha!

Kot la boleh cover duit cermin kereta aku ni haaa... Huhuhu...





Berapa harga kalau nak tukar cermin depan MyVi?

Baru balik dari klinik. Ramai sungguh manusia... Aku sampai menguap-nguap la tunggu turn.

Sampai pukul 8.30 lepas tu jumpa doktor pukul 10. Dekat 2 jam la tercangak-cangak. Sekali bila dah jumpa result darah aku tak keluar lagi. Cis!

Kalau aku tau lagi sebulan baru aku datang. Ntah apa-apa.

Doktor kata 1 result dah keluar. Tunggu 1 result je lagi. Aisey, itu aku dah tangguh tak datang klinik dekat 2 bulan. Still tak keluar result lagi ke?

Penat ok tunggu. Plus keja aku berlambak nak kena siapkan. Dengan sekarang ni sibuk pulak nak election. Lagi la semua keja nak ekspress semedang. Nak menang kawasan harus la amik hati kan.

Eh... Tak boleh cakap lebih-lebih. Tukar topik.

Aku nak tanya. Siapa tau rate kalau nak tukar cermin depan MyVi? Cermin double layer? Sebab aku dok tanya kat orang opis ni. Ada kata RM300. Ada kata RM500. Kat kedai aku belum survey lagi. Tak ada masa nak tawaf kedai sekarang.

At least kalau korang tau boleh la aku budget around berapa harga cermin tu. Maka boleh la aku target berapa lama aku boleh makan nasi lepas tu sambung makan megi pulak. Huhuhu...

Pi klinik amik result darah

Aku kat rumah. Heheheh...

Tak pi keja ke? Kata cuti kena beku?


Aku pi keja la. Tapi lambat sikit. Sebab aku nak pi klinik jap. Nak amik result darah n nak tukar appointment kat klinik gigi. 

Result darah n appointment tu dah sebulan yang lepas patutnya aku kena pi. Sebab masa tu Amir masuk wad n balik aje keja aku berlonggok dengan bos nak mengamuk sebab presentation dia dapat no last so aku postponed dulu.

Baru hari ni la terhegeh-hegeh nak amik result darah n tukar appointment. Confirm bising la orang kat klinik tu kejap lagi.


Result darah pasal tangan aku yang sakit ni. Aku kan pernah story dulu pasal pergelangan tangan aku dua-dua ni sakit. Asal bangun tido aje memang sakit la. Kalau angkat benda berat lagi la azab. Sampai sekarang pun sakit lagi. Kadang-kadang kalau nak suap makanan kat mulut tu aku kena ampu guna tangan sebelah lagi. Sadis ok.

Ok, got to go. Karang lambat pulak. Sebab lepas pi klinik aku terus pi opis.



Monday, March 29, 2010

Handphone pulak buat perangai. Pitih takdok nak tukar baru weiii....

Dugaan sungguh la. Di saat-saat sesak ni la cermin kereta retak. Makin memanjang pulak tu. Karang ada aku drive sambil pegang cermin. Kalau tak pun feeling-feeling kereta tak berbumbung. Open air. Wakakaka!

Lepas tu handphone pulak. Tadi langsung hang. Aku rasa macam nak baling ke dinding aje dah. Tapi mengenangkan aku ni bukan la kaya maka simpan aje la niat tu. Jenuh menggodek baru ok balik. 

Nak story ke mana aku melahu hari Sabtu pon tak ada mood.

Sebenarnya tak dapat terima hakikat bahawa kena standby 24 hours sampai election abes. Cipan!! Cuti kena beku tu aku boleh handle lagi.

Eh, berapa minggu tarikh sebelum election?

Takkan la tetiap minggu nak kena standby? Aku nak balik kampung jugak weh...

Yang lain-lain tu diorang dok dekat-dekat aje so tak heran la tak jumpa wife or husband sehari 2. Aku ni seminggu sekali baru buleh jumpa.

Mintak la timbalan aku consider kat anak buah dia yang sorang ni.

Meeting tergempar!

Kejap lagi ada meeting. Meeting tergempar. Huuuu..

Dengar cerita bos bad mood. Pasti la akan kena tempias. Ada la isu-isu hangat tu. Jangan babitkan aku sudah.

Aku mana la tau. 2 hari cuti maaa... Itu pun ada jugak orang call tanya itu ini. Tak aman betul.

Ni atas meja dah berlambak keja menunggu.

Sampai mati pon keja tak abes kan.

dah sampai opis

Kat opis. Macam biasa, terus berdesup ke opis. Nak balik rumah memang ada harapan la aku terbalik atas katil.

Pagi tadi aku sedar-sedar dah ada kat KL Sentral. Dalam gerabak dah tinggal sorang dua je. Nampak sangat la tido tak sedar dunia dah. Nasib baik sedar. Kalau tak sampai Gemas dah aku.

Ni pun mood nak buat keja macam ntah ke mana. Dengan air hidung meleleh aje ni. Ahhhh!!! Badan pun rasa macam nak demam aje. Tak sukeeee!!!

Aku nak lepak kejap. Sebelum office hour start. 

Sunday, March 28, 2010

Selsema melanda.. Perlu ke pi keja pakai mask esok?

Aku selsema. Hidung dah srot sret dari pagi tadi. Malam semalam sakit tekak je. Tu la, jalan lagi macam tak sedar diri. Jalan ke mana? Nanti aku story aaaa...

Sepanjang-panjang aku balik kampung ni cuaca memang panas berbahang ko. Petang mendung gila macam nak hujan tapi hujan setitik pun tak. Ada la kelmarin hujan kejap. Itu pun tak dapat nak menyejukkan suasana. 

Memang stok malam nak tido berbogel aje la. Dah panas berdengung macam tu. Rumah ai tak ada aircond. Nak mintak aircond kat laki aku? Terima kasih aje la. Tunggu dia betul-betul tak tahan panas kot. Semalam pun dok merungut kat telinga aku ni cakap panas. Aku nak tido peluk dia pun dia tak bagi. Cet...

Malam ni balik. Perkara paling tak suka dibuat. Sebab nanti rindu kat budak kecik Amir yang dah makin bijak sekarang. Pantang nampak aku nak keluar melalak nak ikut jugak. Huhuhu... Dengar bunyi kereta bapak dia yang macam enjin motobot tu pun dah tergedik-gedik suruh orang angkat.

Mulut pun sangat la macam bertih. Huiii... Dengan suara nyaring dia. Pukul 5 pagi bangun ajak ummi dia berborak. Huhu...

Ok la. Perut aku memulas pulak. Dah 3 hari aku tak memerut. Tak rasa nak terberak takkan aku nak paksa. Kena buasir karang haaa...

 

Thursday, March 25, 2010

Ummi dah berat la

Kat kampung. Hoyeaahhh! Hoyeaahhh! Gelek-gelek bontot sikit. Muahaha!

Budak kecik Amir tengah tido. Baru lepas mengamuk gila babas sebab ummi dengan abah dia trim rambut dia kasi botak. Macam kena dera ko. Isk.. Isk... Sudahnya ada la yang tak sempat kena trim. Dah macam rambut pekan batu belah batu bertangkup la jadinya.


Dah pasti la abah dia yang pujuk. Aku blah pi mandi sebab baju n badan penuh dengan rambut Amir yang time melalak dok peluk ummi dia tak mau lepas.

Pagi tadi Abang Misai amik aku dengan motor. Hahaha! Terkejut ai tauuu. Terus tiba-tiba feeling-feeling romantik. Auuuwwww! Wakakaka!


Dah lama tak naik motor berdua. Time bertunang dulu ada la. Paling tak boleh blah ada sekali tu aku belum naik motor Abang Misai dah jalan. Aku macam pelik-pelik aje. Orang tua ni saje main-main ke apa? Sekali dah jauh tu dia patah balik sengih-sengih tengok aku.


'Abang ingat sayang dah naik. Abang jalan la. Sekali borak-borak takde respon. Tengok-tengok sayang takde. Abang tertinggal sayang rupanya.'


Apekah boleh membuat lawak begitu? Adekah aku begitu ringan sampai aku dah naik ke belum sama aje rasa dia. Huhuhu...


Tapi tadi bila aku naik lepas tu sampai 1 simpang ni dia berhenti. Bila nak jalan balik macam dah slow boleh dia cakap,


'Ummi dah berat la.'


Cis! Kecik hati aku. Aku kan bawak beg. Beg tu yang berat. *tak nak ngaku ek*


Dah la bawak motor merempit laju gila. Terlambung-lambung aku kat belakang tu. Dah rasa macam naik kuda. Segala lubang kat tengah jalan tu main taram aje.


Zaman bertunang bukan main lagi slow. Confirm orang bawak kereta kat belakang tak boleh memotong dok maki hamun,

'Oit, nak bercinta pi balik rumah la!'


Ayat aku la tu sekarang kalau drive belakang orang tengah bercinta ni. Hahaha!





Wednesday, March 24, 2010

Siapa nak nampak kurus dalam gambar sila pose gaya gini. Wakaka!

Kat KL Sentral. Hehehe...

Malam ni balik kampung. Aku dah apply cuti 2 hari. Penat dah 4 minggu asek keluar masuk meeting n siapkan report yang urgent. 

Dah la tak pasal-pasal kena marah dengan bos Isnin lepas. Lagi la mood aku terus pergi tak kembali minggu ni. 

Perut aku tengah sakit ni. Rasa macam sakit senggugut tu. Tapi aku baru je lepas period. Heran la pulak kan. Ke masuk angin?

Tak sabar betul dah nak balik ni. Tren, tolong jangan delay ye hari ni. 

 Posing untuk mengcover muka yang dah bulat

Ok, memang tak ada keja la amik gambar gaya gitu. Pose cover muka yang dah berlayer-layer dagu tu. Nampak benor la dah gemuk.

Muka aku nampak letih gila kan. Dengan dark circle kat mata tu. Huiiii... Tua sebelum waktunya pulak la aku kalau macam ni.... Nehiiiiiii......
Eh, esok gaji la. Heeee... Mau shopping... Shopping... Lalala~~


Bila la nak kurus

Aku makan banyak tengahari ni. Siap bertambah. Cis...

Perut lapar gila la. Padahal pagi dah makan kuih 4 ketul. Lagi tak cukup. 

Macam mana nak diet macam ni?

Aku punya peha dah macam drumstick dah weh. Jeans lama still tak boleh masuk ok. Memang sadis aje tengok jeans tu tergantung kat belakang pintu. Konon nak jadikan perangsang untuk diet.

Kena ganti puasa sampai abes ni. Perut aku tengah mengembang agaknya. Kalau aku puasa nanti perut aku mengecut so lepas tu tak makan banyak lagi la.

Hahahaha! Teori tak boleh pakai langsung.

Ok, nak sambung buat keja.

 

Cermin kereta retak pulak dahhhhh

Di dalam kereta kat Putrajaya. Aku kan ada keja kat Putrajaya hari ni. Ni tengah sengal tunggu staf aku mana budak-budak ni sekor tak nampak batang hidung lagi. Hish... Ada ke bos pulak tunggu staf.

Diorang datang opis dulu amik segala keja yang nak diupdate kat hq ni. Aku pulak dari rumah terus ke hq. Nak harap sistem kat opis tu lembap nak mampus kan. Terpaksa la menayang muka kat hq.

Oh, aku tengah serabut ni. Cermin depan kereta aku retak okeh. Ada la dalam sejengkal. Terus aku rasa macam nak mengamuk. Cis! Cis!

Macam mana boleh retak aku tak tau la. Retak yang jenis memanjang pulak tu. Betul-betul kat bahagian tengah. Nasib baik tak retak seribu. Dah la aku tengah mengalami economic downturn sekarang. Mana nak cekau pitih nak tukar cermin baru ni? Mana???

Ngadu kat Abang Misai dia pon tak reti nak menolong. Dah aku ni kat Shah Alam. Dia kat Penang. Terpaksa la aku membuat survey sendiri. 

Nampak tak yang aku tanda anak panah tu. Kat situ la retak sejengkal tu. Geram aku.

Hish... Dah rasa nak terkucil pulak dok lama-lama dalam kereta ni. Ok la, nak pi masuk dalam la. Tunggu budak-budak ni kat dalam aje.

 Ni bangunan HQ aku. 

Siapa tau itu bangunan apa? Aku ucap tahniah aje la kalau teka betul. Hahahaha!

 

Tuesday, March 23, 2010

hari yang tenang

Hari ni adalah hari yang tenang pada aku.

Sebab semua bos tak ada. Hahaha! Semua pi function kat Bangi. Petang tadi baru la nampak sorang dua punya lubang hidung.

Jadi aku rasa memang best la. Tak ada orang lalu lalang masuk bilik aku ikut suka hati.

Pagi tadi Paksu aku datang opis. Haaaa... Amik ko. Sampai ke opis aku dia cari. 

Ada la benda dia nak mintak tolong. So, aku pun follow aje la. Keluar pukul 10 pagi balik opis pukul 1 tengahari. Sebab Paksu buat lawak hampeh. Ada ke IC dia tertinggal kat post guard kat opis aku. Dah nak sampai destinasi dah. Kena la patah balik. Huhuhu...

Ni Paksu aku nak mintak tolong aku promote kan untuk dia ni.

Siapa-siapa yang rasa tak cukup-cukup duit, banyak hutang, nak kaya raya *dengan usaha ye* boleh klik di sini. Aku tak suruh join. Aku tukang promote aje. Nak join ke tak terletak pada akal pemikiran anda yang waras itu ye.

Kalau tak nak join boleh tengok aje. Tak ada siapa nak marah. Tapi kalau dah tengok lepas tu tak nak join tak payah bising-bising kat aku. Aku tak paksa pun. Sebab aku cuma menolong Paksu aku. Ko nak bising-bising pi masuk karaoke jamban tu.

Apa benda yang aku dok merepek dah ni.

Esok aku ke Putrajaya. Ada keja nak settlekan. Lusa dengan tulat aku amik cuti. Balik kampung. Dah straight berapa minggu aku asek meeting aje. Nak rest otak kejap sebelum kena bantai balik dengan bos aku. *sebenarnya menggedik balik jumpa laki sebab dah lama tak jumpa. Auuuwwww~~~*

Kalau aku rajin aku update. Kalau tak tu tak ada la. Bukan ada orang rindu pun kalau aku tak update kan. Hahaha! 


Ok. Aku nak balik awal hari ni. Kepala aku pening sebab semalam tido lewat. Bangun pulak awal. Punch card aku pagi tadi pukul 6.43 am. Aku la tukang bukak pintu opis. Memang tak dapat dinafikan kerajinan aku. Wakakaka!


Adios amigos semua. Tatitu~~





PAKEJ PERKAHWINAN DAN ANDAMAN

*Ni entry tolong-tolong kawan-kawan ye :)
Entry ni juga ada di ShoPaLisTiC

Kali ni tak nak story pasal Cloth Diaper. Kita story pasal kahwin pulak.

Khas untuk sesiapa yang dok cari tukang make up atau orang melayu kita panggil mak andam, di sini saya nak promote pasal andaman dan pakej perkahwinan.

Khas untuk yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan juga negeri Pulau Pinang serta kawasan kejiranannya. Kalau luar daripada negeri yang saya dok promote ni boleh kot. Itu kena tanya Mak Andamnya sendiri, namanya Mimi. Saya panggil Kak Mimi. ;)

Ini di antara gambar-gambar hasil andaman menarik oleh Kak Mimi. Sila klik untuk gambar yang lebih jelas dan cun melecun ;)

Saya lah modelnya.. Hikhikhik... Ni masa kenduri kahwin saya. Ok, personally saya memang suka makeup Kak Mimi. Dari muka hitam berkilat jadi putih melepak cun ye. Bukan putih macam tepung gomak tu. Nampak natural aje. Gelak seploh kali pun nampak suci lagi. Ecehhhh... ;p

Ada lagi gambar customer yang menggunakan khidmat Kak Mimi macam kat bawah ni.



Kak Mimi juga ada menawarkan pakej perkahwinan bagi sesiapa yang berminat. Pakejnya adalah seperti di bawah ini.

PAKEJ 1

HARGA
RM 1450.00

MELIPUTI

Make Up                                   1x
Baju Sanding           1 Persalinan
Payung                                        2
Bantal Sila                                  2
Pahar                                          2
Pelamin                                         
Fotografi Biasa                            


PAKEJ 2

HARGA
RM3300.00

MELIPUTI

Make Up                                       1x
Baju Sanding               1 Persalinan
Dulang Hantaran                         10
Bantal Sila                                      2
Pahar                                              2
Pelamin                                            
Perhiasan Bilik Tidur                     

*Fotografi Istimewa
-Indoor dan Outdoor                       
-Make Up 1x                                     
-Baju untuk Fotografi 1x                 
-Gambar besar (12x10) + Frame 1x
-CD                                                     
-Story Book Quality Album             

*Diambil oleh pensyarah fotografi dari Universiti Multimedia


Berikut adalah gambar hasil photoshoot outdoor yang terkandung dalam pakej 2.



Untuk sesiapa yang mencari baju untuk disewa seperti baju nikah/tunang/kahwin/dinner Kak Mimi turut menyediakan perkhidmatan tersebut.

So, untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Kak Mimi di talian berikut:


MIMI
012-5069539

Yang berbaju biru tu la Kak Mimi :)

Monday, March 22, 2010

Aku tak pi Times Square

Entry aku tak terpilih pun untuk ke Times Square itu.

Maka boleh la aku pulang ke kampung dengan aman tanpa perlu membuat muka comel sambil kelip-kelip mata depan Abang Misai.

So, Ben. Happy Weekend la ye. Aku tak datang walaupun diajak datang. Huhu..

 

Pregnant?

Hahahaha!

Terkejut kah? 

Nak bayar hutang tag yang dah lapuk aku peram ni haaa...

Here we go bebeh!


HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

-Masa tu sehari lepas kenduri rumah Abang Misai. Aku cibi n muntah dengan teruknya. Dasat oke. Nak jalan pun tak larat. Pi klinik kena cucuk montot. Sebab masa tu tak saspek pun preggy. Esoknya balik rumah parents aku saje tergedik nak check. Dah lama beli pregnancy test kit tu. Excited lebih nak preggy. Dengan gigih pagi-pagi subuh nak terkencing tu buat test. Tengok-tengok haaaa... Amik ko! 2 line terus naik tanpa perlu menunggu beberapa minit. Pantas dan tuntas. Wakaka!

Untuk meng'confirm'kan lepas balik ke Shah Alam terus pi klinik. Masih positif. Time check tu dah 5 minggu. Yariba yaribaaa~~~


HOW DO YOU FEEL?

-Rasa happy sebab memang teringin nak baby cepat. Heeee... Berusaha keras oke. Wakakaka!



WHO DID YOU TELL FIRST?

-My mum of course... Lepas tu baru sms dekat Abang Misai. Boleh tak percaya pulak.



WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

-Yup... Cari tarikh 'panas' gitu. Keskeskes...


WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
 
-Muhammad Amir Ridhwan

WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?

-Seorang teruna gagah perkasa. ;p

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

-Nur Amira R.... Hehehe...

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

-Tak kisah gegurl or boboy. Asalkan sihat walafiat Alhamdulillah.

WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?

-19 Ogos 2009 ~~ Bulan Kemerdekaan tu

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?

-Around 20 - 22 Ogos 2009. 



HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?

-Air mata berjujuran. Seriously.. Automatik air mata ni turun.


HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?

-Sepatutnya 27. Tapi dalam surat beranak 26 sebab tak cukup bulan lagi. Agagaga~~ Tiba-tiba rasa muda. Ahaks! Abang Misai jeles ok.


DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU G IVE BIRTH?

-Yeyeaahhh!!! Excited terlebih. Tapi pi ditemani housemate ku Ina. Abang Misai nun jauh di utara. Oh, masa scan 3D baru nampak. Scan biasa memang menyorok sesaje.

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

-
Yessss... 3 months of morning sickness. Berat aku jua menyusut sebanyak 3kg. Tapi lepas tu naik tak hengat pulok. Wakaka!

WHAT DID YOU CRAVE?

- Oh... Aku craving benda yang aku tak suka nak makan. Apakah benda itu???? Bishop nose... Atau dengan kata pasarnya tongkeng ayam.. Atau nak lagi best bontot ayam... Hasilnya Muhammad Amir Ridhwan suka menceceh sekarang ni.. Hahaha! 

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

-Orang yang tak faham macam mana perasaan ibu mengandung yang jauh dari family n husband. Rasa nak gelek dengan lori.


HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

-Naik dalam 10-12kg tu.... Sekarang gigih nak mengurangkan lagi... Pasal jeans ai tak muat lagi ni.... Waaaa!!!

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
-HB saya rendah ye. Dah makan segala kerang, hati dan makanan yang boleh menambah darah. Tapi makin kurang pulak. N kepala baby tak engaged pada waktu yang sepatutnya. Floating saje.

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

-Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
-Abang Misai lor. Masa pi hospital tu di refer sebab kepala baby tak engaged. Sekali ketuban dah kurang pulak. Bila masa bocor pun tak perasan. Hahaha! Terus kena admit ke ward untuk induce.


WHO IS YOUR GYNEA?

-Tak kenal aku. Maklum la, hospital gomen.


HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

-Saya masuk wad 17hb Ogos. Induce 18hb Ogos. Start sakit pukul 6 petang lepas induce. Then ketuban pecah. Pukul 11 malam disorong ke labour room. Bertarung dengan sakit yang sangat hebat sampai pukul 7 pagi. Jalan dah bukak 8cm but kepala baby tak nampak bila aku push. Terus zasss disorong ke OT. Oh...



WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?

-8.20 a.m pada tarikh 19 Ogos 2009


WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

-Pakar bedah la. Huhuhu... My hubby tak boleh masuk OT.


WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

Emergency c-sect

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Tidak diberikan apa-apa ubat masa sakit sebelum disorong ke OT untuk c-sect. Rasa sakit macam nak sepak orang. Huuuuu....


DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?

-Yup. Sempat la 3 bulan n campur FM. Lepas tu FM aje sebab ummi jauh dari Amir. Sob.. Sob...


ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?

-Kalau Allah nak bagi rezeki ai terima... ;)
But buat masa ni planning la dulu sampai boleh get together dengan Amir n Abang Misai. *sedih lagi*


Okeh, Puan Yat mummy Qies, saya sudah membayar tag anda. Heheh... Aku malas nak tag orang. Siapa rajin buat la.


Politik sucks!

Pagi-pagi dah rasa nak jadi mak lampir.

Baru lepas meeting n kena marah. Fineeee....

Lagi sekali bukan salah aku. Sebab aku dah follow semua yang hq nak dalam format yang diorang bagi.

Then, last week ada meeting untuk semua cawangan kat negeri. N benda alah yang aku buat tu kena present. Tapi tak tally dengan hq.

Dah bos aku bising-bising tanya aku kenapa tak tally. Dahhhh... Mana la aku tau. Paper tu pulak bos pegang. Dah abes dia bebel dia suruh aku tengok. Langsung tak nak dengar apa aku nak explain. *senang jadi bos ni. ikut kepala dia aje.*

Padahal aku amik data dalam sistem. Hq pun sama. Tapi kenapa tak tally?


Bila aku check n kira balik sah la hq buat ikut suka hati mak bapak dia. Hari tu bukan main lagi ajar aku macam mana nak kira benda alah tu semua. Tau-tau diorang ni tak follow apa yang diorang ajar kat kitorang ni.


Mana la tak tally kalau dah buat ikut suka hati aje. Dah aku la yang kena sembur. Pulak tu kena explain balik macam mana diorang kira n macam mana aku kira. Kalau dah korang boleh keluarkan sendiri dari sistem buat apa mintak lagi dari kitorang? Dah aku kena extract satu-satu pulak tu. Saje nak tunjuk korang bagus ke apa?


Lagi 1 yang mendatangkan hangen 1 badan sebab sorang YB ni. Siapa yang keja dengan YB ni tau la azab dia macam mana.


Selamba aje maki-maki orang nak orang ikut cakap dia aje. Ikut kepala ko aje. Mentang-mentang ada title kan. Bukan nak ikut garis panduan. Berlagak pulak tu.


Even tak semua YB macam tu tapi sebab sorang dua ni la yang mencacatkan profile YB-YB yang lain. Dah la tu tak puas hati aje mengadu kat PM. Bagus la buat macam tu. Macam budak-budak.


Sebab tu aku tak suka politik. Sangat sucks!


Daripada aku nak puasa hari ni terus tak puasa. Dah hangen aje 1 badan.



Aku di KL Sentral jam 5.09 pagi

Jam dekat platform KL Sentral menunjukkan pukul 5.09 pagi.

Ye, aku dah sampai KL Sentral. Pukul 4.40 lagi dah sampai. Terus macam, apesal awal sangat ni???

Ye la, selalu lembapnya Ya Rabbi. Ngam-ngam aku sampai selalu berdedai-dedai la kejar komuter. Ni sekarang komuter pun tak nampak lampu lagi. Cet....

Oh, sangat tak tenteram jiwa dalam tren tadi ye. Dalam koc yang aku duduk tu ramai sangat la budak-budak yang kepala botak, baju putih, kasut hitam. Termasuk la sorang sebelah aku.

Dah la tu. Macam jakun tak pernah naik tren. Dah la seat aku paling last. Dekat la dengan pintu. Dengan bau rokoknya, suara berborak macam kawan ko dok sebatu pulak.

Budak-budak ni baru nak lapor diri masuk polis kat PD. Ke masuk poli? Huhuhu... Masalah pendengaran di situ. Tapi kalau dah beramai-ramai baju putih, kepala botak untuk apa lagi kan?

Macam mana aku tau? Aku tanya la kat budak yang dok sebelah aku. Dah dia dok mengelamun aje. Daripada dia tak ada keja biar aku bagi otak dia berfikir sikit. Hahaha!

Aku ngantuk gilaaaaaaa.... Tapi kat mana aku nak tido kat KL Sentral ni. Hnssss... Hnssss....

Dah la pukul 9 ni ada meeting.

Meeeeetiiiiiinnggggg aje la bos ni. Hish.... 


Aku nak try tido kejap kat atas kerusi besi nih. Sadis... T_T





 

Saturday, March 20, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Ok, walaupun broadband punya kelajuan adalah pantas sikit aje dari siput aku nak jugak online. *aku bawak balik broadband rupanya. tak perasan. wakakaka!*

Aku telah mendapat emel dari encik Nuffnang tentang Gatsby Deodorant Street Fair supaya aku memblog dan menghadiri majlis tersebut jika aku mau mendapat angpau. Lai! Lai! Lai! *apesal ayat aku macam skema?*




Well... Untuk memblog adalah tiada masalah besar di situ. Untuk datang memeriahkan majlis kena fikir dulu. Karena hujung minggu adalah masa aku zassss sepantas suparman si orang terbang *siapa pernah tengok cerita ni?* untuk balik kampung. Tapi jika aku bertuah terpilih untuk attend maka aku kena buat muka paling comel dekat Abang Misai. *kelip-kelip mata*

Cik Ben, kalau hang terpilih yok pi dengan aku. Heheheh... Verangan~~~


Ok, panjang mukadimah tapi tak bagitau lagi apa yang patut.

Gatsby Deodorant Street Fair akan diadakan seperti butiran berikut: *confirm aku dah skema. ayat pun macam ayat dalam surat rasmi.*


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Dah sebesar font dah tu. Siapa tak nampak tu bawak-bawak la berzikir banyak-banyak ye.

Aisey, tuan kecik dah bangun tido mintak dilayan. Sat noooo....

Okeh, sambung. 

Yang makin buat aku teruja nak pi adalah ada lucky draw tu kawan-kawan. Hadiah cabutan bertuah tersebut adalah cool gadgets yang worth up sampai RM15,000 tu.... *mata RM* Ok, ni memang masyuk kalau dapat k. Sebab birthday Abang Misai 19hb. So, kalau aku ni intan terpilih untuk dapat gadget cool tu maka telah save RM untuk beli hadiah untuk Abang Misai. Muahahaha! Bernas tak pemikiran aku? *mode kedekut ke apa? hahaha!*


Lagi yang menarik ada fun-fair games yang sangat best. Antaranya Sumo Wrestling (dalam air bag suits ye). Kalau sumo betul karang sanggup ke ko bercawat kat Times Square tu senah. Hahaha!


Errr... sesuwei ke?


Betul-betul lawan gladiator tu. Wakaka!


Gladiator battles pun ada. Ni sodap eh kalau nak membantai orang. Kot rasa geram teramat boleh la lepas geram join gladiator battles ni kan. Banyak lagi la games yang best, menarik, tertarik, teruja macam games kat fun-fair tu. 


Jadi adik-adik dan kawan-kawan, kalau anda nak tau lebih lanjut pasal Gatsby Deodorant Street Fair ni sonang eh tu. Sila jenguk di www.gatsby.com.my/streetfair ye. Oh, aku sudah berkunjung ke link tersebut. Amat cool. Buleh main game. Aku paling sengal main game skipping tu. Terduduk sesaje. Hohohoh!

Ok. Itu saje. Aku dah ngantuk gila. Buat entry pukul 1 petang tadi. Sambung balik pukul 11.30 malam. Hahaha! Kerana budak kecik sorang ni nak berkepit celah ketiak ummi dia.

So, gudnite all. Jom mimpi bersumo. Wakaka!




Friday, March 19, 2010

Cerita rojak dari KL Sentral

Macam biasa. Aku kat mana lagi kalau time hari Jumaat ni. Yeeee.... Benar.... Aku di KL Sentral. Tunggu tren. Mintak jangan delay lagi hari ni sudah. Tak larat aku nak tunggu.

Hmmm... Akhirnya berjaya aku menggodek lappy ni punya bluetooth function. Dari minggu lepas aku macam bangang aje macam mana la nak transfer gambar kat lappy ni. Maklum la, lappy cap borrow opis punya. Sudah berjaya menggunakannya sebentar tadi. Sila tepuk tangan untuk saya.

 Haaaa... Kan dah glemer masuk blog aku

Pakcik ni telah berjaya membuat aku ketaq lutut sepanjang dalam tren dari Shah Alam ke KL Sentral oke. Korang tengok gaya duduk tu macam mana. 2 seat conquer sorang. Lepas tu buat muka toya mat amin. Bengang je aku. Dah la beg aku berat. Kena berdiri pulak. Ada sorang mamat ni cuba-cuba menyelit duduk situ macam gitu jugak la gaya pakcik tu.


Owww.... Shittooooo.... Aku lupa bawak balik broadband. Cis! Cis!

Bila dah online guna wireless kat KL Sentral yang kejap-kejap terputus ni baru la teringat broadband aku dalam handbag lagi 1. Arrrrgggghhhh!!! Tak suka..... Nehi! Nehi!

Ok, nasi dah jadi bubur. *sesuai ke perumpamaan tu*

Kita lupakan pasal broadband. Balik kampung karang ada la aku terpaksa jadi peminjam tegar kakak aku punya. Kot tak abah aku ada ke broadband ek? Hari tu dia bagi adik laki aku guna.

Tadi time balik nak amik barang sebelum naik tren ada accident dekat jalan nak dekat sampai rumah aku. Kata housemate aku ada 4 bijik kereta yang accident. Aku nampak 3 bijik je. 2 kancil 1 naza yang besar gedabak aku tak tau apa nama tah.

Kancil nan sebijik tu dah tersadai sebelah tayar depan naik divider dah. Yang sebijik lagi tersadai kemek tepi jalan depan belakang. Yang naza tu kemek kat bonet depan.



Gambar kat atas tu aku sempat snap masa lalu sebelah tempat kejadian. Huuuu... Adakah aku salah seorang penyumbang kepada jalan jammed itu? Hahahaha! Aku snap laju-laju ok. Dari jauh nampak aku dah keluarkan hp. Pantas kan? ;p


Oh... Ni gambar masa aku kat traffic light baru balik keja. Sweet aje tengok budak kecik tu naik motor besar peluk bapak dia kuat-kuat. Kaki tergantung-gantung aje. Hahaha!


Errr... Ni gambar masa meeting pagi tadi. Aku dah sengal la namanya ni. Lagi pun wajah ini saje yang menarik dipandang mata dalam meeting tadi. Muahahaha! Gambar adalah blur sebab aku cuba zoom menggunakan hp cap ayam aku. So, gambar menjadi pecah.

Kalau sesiapa nak berkenalan mintak maap la. Bukan budak opis aku. Hakhakhak!


Lain kali tanya la elok-elok

Aku berbulu betul semalam. *hari ni baru nak cerita*

Ada la sorang makhluk ni. Dia nak mintak data dari aku. Aku cakap ok je. Hantar surat segala n bila bos aku dah approve aku akan emel.

Ok la, surat tu dia dah fax. Then aku dah pun emel benda alah tu tapi tak masuk mailbox dia. Delay la pulak. Aku send la lagi sekali. Kot la aku salah hantar ke apa. Lepas tu aku sibuk la buat keja aku. Kejadah aku nak mengadap emel je manjang. Tapi aku check tak ada pun delay ke apa lagi.

Tiba-tiba pagi semalam aku dapat call. Dengan tak bagi salam, dengan suara macam halilintar membelah bumi ni,

'Hello. Ni J** dari In*** ni! Puan kata nak emel senarai tu?!! Tapi apa pun saya tak dapat lagi?!!'

Dang!!!! Time tu aku rasa kalau kepala aku dapat masuk dalam telefon tu dah lama kena sepak dengan aku. Tapi sebab aku ni malas nak bergaduh aku cakap la baik-baik.


'Puan, saya dah emel dah pada puan semalam. Mula-mula emel delay. Saya dah emel lagi sekali. Tapi file besar tu yang tak sampai kot.'


Terus tiba-tiba jadi lemah gemalai,


'Oh, ye ke? Ehehe.. Tak apa la. Nanti saya hantar staf saya datang amik sendiri.'


Ceh... Tiba-tiba la ko nak gelak bagai. Konon-konon bergurau senda la. Dah la tak cakap sorry ke apa. Mau aje aku tempeleng sekali.


Dah malu la tu. Lain kali tanya dulu elok-elok.



Happy 7 months old to my AMIR

Tik tok tik tok. Kejap aje masa berlalu kan.

Hari ni Muhammad Amir Ridhwan genap 7 bulan. Happy 7 months old to Amir. ~~Apple of my eyes~~

Ummi rindu kat Amir. Tak sabar ummi nak balik jumpa Amir. Sayang ummi tunggu ye. Pagi esok ummi sampai. Boleh kita bercamwhore sama-sama lagi. Hikhik...


suka pic ni.. hehe...

posing sakan budak bertuah ni.. hahaha..

Pipi labuh la anak ummi ni.. ;p

 Miss his smile... T_T


Ummi akan usahakan untuk balik dekat dengan Amir. Ummi janji...




Thursday, March 18, 2010

kalau anda terrer sila la spot apa-apa yang menarik



Ok.

Cuba teka apa yang aku cuba sampaikan dalam gambar di atas.

Sila buntangkan mata anda.

Hahaha!

confirm la aku letih gila

Aku nak siapkan slide.

Pagi tadi tunggu orang tido la dalam kereta. Tido tak sedar diri aku. Sedar pun pasal budak yang aku nak amik tu dok ketuk-ketuk cermin kereta.

Huiishhhh... Letih gila dah la namanya tu.

K la, nanti update lain. Banyak keja.

Mata sudah stim

Kelopak mata dah melekat-lekat dah ni. Mata pun kejap-kejap stim aje haa... 

Ngantuk wehhh... Dah pukul 2 aku tak tido lagi. Burung hantu pun dah reti tido malam tau tak.

Dok update data tak abes-abes. Kalau tak update nanti report aku dalam slide tak cun. Sebab figure statik aje. Malam-malam ni la baru buleh update. Kalau siang azabnya la ko nak menunggu sistem tu loading. Rasa macam nak siram air aje kat cpu tu biar terbakar terus aku tak payah buat keja.

Haha! Gila keji pemikiran.

Aku nak siapkan sikitttt aje lagi. Lepas tu nak membongkang. Esok sambung buat slide. Huhu...

 

Wednesday, March 17, 2010

Mau cari sunglasses... Sekarang petang-petang silau gila...

Apa keja aje la perempuan sorang ni tak tido-tido lagi.

Aku nak kena siapkan slide presentation laaaa.... Di samping mengupdate data. 

Tertonggok la depan lappy ni jadi penunggu.

Aku baru je mengadap lappy ni. Tadi aku tertido. Penat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ewahhhh... Padahal kenyang sampai ngantuk tak ingat dunia.

Macam malas aje nak pi opis esok. Huhuhuhu...

Kalau rasa nak glamer sila la buat. Confirm hp aku non stop dapat call. Puiiii....


Aku rasa macam nak kena beli sunglasses baru la. Eceh... Tiba-tiba la pulak nak bersunglasses bagai. Hehehe... Sebelum ni ada la. Cap la isla Bonita tu je. Lepas tu frame dia dah patah k. Maklum la, murah.

Jadi aku mau cari yang baru. Sebab sekarang petang-petang silau dia Ya Rabbi. Boleh rabun bijik mata ni senah. Aku dok gagau dalam dashboard kereta nasib baik ada adik aku punya sunglasses. Tibai aje la labuuu... 

Daripada aku drive kejap-kejap pi kanan. Kejap-kejap ke kiri. Harus mendatangkan baran pada driver lain. Muahahaha!


Sudah terbayang spek gabak supa lalat. Heheh....


Tapi tunggu gaji la. Huuuuuu....